Kenyataan Rasis: Pegawai Khas PM Letak Jawatan

Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nasir itu juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan. Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

Pasport M'sia RM100: 2 Bulan Lebih 300,000 Dikeluarkan


Hanya dalam dua bulan sahaja, lebih 300,000 pasport Malaysia dikeluarkan sejak kerajaan mengumumkan harga baru dokumen perjalanan terbabit dengan harga RM100 untuk tempoh dua tahun pada 1 Oktober lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman memberitahu, sambutan yang dianggap luar biasa dalam tempoh hanya dua bulan itu adalah di luar jangkaan agensi berkenaan.

Sehubungan itu, kerajaan tidak berhasrat untuk menarik balik harga istimewa itu dalam masa terdekat, jelas beliau.

"Sambutan yang diterima amat luar biasa dan pihak Imigresen amat gembira dengan respon yang diberi oleh rakyat.

"Kita menjangkakan angka itu akan meningkat naik sepanjang tahun ini," katanya kepada di sini hari ini.

Pada September lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) alternatif dengan kos lebih rendah yang mampu dimiliki.

PMA mampu milik itu hanya berharga RM100 untuk 32 muka surat bagi tempoh sah laku dua tahun.

Berbanding yang ada sebelum itu iaitu 32 muka surat dan 64 muka surat, masing-masing berharga RM300 dan RM600 untuk tempoh sah laku lima tahun.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman memberitahu, angka tersebut meningkat secara mendadak pada November lalu bersempena cuti sekolah.

Beliau menjangkakan bilangan pemilik pasport baru akan meningkat sempena cuti Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Sementara itu mengulas statistik yang dikeluarkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) terhadap jabatan itu, beliau menyifatkan laporan yang dibuat orang ramai sebagai respon yang baik untuk jabatan itu memperbaiki perkhidmatan kepada rakyat.

"Untuk menyelesaikan semua masalah adalah tidak mungkin, kerana jabatan ini memberi perkhidmatan kepada orang awam.

"Oleh itu adalah agak susah untuk pihak kami untuk memuaskan hati semua pihak yang datang ke sini," ujarnya.

Katanya lagi, pihak jabatan tidak sewenang-wenangnya melepaskan tanggungjawab kepada BPA untuk menyelesaikan aduan pengguna malah sentiasa mendengar dan memberi respon terhadap setiap masalah yang diadu terus kepada mereka.

Tambahnya lagi, orang awam yang tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberi oleh jabatan itu boleh terus menghubungi Unit Komunikasi Korporat jabatan itu jika terdapat sebarang masalah.

Statistik yang dikeluarkan oleh BPA untuk tahun 2009 merekodkan aduan terhadap jabatan itu meningkat kepada 274 kes berbanding 213 kes pada tahun 2008 sekaligus meletakkannya dalam senarai 10 agensi kerajaan yang paling banyak menerima aduan pada sepanjang tahun lalu.

Wanita, & Pemuda Umno kecewa tindakan Ku Li


GUA MUSANG: Sayap Wanita dan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Ketua Umno Bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah, kerana berceramah di atas pentas kerajaan negeri pimpinan Pas berhubung isu royalti petroleum di Kelantan baru-baru ini.

Kedua-dua pergerakan itu menyifatkan tindakan Tengku Razaleigh memberi impak yang tidak baik kepada Umno amnya selain mengeruhkan lagi keadaan.

Ketua Wanita Bahagian, Datuk Wan Hazani Mohd Nor, berkata kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi Petronas itu juga bertentangan dengan apa yang pernah beliau nyatakan semasa isu serupa berlaku di Terengganu.

"Ku Li (Tengku Razaleigh) tidak menceritakan keadaan sebenar isu tersebut seperti apa yang dinyatakan berhubung isu yang sama di Terengganu 10 tahun lalu.

