Gambar Panas!! Apa Menteri KDN Malaysia Lakukan Semasa Perhimpunan BERSIH 3.0 Berlangsung?? Jom Terjah!!



Selepas memantau peserta Himpunan Bersih 3.0 dari tempat tersorok, Hishamudin Hussein, Menteri KDN yang disayangi bersama warga kerja Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) yang 'berjaya' melayan Peserta Bersih dgn penuh kelembutan dan kasih sayang. 

Gambar Dan Berita Panas Hari Ini!!! Mengapa Selebriti Ini, Marina Tun Mahathir Turut Serta Dalam BERSIH 3.0 Di Hadapan Dataran Merdeka?? Jom Terjah...

It was the barbed wire that did it for me. Up til Friday afternoon I was still unsure about going. My hubby thought I'd already made my point last year. I was annoyed with continually being asked whether I was going or not, more so with the non-story that came out in M'kini which basically said I hadn't decided yet. I mean, does it matter?

Then I saw the photos of the police rolling out the barbed wire and I saw red. Since when did our police, or whoever is their boss, roll out barbed wire - barbed wire!! - against their own people?? Are we thugs? Terrorists? Thieves?

So I decided to go. I contacted friends and found out their plans on how to get round the roads which were sure to be blocked and the LRT which may be stopped. The same friend who so kindly offered to be my 'bodyguard' last year offered himself again. We got into my car, went to collect some other friends and drove to as close to Central Market as we could.

Women's groups together at Central Market.
Part of the way down Jln Brickfields we couldn't go any further so we got down to walk. On one side of the street were thousands of people in yellow walking in the direction of the Central Market. On the other side of the street were hundreds of police in their dark blue uniforms. But they didn't look hostile and just watched us go by.

Pendedahan Panas!!! Penggunaan Alat Ini Membuatkan Sistem Telekomunikasi Terganggu.. Jom Terjah, Kenapa Alat2 Ini Terdapat Semasa Perhimpunan BERSIH 3.0..


Sesiapa yang berada di lokasi perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April kemarin pasti mengalami kesukaran untuk menggunakan talian telefon bimbit termasuk broadband selama beberapa jam iaitu dari pukul 1 tengahari hingga 5 petang. Kemungkinan talian sesak akibat terlalu ramai pengguna memang tidak dapat dinafikan tetapi adakah selekeh itu sistem telekomunikasi di ibukota? Lagi pula ibukota memang mempunyai berpuluh-puluh rbs (radio base station) dari berbagai syarikat telekomunikasi. Biru, hijau, kuning, merah semuanya ada. Mana mungkin berlaku kesesakan?

Zizan Raja Lawak Terlantar Di Katil Hospital... Mengapa?? Jom Terjah!!!


Zizan Raja Lawak masuk wad sebaik sahaja beliau sembuh dari demam, batuk dan selesema, Zizan dikatakan diserang pulak penyakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot seluruh badan Zizan yang sibuk dengan filem Tokan.

Punca penyakit Zizan Raja Lawak sebenarnya terlampau banyak sangat bekerja dan kurang berehat menyebabkan penyakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot. 

Zizan masih ditahan di wad hospital sekarang... Semoga cepat sembuh untuk terus menghiburkan kami...

Panas!!! Mengapa Aktres Jelita Ini Hanya Memilih Pulau Redang Sebagai Pusat Bulan Madu Bersama Bekas Suami Nora Danish??? Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.
Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.
“Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.
“Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja,” katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.
Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya.
Fasha dan suaminya, Rizal Ashram selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini, malam Jumaat.
“Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.
“Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu,” katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.
Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.
Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis.

Kantoi Tahap Gaban: Hot Giler - Provokasi Polis Terdedah Lagi, Ada Desakan Minta Menteri KDN & KPN Letak Jawatan


Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana. 
Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknyaJika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!


Ulasan GB

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah.Petikan doa yang selalu GB siarkan: 


Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


Tulis Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Sang Kelembai) dalam facebooknya:

Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan,satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini..


Kini, orang UMNO sendiri mendedahkan pihak polis menyamar sebagai anggota BERSIH.

POLIS MERUSUH- provokasi polis kantoi,,, beliau memakai getah kuning, penanda bagi setiap Polis berpakaian preman (SB)

Selain itu Datuk Zaharin juga meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan disebabkan anggota polis yang cedera. Siap panggil mereka "monyet" lagi!


Apa lagi pencacai UMNO yang lain mahu cakap? Lu mau hantam dalam komen blog GB apa bikin? Pergilah hantam Datuk Zaharin di Wall FBnya... bingai...

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).



