Bongkar Berapi!! Kenapa Ratu Rock Malaysia, Ella Sanggup Berhabis Ratusan Ribu Ringgit Untuk Majlis Resepsinya Esok, walaupun Sudah Nikah 5 Bulan Yang Lalu.. Jom Terjah!!



Dikatakan mengikut 
sumber, Ella akan membelanjakan hampir RM200,000 bagi majlis resepsinya pada esok, 1 Disember yang diadakan di Kelab Darul Ehsan di Ampang, Selangor.

Panas!!! Pak Lah Bekas PM Malaysia Lebih Tahu Tentang Deepak Jaikishan, Jutawan Karpet, Sejauh Mana Keterlibatan UMNO Dalam Skandal Nie.. Jom Terjah!!



Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut penjelasan daripada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu penjual karpet Deepak Jaikishan yang didakwa ditipu oleh pemimpin Wanita Umno kerana perkara itu berlaku pada zaman pemerintahan beliau.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, menegaskan perkara tersebut yang berlaku pada tahun 2007 dan pada ketika itu, Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan perdana menteri.

Pilu!! Bayi Comel ini Meninggal Akibat Ditimpa Durian Ketika Didukung Ibu.. Jom Terjah!!


ZAINAL menunjukkan buah durian yang menimpa anak sulungnya sambil diperhatikan Samimi. 


NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram  yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.



MUHD. YUSUF menemui ajal selepas kepalanya ditimpa durian kampung seberat dua kilogram


Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Panas!!! (Gambar) Ketua Pengarah JAKIM Hadir Atas Kapasiti Apa Di Perhimpunan Agung Umno? Jom Terjah!!!



Cuba perhatikan di sebelah kiri Khairy Jamaluddin, dalam bulatan tu.. kalau ko orang nak tau itulah Ketua Pengarah JAKIM sekarang, Dato' Hj. Othman bin Mustapha.

Beliau hadir semasa ucapan amanat Presiden Umno sempena perhimpunan agung Umno semalam (27 Nov 2012).  

Yang menjadi persoalannya, beliau hadir atas kapasiti apa? Sebagai penjawat awam ke? Ataupun perwakilan?

Panas Berapi!!! Bekas Ketua Polis Negara Dedahkan sesuatu Tentang Menteri KDN.. Jom Terjah!!!

NONEBekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-
pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

BERAPI!! Inilah Gambar-Gambar Terkini Perkahwinan Selebriti Kacak, Hairie Othman dan Dalia Diyana.. JOM TERJAH!!!

Inilah gambar- gambar perkahwinan Hairie Othman dan Dalia Diyana.




Gambar Lagi-lagi...

Panas Berapi: Papan Iklan ‘Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat’ Roboh Digergaji Atas Arahan SUK Perak.. Jom Terjah!!!




PETALING JAYA 27 November: Semua pihak yang bertanggungjawab merobohkan papan iklan KEADILAN di Lebuh Raya Utara Selatan akan diheret ke muka pengadilan, kata Pengarah Kempen Pilihan Raya KEADILAN Perak, Shahbudin Abdul Khatab.

Papan iklan yang tertera gambar Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan ‘Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat’ itu didirikan pada 20 November lalu, di Kilometer 383 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang.

SIARAN LANGSUNG! Skandal Scorpene Dari Singapura... Berapi!!! Nama PM Haji Najib Disebut 2 Kali.. Jom Terjah!!



Sesi taklimat perkembangan siasatan hakim Perancis ke atas skandal komisen pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene kini sedang berlangsung di Changi Village Hotel, Singapura.

Taklimat disampaikan oleh peguam bersekutu yang mewakili dua peguam utama, William Bourdon dan Joseph Breham, iaitu Apolline Cagnat (gambar, tengah).

Panas Berapi!! Pelokon Veteren Berstatus Datuk Bijak Sorokkan Perceraian, Ruper Dah 9 Bulan Berpisah.. Jom Terjah!!



KUALA LUMPUR – Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.
Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.

Tahniah!!! Inilah Wajah Puteri Sulung Nabil Raja Lawak, Isterinya Selamat Bersalin Pagi Kelmarin.. Jom Terjah



Tahniah! buat pengacara dan pelawak terkenal Ahmad Nabil Ahmad, 29 dengan kehadiran puteri pertamanya pagi semalam.
Menurut pelawak terkenal ini, isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.67kg di Klinik Umra, Shah Alam pada jam 8.40 pagi.

Panas Berapi!! Anak Tiri Dato' Siti Nurhaliza Kahwini Anak Menteri Yang Juga Sepupu PM Haji Najib.. Jom Terjah!!


Anak Tiri Siti Anas Zawawi Kahwin Anak Datuk Seri Hishamuddin
GAMBAR PERKAHWINAN ANAK TIRI DATUK SITI NURHALIZA DENGAN ANAK DATUK SERI HISHAMUDDIN
Anak Datuk K Anas Zawawi Kahwin Anak Datuk Seri Hishamuddin
GAMBAR PERKAHWINAN ANAK DATUK K ANAS ZAWAWI DENGAN 
Anak tiri Dato Siti Nurhaliza yang sulung, Anas Zawawi menikahi anak Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah. Anas mengenali gadis itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu dan sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.