"Kami kecewa dengan apa yang dilakukan Ku Li dan masih belum terlambat buat pemimpin kami perbetulkan keadaan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sementara itu, pada satu majlis di Kuala Krai, Pemuda Umno Kelantan mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) memanggil Tengku Razaleigh bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan beliau semasa ceramah itu sebelum mengambil sebarang tindakan. Setiausahanya, Bazlan Baharuddin, berkata Tengku Razaleigh wajar menjelaskan tujuan beliau menyertai kerajaan negeri mendesak kerajaan persekutuan agar memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

"Memang barisan Pemuda berasa kecewa kerana pemimpin kami sanggup berbuat demikan tetapi apapun kami mahu penjelasan Ku Li," kata Bazlan yang juga Ketua Pemuda Umno Gua Musang.

Seorang veteran Umno bahagian itu Sharif Mahmood, 58, berkata tindakan Tengku Razalegh itu menjadi bualan bagi anggota Umno dan penduduk di sini.

"Ku Li yang kami sanjung ini sepatutnya menjadi orang tengah untuk menjernihkan keadaan dan bukannya seperti minyak yang membakar api," katanya.

Sharif berkata, anggota parti bahagian itu kini tertunggu-tunggu penjelasan Tengku Razaleigh mengenai perkara tersebut.

Bagi seorang pemilik kedai makan di Chiku 2 di sini, Abas Solihin, 42, dia nyata kecewa dengan apa yang dilakukan Tengku Razaleigh itu.

"Kami terkejut Ku (Li) sanggup diperkudakan pihak lain dan sebagai pemimpin yang kami hormati, janganlah kecewakan kami lagi," katanya.

Dalam ceramah anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan kerajaan negeri di Kota Baharu baru-baru ini, Tengku Razaleigh antara lain berkata Kelantan berhak mendapat royalti minyak itu.

Kenyataan Tengku Razaleigh itu menimbulkan kontroversi kerana semasa menjelaskan isu serupa di Terengganu kira-kira 10 tahun lalu, beliau berkata negeri tersebut dan Kelantan tidak berhak ke atas royalti minyak tersebut.

2.30 Petang Esok Perbicaraan DS Anwar Bermula...

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan prosiding akan diteruskan jam 2.30 petang esok.

Sebelum ini, Anwar telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya bagi mendapatkan lebih dokumen dan bukti-bukti untuk membuat persiapan menghadapi perbicaraan kes liwat terhadapnya.

Beliau juga turut memfailkan permohonan di mahkamah yang sama untuk menangguh, dan untuk menemui Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bagi mendapatkan tarikh awal pendengaran semakan semula itu.

sankara nairPeguam Sankara Nair berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

“Kami perlu memfailkan permohonan semakan semula kerana tanpa dokumen-dokumen tersebut, tangan kami terikat dalam membuat persiapan menghadapi kes ini,” katanya.

karpal singhPagi tadi, Hakim Mohamad membenarkan prosiding ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini, untuk mendengar hujah-hujah berhubung perkara tersebut.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan juga turut menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan lebih banyak bukti dari pihak pendakwaraya seperti rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi dan kenyataan hemat saksi.

Dalam afidavit sokongannya, Anwar berkata Mahkamah Persekutuan - sebagai mahkamah tertinggi di negara ini - mempunyai kuasa untuk mendengar dan menyemak keputusan awalnya.

Menurut Anwar, beliau tidak diberi keadilan oleh Mahkamah Persekutuan yang didakwanya tidak memberi pertimbangan secukupnya terhadap rayuannya itu, kerana dokumen dan bahan-bahan tersebut, amat penting dalam menyedia pembelaannya.

Perbicaraan bersambung kembali.


Para Penyokong Anwar Ibrahim telah melaungkan REFORMASI.

Nik Aziz berbaju hitam dan berseban puteh kelihatan cool masuk ke dalam mahkamah.

Diplomat dari Amerika, Jepun, Kesatuan Eropah , United Kingdom datang untuk menyaksikan perbicaraan ini.

Polis telah melarang jurugambar dari memasuki perkarangan mahkamah.

Benarkah 10 MP PKR Bakal Sertai BN?