- Sumber: Greenboc

PAS Kecam Media Arus Perdana - Laporan Dan Berita Fitnah Yang Disiarkan Tentang BERSIH 3.0




PAS mengecam keras laporan Sinar Harian, Berita Harian dll yang melapor berita fitnah mengenai keganasan terhadap kereta polis..Mengapa tak lapor kereta polis itu dipandu secara membabi buta sehingga melanggar orang ramai..? Memang media Umno-BN perangai mcm yahudi..




Media, Polis dan KDN bohongi fakta..kami berhimpun secara aman dalam Bersih 3.0..yg berlaku ialah keganasan atau police brutality semakin dahsyat..peguam PAS juga dipukul dgn ganas..tegas Mohd Sabu & peguam Asmuni Awi dlm sidang akhbar di Pejabat Agung PAS sekarang..





Jom Terjah!!! Kenapa PM Najib Melawat Dan Memohon Maaf Kepada Wartawan Di Hospital Dalam Insiden BERSIH 3.0

Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

radzi razak najib 290412Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atasinsiden tersebut.

Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.
Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Panas Berapi!!! Nora Danish Terbang Jauh ‘Membawa Diri Dan Hati’ Semasa Perkahwinan Bekas Suami Berlangsung... Moga Tenang Sekembalinya Dari Tanah Suci..

Seperti yang peminat hiburan tempatan sedia maklum, Nora Danish telah terbang jauh membawa diri dan hati ke Tanah Suci Mekah sewaktu perkahwinan Fasha Sandha dan juga Jejai Jumaat lalu.
Apa yang kami maksudkan ‘membawa diri dan hati’ bukanlah sebab beliau kecewa dengan perkahwinan dudanya itu, Nora Danish membawa hati ke sana untuk diserahkan kepada sang pencipta agar tenang hidupnya yang kebelakangan ini dilanda badai perasaan. Alhamdulillah.
Di sini kami menemui beberapa keping gambar milik Nora Danish sewaktu menunaikan umrah bersama dengan ibunya.
Tampak manis dan sopan Nora bertudung kan? Sejuk mata kami melihat beliau begini, semoga Nora Danish istiqamah sentiasa dalam beribadah, lagi-lagi selepas menunaikan umrah. Amin.
Sumber:Meow

Post Mortem: Penjelasan Kejadian Sebenar Isu Kereta Polis Diterbalikkan.. Jom Terjah!!!



Video dibawah paling jelas bagaimana kereta polis merempuh peserta BERSIH 3.0setelah terbabas.



" Ada orang baling batu pada kereta polis. Patutlah.. "

" Sapa2? Sapa yang kurang ajar sangat tue? Ada rakam tak gambar dia? " Aku tanya.

Pakcik india potpet2 sambil berjalan depan aku. Aku masa neh dah tanggal lencana bersih. Tujuan nya? Sebab aku nak meronda2 tanpa dikejar polis. Kalau aku pakai lencana bersih maka polis akan tahu aku pendemo bersih. 

Jadi strategi aku memakai baju putih = baju rasmi pengamal media [baju kaler lain pun boleh, tapi kalau pakai baju putih, pakai pas dan bawa kamera automatik orang dah boleh detect sebagai wartawan] adalah untuk neh. Ini tujuannya, untuk melakukan apa2 yang aku rasa perlu dan patut dilakukan.

Oke, lupakan hal neh. Kita citer pasal kereta dulu.

Betul ke provokasi datang dari pendemo bersih ?

Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat dia shutdown tadi.

Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer.

Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;

 

Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].

Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;


- Ada kon

- Ada batu

- Lampu kereta pecah

- Kereta kemek

- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.

- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?

Lihat gambar kat bawah neh pula ;

Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut.


Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.


Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.

Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali kena tibai. Azri juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti bersih.


Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?


Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.

Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.


Anak panah hijau = penghenti provokasi. 


Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh. 

Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;


Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke hel?



Individu yang baling kon tue = individu yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju oren tue hah?

Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.


Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm..  memang kalau nak rembat semudah ABC jek.

Kesimpulannya kat sini ialah ;

1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2. 

2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl. 

Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke. 

Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini.  Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?

3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang terbuka. 

Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah.

Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas. Renungkan.

Updated ;

Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.



Ameno : Sila dakwa 7 individu di atas neh ye. tq


Read more: SUMBER

Tahanan BERSIH 3.0 Dibebaskan Secara Berperingkat Hingga 5.00 Pagi Tadi...

Tinjauan dari udara peserta perhimpunan Bersih 3.0 berkumpul di Dataran Merdeka petang tadi.

SHAH ALAM - Kesemua lebih 300 peserta perhimpunan Bersih 3.0, termasuk bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari dan Naib Presiden PKR, Tian Chua sudah dibebaskan setakat awal pagi tadi.

