Laporan tidak rasmi, diterima mengatakan salah seorang peserta himpunan Bersih 3.0 yang dilanggar oleh kereta Waja yang dipandu oleh seorang anggota polis yang berusia 24 tahun telah meninggal dunia sebentar tadi.
Difahamkan, mangsa berkenaan berbangsa Cina dan kepalanya telah terperosok di bawah kenderaan polis yang melanggar beliau.
Kejadian berlaku di hadapan Komplek Sogo dan melibatkan empat orang mangsa termasuk beliau yang parah ketika. Laporan media arus perdana mengatakan, peserta terbalikkan kenderaan polis kerana tindakan ganas adalah tidak benar sama sekali, kerana mereka berbuat demikian untuk menarik mangsa yang tersepit di bawah kenderaan polis itu.
Susulan kejadian ini, pihak polis dipercayai "teruja" dan mula menggila menahan sesiapa sahaja yang masih belum meninggal ibu negara pada masa ini. Mereka ditahan dan telefon bimbit pula dirampas. Pihak polis kini kemungkinan besar "trauma" dengan apa yang berlaku.
Tindakan hingga menyebabkan kematian adalah sesuatu yang sukar dimaafkan oleh rakyat Malaysia sebenarnya. Difahamkan juga, dua orang lagi peserta cedera parah di muka, patah tengkok dan sebelah mata.
Akibat kejadian ini, umum sudah mengetahui kemungkinan besar polis akan membuat bedah siasat dan mengatakan mangsa meninggal dunia kerana angin pasang, sakit jantung atau lain-lain.
Kita tunggu laporannya!
Sumber|pahangdaily
Laporan Lain Dari sumber di bawah:
AJK Bersih, Wong Chin Huat (memegang pembesar suara) meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya.
KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.
Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.
Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.
(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)
Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.
"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!
"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.
"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.
(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)
"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.
"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.
"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.
"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.
Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.
(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)
Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.
(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)
Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.
Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.
Saksikan video-video di bawah:
Klik video untuk melihat bagaimana kereta melanggar peserta Bersih
Klik untuk saksi video kejadian berdasarkan video Malaysiakini
Klik video yang menunjukkan pemandu kereta ini bertopi keledar
Cuba tengok video2 yg ada betul2. Yang pakai topi keledar tu bukan polis yg memandu, tapi org awam(dalam interview di hospital, dia mendakwa dia seorg cameraman dari al-Hijrah), atas dasar kemanusiaan dia nak membantu polis tu keluar dari kereta dgn selamat, tapi dia pula yg dipukul. Ada video yg menunjukkan beberapa org yg berpakaian BERSIH tolong keluarkan seorg anggota polis dari kereta peronda tu.
ReplyDelete