SIAPAKAH MEREKA, ADAKAH BENAR ATAU PUBLISITI MURAHAN. KITA TUNGGU...
Sejak dua minggu lalu terdapat sepuluh orang Ahli Parlimen daripada PKR dilihat memasuki Jabatan Perdana Menteri secara berasingan. Antara yang dikesan ahli Parlimen PKR dari Kedah (2 orang), Pulau Pinang (2 orang), Perak (2 orang) dan Selangor (2 orang) dan Wilayah Persekutuan (2 orang).

Mereka merangkumi Ahli Parlimen Melayu, Cina dan India dikatakan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber Putrajaya enggan menafikan atau mengesahkan perjumpaan YAB Perdana Menteri atau Timbalannya dengan mereka ini. Bagimanapun beberapa setiausaha Politik Menteri di Jabatan perdana Menteri mengakui melihat sebahagian nama yang kami nyatakan kepada mereka sebagai berada di Jabatan Perdana Menteri minggu lalu.

Siasatan yang dilakukan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang temu janji dengan mana-mana Menteri, Timbalan Menteri atau Penasihat di Jabatan Perdana Menteri.

Spekulasi ketika ini ialah sama ada mereka berjumpa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Sungguhpun kami mempunyai beberapa nama yang dikatakan mengakui berjumpa Perdana Menteri namun nama mereka akan dirahsiakan sementara waktu bagi sehingga terdapat pengesahan rasmi.

Yang mengejutkan sebahagian nama yang diberikan merupakan ahli parlimen yang provokatif dan dilihat setia kepada Datuk Seri Anwar melebihi setia mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Kami juga difahamkan usaha Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail untuk berjumpa PM atau TPM telah ditolak kerana dipercayai tidak ikhlas.

Azan bagaimanapun semalam mendakwa beliau cuba dibeli oleh UMNO melalui Datuk Jamaluddin Jarjis. Justeru kita mencabar Azan menunjukkan bukti sms yang beliau dakwa cubaan membeli atau menyogok beliau untuk keluar parti. Kita juga berharap Azan dapat membuat laporan Polis dan SPRM bagi membuktikan dakwaan beliau.

Anwar Mahu Sapena PM dan Isteri Sebagai Saksi


Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai bukti cukup untuk mensabitkan bahawa dakwaan fitnah terhadapnya adalah konspirasi Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Anwar mengarahkan peguamnya, Karpal Singh untuk memanggil Perdana Menteri dan Rosmah menjadi saksi dalam perbicaraan beliau yang bermula hari ini.

Anwar berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Saiful telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

" Orang yang terlibat berpakat dengan orang yang menuduh saya termasuk Najib dan Rosmah harus hadir ke mahkamah jelaskan keadaan".

"Kita membuat tuntutan supaya Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah. Saya hendak tengok mereka hadir atau tidak. Kenapa hendak larang, nafikan hak saya bela diri, sekarang saya ada bukti Najib dan Rosmah mempengaruhi budak ini", ujar Anwar.

Anwar berkata Saiful Bukhari Azlan yang membuat tuduhan fitnah itu hanyalah kambing hitam di dalam episod ini, manakala dalangnya adalah Najib dan Rosmah.

Pemerhati berkata kesediaan mahkamah untuk memanggil Najib dan Rosmah adalah ujian getir untuk kewibawaan perbicaraan kali ini.

Pada 1999, hakim dalam kedua-dua perbicaraan Anwar enggan memanggil Tun Mahathir Mohamad untuk memberi keterangan walaupun mantan Perdana Menteri itu melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar disamping memecat beliau dari kerajaan dan Umno.

Anwar sebelum ini berkata konspirasi politik kali ini digerakan oleh Perdana Menteri dan isterinya dalam satu lagi cubaan untuk membunuh kerjaya politik beliau selaku Ketua Pembangkang dan seteru utama Umno.

Dengan menghantar Anwar balik ke penjara, Najib berharap untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan sekali gus memastikan kelangsungan Umno.

Bicara kes liwat DS Anwar Tangguh 2.30 petang ini


Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 2.30 petang ini sementara menunggu permohonan semakan pihak pembelaan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan Anwar mendapatkan dokumen dan bahan penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata pihaknya akan menemui Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bagi mendapatkan tarikh segera untuk pendengaran semakan itu.