Mereka dibebaskan secara berperingkat-peringkat sehingga 5 pagi tadi.

Setakat 2.30 pagi tadi, 100 orang termasuk seorang budak bawah umur masih ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), kata peguam-peguam yang menghulurkan bantuan kepada mereka, menerusi laman mikro Twitter.

Beberapa peguam berada di pekarangan Pulapol untuk membantu tahanan sejak petang semalam, susulan tindakan polis menahan 388 peserta di ibu negara setakat 8 malam tadi.

Dalam mesej yang dikeluarkan sekitar jam 5 pagi tadi, seorang peguam yang menggunakan akaun atas nama pusparos berkata, "semua di Pulapol dah lepas."

Tian Chua pula menulis: "Baru sampai di rumah. Dibebaskan dari Pulapol sekitar 5 pagi manakala tahanan lain dihantar oleh polis ke Perhentian Bas Pekeliling."

AKAN MENYUSUL

Panas!!! Penyanyi Popular Nie Dengan Tudung Kuning Sanggup Turut Serta Bersama2 Peserta BERSIH... Jom Terjah!!!



Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka.



Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program “Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah” di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

10.09pm - Terkini: Jumlah Keseluruhan Peserta Himpunan BERSIH 3.0 Yang Ditahan ialah 388 Orang, Wartawan Harakah Kedah Turut Ditahan


KUALA LUMPUR: Menurut twitter PDRM, jumlah keseluruhan peserta himpunan Bersih 3.0 yang ditahan adalah 388 dan mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Turut ditahan adalah wartawan Harakah dari Kedah, Izwan Abdul Halim.

Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan di samping Tian Chua, anggota Parlimen Baru.

(Gambar: Antara peserta yang ditahan)

Menurut wartawan Harakah itu, Abdul Aziz dan Tian Chua telah dimasukkan ke dalam trak yang sama dengan beliau.

Selain itu, turut ditahan bersama adalh Pengerusi Solidaririti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin bersma dua rakannya yang lain.
Kesemua mereka sebelum itu dikumpulkan di Dataran Merdeka sebelum dibawa ke Pulapol menaiki bas PDRM dan trak polis.

Di dalam trak itu, ramai antara mereka yang cedera dan berdarah.

Gambar2 Dikemaskini!!! Salah Seorang Peserta BERSIH Meninggal Dunia Dilanggar Kereta Waja Polis Tidak Benar... Jom Terjah Sebab Kereta Polis Diterbalikkan..














Laporan tidak rasmi, diterima mengatakan salah seorang peserta himpunan Bersih 3.0 yang dilanggar oleh kereta Waja yang dipandu oleh seorang anggota polis yang berusia 24 tahun telah meninggal dunia sebentar tadi. 
Difahamkan, mangsa berkenaan berbangsa Cina dan kepalanya telah terperosok di bawah kenderaan polis yang melanggar beliau. 
Kejadian berlaku di hadapan Komplek Sogo dan melibatkan empat orang mangsa termasuk beliau yang parah ketika. Laporan media arus perdana mengatakan, peserta terbalikkan kenderaan polis kerana tindakan ganas adalah tidak benar sama sekali, kerana mereka berbuat demikian untuk menarik mangsa yang tersepit di bawah kenderaan polis itu. 
Susulan kejadian ini, pihak polis dipercayai "teruja" dan mula menggila menahan sesiapa sahaja yang masih belum meninggal ibu negara pada masa ini. Mereka ditahan dan telefon bimbit pula dirampas. Pihak polis kini kemungkinan besar "trauma" dengan apa yang berlaku. 
Tindakan hingga menyebabkan kematian adalah sesuatu yang sukar dimaafkan oleh rakyat Malaysia sebenarnya. Difahamkan juga, dua orang lagi peserta cedera parah di muka, patah tengkok dan sebelah mata. 
Akibat kejadian ini, umum sudah mengetahui kemungkinan besar polis akan membuat bedah siasat dan mengatakan mangsa meninggal dunia kerana angin pasang, sakit jantung atau lain-lain. 
Kita tunggu laporannya!

Sumber|pahangdaily


Laporan Lain Dari sumber di bawah:





AJK Bersih, Wong Chin Huat (memegang pembesar suara) meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya.

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO. 

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.


(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu. 

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu. 

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.


(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)


Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.

(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)

Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.
Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Saksikan video-video di bawah:

Klik video untuk melihat bagaimana kereta melanggar peserta Bersih
Klik untuk saksi video kejadian berdasarkan video Malaysiakini
Klik video yang menunjukkan pemandu kereta ini bertopi keledar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.