Video: Gangnam Gaya Arab Saudi Jadi Tumpuan Lebih 3 Juta Penonton.. Apa Yang Bestnya, Jom Terjah!!


Sebuah video yang baru dimuat naik ke YouTube menunjukkan enam lelaki Arab Saudi meniru tarian Gangnam Style, lagu popular oleh penyanyi Korea, Psy.


Dalam hanya beberapa hari, versi Arab Saudi ini berjaya menarik perhatian tiga juta penonton, memaparkan jenaka terbaru Arab Saudi melalui lagu Gangnam Style itu.

Video itu dirakam di jalan di Riyadh di mana mereka menari dengan tidak memakai pakaian tradisional Arab Saudi.

Kumpulan lelaki itu menari dan menunjukkan trend lelaki Arab Saudi yang tidak lagi mengenakan jubah dan melakukan kerja biasa, melepasi rumah sahabat atau menghantar anak ke sekolah, seperti memberitahu keselesaan mereka secara terang-terangan.

Tenat!! Pakatan Rakyat (PR) Tetap Akan Kalah Jika Pilihanraya Diadakan Hari ini. Kajian Ini AMAT Boleh Dipercayai.. Jom Terjah!!!


Kerusi 'selesa' BN hanya 120?
Dr Shamsul mengakui walaupun kemungkinan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih memihak BN untuk kekal berkuasa.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan 'kelabu'”, kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Panas!! Tuduhan Kedah Akan Bangkrap Adalah Tuduhan Yang Nakal, Bekas EXCO Cuba Bermain Api Rupernya.. Jom Terjah!!


ALOR SETAR - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan dalam Persidangan DUN bahawa anggaran hasil premium tanah sebanyak RM150 untuk tahun 2013 adalah munasabah.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) membangkitkan persoalan berhubung Belanjawan Negeri 2013 yang menyaksikan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan. 

Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Mahdzir membayangkan, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri. 


Bagaimanapun Amiruddin menjelaskan bahawa pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran tetap yang sedia ada adalah hasil one off yang melibatkan tiga tempat.

Penyanyi Popular Sedang Jalani Hukuman Penjara 8 Tahun Ini Mengharumkan Nama Penjara Kluang, Kenapa?.. Jom Terjah!!

AMENG (empat dari kanan) beramah mesra dengan
pegawai penjara selepas menjuarai Pertandingan
Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Penjara Malaysia
.
KOTA BHARU – Kumpulan Voices of Prison yang diketuai oleh Ameng Spring dan masih menjalani hukuman penjara, muncul johan Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 di Penjara Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ameng atau nama sebenar, Wan Aminuddin Wan Ismail bersama empat lagi rakan banduan berjaya menewaskan 11 kumpulan lain menerusi lagu Insafi Diri.


Kejayaan tersebut menyaksikan kumpulan berkenaan mengharumkan nama Penjara Kluang di Johor yang sebelum ini meraih tempat ketiga pada pertandingan tahun lalu.

SIARAN LANGSUNG! DS Anwar Sedang Berceramah Di Merdeka Rakyat Dari Bukit Katil!




Jelajah Merdeka Rakyat malam ini di negeri Melaka

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dinasihatkan doktor supaya berehat beberapa hari hingga terpaksa membatalkan kehadirannya malam tadi di Batu Tiga, Selangor, kini sedang menyampaikan ceramah secara langsung dari Bukit Katil, Melaka.


JOM Ikuti.........

Kecoh!! Apa Lebihnya Yang Ada Pada Pelakon Janda Jelita Ini Hinggakan Menjadi Rebutan Antara Dua Aktor Muda Nie... Jom Terjah!!


Shah Iskandar
PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah faham berhubung isu “rebut” pelakon Rozita Che Wan.
Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, bagaimanapun berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu.
“Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.

Terkini!! Apa Khabar ADUN Kota Seputeh? Depa Kata Mengamuk Sakan Kat DUN Kedah Sampai Kena Hambat Keluar, Ada Pasai Rupernya.. Jom Terjah!!


ALOR SETAR – ADUN Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sarif diarahkan keluar Dewan Undangan Negeri apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan. 

ADUN tersebut sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. 

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. YDP MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato’ Che Barni. Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17.

(Gambar) Terkini!! Inilah Ayah Yang Bertanggungjawab!! Bila Anak Perempuan Baru Berusia 13 Tahun Tak Mau Balik Rumah, Terus Dinikahkan, Jom Terjah!!


KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

Lebih 100 Kontena Bijih Nadir Bumi Tiba Di Pelabuhan Kuantan, Kawalan Ketat Polis.. Jom Terjah!!

Lynas
Protesters at the Lynas annual general meeting.



dikemaskini Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.

Panas!! Inilah Selebriti Popular Buat Kutipan Derma Sekitar Pavillion Bantu Rakyat Palestin.. Jom Terjah!!