Penasihat PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan jam 4.30 petang 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berikut rentetan peristiwa pagi tadi:

10:44 pagi: Penyokong mula bersurai tetapi masih ada yang menunggu sambil menyanyikan lagu Suara Rakyat di pintu masuk bangunan mahkamah. Polis masih mengawal dan tiada kekerasan dilaporan sepanjang pagi tadi.


10:34 pagi: Anwar meninggalkan mahkamah dengan laungan "Hidup Anwar" oleh kira-kira 50 penyokongnya. Wartawan ditegur polis kerana 'merosakan' garisan kuningnya manakala 40 wakil rakyat pembangkang yang berada di situ 'ditegur' kerana didakwa membuat bising.

10:25 pagi: Anwar berucap pada penyokongnya dengan berkata peguamnya akan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi kerana dia mempunyai bukti bahawa Saiful berjumpa kedua-dua mereka, dua hari sebelum laporan polis dibuat. "Kami mahu tahu pembabitan mereka dalam perkara ini. Mereka tidak menafikan pertemuan itu dan kami mahu tahu lanjut," katanya.

10:11 pagi: Tian Chua dan pemimpin PKR yang lain meluru ke lobi mahkamah. Sambil berdiri di tangga, mereka membidas kerajaan dan menyeru penyokong mempertahankan Anwar. Mereka juga mengibarkan kain rentang berbunyi 'Himpunan bantah fitnah ke-2'. Pergelutan kecil berlaku apabila polis cuba merampas kain rentang berkenaan. Namun mereka dihalang oleh penyokong PKR. Polis membiarkannya dan hanya memanatu keadaan. Ucapan Tian Chua diteruskan.

9:50 pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding sehingga jam 2.30 petang, di mana peguam Anwar dijangka berhujah bagi menangguhkan prosiding.

9:45 pagi: Peguam Anwar - Karpal Singh - memohon untuk menangguhkan prosiding pagi ini ekoran temujanji dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.

9:26 pagi: Buat pertama kalinya, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar, tiba.

9:18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.

9:17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".

9:00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.

8:51 pagi: Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".

8:46 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.

8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.

8:35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.
8:33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut.

8:25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah

8:15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.

8:00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.

7:57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Kanada tiba, lebih ramai dijangka hadir.

7:55 pagi: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.

7:43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan

7:00 pagi: Anggota keselamatan telah berkumpul di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Kawalan keselamatan ketat.

Wartawan telah sedia menunggu sejak daripada jam 6.25 pagi lagi.

"Sayang Semuanya Sudah Terlambat "- DS Ali


Feb 1, 2010
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata sudah terlewat untuk Yayasan Melaka membantu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) negeri itu melunaskan tunggakan cukai tanah berjumlah RM5.7 juta tersebut.

Ini kerana katanya cukai itu telah tertunggak selama lapan tahun.

"Satu tahun tak apa, ini lapan tahun terlalu lama. Sekarang kita ada ketelusan dan kebertanggungjawaban, kita kena telus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat pelupusan sampah Worldwide Holdings Bhd di Bukit Kerayong, Jeram di Kuala Selangor.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada Sabtu lepas bahawa Yayasan Melaka bersedia membantu YBK Selangor melunaskan cukai tertunggak itu jika kerajaan negeri Selangor setuju melanjutkan tempoh bayaran sehingga 1 Feb.

Sebelum itu, Pengerusi YBK negeri Datuk Zainal Abidin Sakom dilapor media sebagai berkata yayasan perlu menjelaskan cukai tanah seluas 526 hektar di Serendah, Rawang pada 30 Jan lepas.

Khalid juga menyarankan agar Yayasan Melaka membeli tanah itu pada harga pasaran sekiranya benar-benar mahu membantu YBK membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara itu di sana.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan merampas tanah itu, Khalid berkata:"Ia akan dilakukan mengikut proses."

Ada orang kampung yang tanah mereka dirampas kerana lewat membayar cukai tanah, katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.