RADIO
Apa PM Haji Najib nak kata lepaih nie???
Jumlah yang makin meningkat
Presiden PAS dan pimpinan PAS sebelum bergerak ke Dataran Merdeka
Jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka di sini terus meningkat - peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi - angka terbaru setakat tengah hari menunjukkan sudah mencecah lebih 20,000 orang.
Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 30,000 orang berkumpul di beberapa lokasi.
Penyokong mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza - dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dengan kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning.
Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka.
Ekoran peningkatan penyokong Bersih sejak dua jam lalu, polis mula menempatkan pasukan LFU di kawasan Dataran Merdeka untuk menyuraikan mereka yang berkumpul.
Mengikut maklumat sebelum ini, Bersih 3.0 membuat perancangan untuk berhimpun di Dataran Merdeka sekitar 2 petang, tetapi permintaan mereka tidak dibenarkan.
Seorang anggota Unit Amal Pas, dari Pahang, juga dilaporkan ditahan.
0 comments:
Post a Comment