Petang tadi, lebih daripada 10 orang selebriti popular tanah air telah turun padang untuk membuat kutipan derma ikhlas membantu rakyat Palestin di sekitar Pavillion. Turut memeriahkan usaha murni ini ialah Irma Hasmie dan suaminya.
irma hasmie dan suami
Irma Hasmie tampak “glowing” dengan kandungan di dalam perutnya yang sudah mencecah 3 bulan lebih. Kedua-duanya sangat bersungguh-sungguh dalam memberi kesedaran terhadap orang ramai tentang isu Palestin. Semoga dengan usaha ini, akan lebih ramai orang terlibat sama dalam membantu saudara Islam kita di Gaza.

Inilah Jadinya: Menteri Mengelak Jawab AES, Kecoh Tak Sangga!!


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha enggan memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan untuk mencelah bertanyakan soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).




Ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan 
pagi tadi, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba bangun meminta penjelasan menteri walaupun tidak diberikan peluang bertanya.

Terkini!! Siaran Langsung Dari Dewan Undangan Negeri Kedah


Siaran Langsung Dari Dewan Undangan Negeri Kedah

Sahabatku Gugur Syahid.. Tragisnya Gambar Ini.. Jom Terjah!!



Pernah tak kita terbayang situasi ini berlaku di Malaysia? Ketika anak-anak kita masuk kelas, kawan di sebelah mati syahid di usia muda akibat kekejaman Yahudi.

Inilah yang dilalui oleh anak-anak Palestin di Gaza... Kini Gaza terus menerus di serang oleh tentera Yahudi laknatullah.

Amerika Akan Hantar 3 Kapal Perang Amphibia Ke Israel Untuk Apa? Apa Akan Jadi Kepada Gaza?

Washington - Tiga kapal perang amfibia Tentera Laut AS menuju ke Mediterranean Timur sebagai persediaan sekiranya diperlukan untuk membantu rakyat Amerika meninggalkan Israel pada hari-hari akan datang, menurut dua pegawai AS.

Para pegawai menegaskan pemindahan sebagai kemungkinan yang amat tipis dan pentadbiran Obama tidak merancang untuk melakukannya sekarang. Rakyat Amerika yang ingin meninggalkan rantau ini kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan penerbangan komersial.

Panas!! Inilah Nasib Pekerja Mc Donalds Jika Masyarakat Dunia Terus Memboikot.. Jom Terjah!!



Boikot produk israel

Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?




Ini senario yang paling mungkin.

McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).





Gempar!!! Tahniah Buat Pelakon Hairie Othman Akhiri Zaman Dudanya.. Inilah Wajah Isteri Barunya.. Jom Terjah!!!


Comel dan segak bergaya.. Moga berkekalan hingga ke Syurga. Tahniah diucapkan kepada pelakon Leftenan Adnan iaitu Hairie Othman kerana sudah bergelar suami. majlis pernikahan dijalankan dalam suasana sederhana di Dewan Merak Kayangan.

PATA 2012 Telan Kos RM3.4 juta Hanya 3 Hari, Lari Bajet Menteri Melancong.. Jom Terjah Kisah Sebenar!!


Oleh Lim Hong Siang

Ketika menjawab pertikaian Anthony Loke mengapa conference Pacific Asia Travel Association (PATA) 2012 menelan kos RM3.4 juta dalam tempoh tiga hari, RM1.7 juta lebih daripada anggaran bajet, Menteri "Melancong", Ng Yen Yen mendakwa program tersebut perlu memperlihatkan imej "Malaysia Boleh". 

 Justeru itu, setiap peserta dihidangkan jamuan malam berharga RM150/orang. Malah, Yen Yen menyindir ahli parlimen Rasah ini, bahawa RM150/orang untuk jamuan malam di Kuala Lumpur adalah standard (taraf) antarabangsa, bukan standard Rasah.

Saya teringat Menu Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan Najib Razak. Perdana Menteri ini hanya membayar RM3 meskipun mengambil lauk-pauk yang mengandungi nasi, ayam masak kicap, ayam masak merah, daging goreng, taugeh dan papadom. Langkah Najib untuk membuktikan bahawa penduduk Kuala Lumpur masih dapat membeli makanan yang murah di pusat bandar ini, akhirnya mendapati taraf rakyat jelata di Lembah Klang hanya mencecah 2% dari paras antarabangsa sebagaimana yang digariskan Ng Yen Yen. Jika diambil gaji minima RM900 yang ditetapkan kerajaan, berhempas pulas satu bulan buruh itu membanting tulang hanya cukup untuk enam hidangan jamuan malam yang bertaraf antarabangsa.

Kasut Sukan Cristiano Ronaldo Dilelong Untuk Bantu Rakyat Palestin... Jom Terjah!!



Kasut sukan Cristiano Ronaldo dilelong pada harga RM9396.00 untuk membantu rakyat Palestin.


Dapatkan maklumat dan berita terkini di Gaza, Palestin dari NGO Malaysia yang menyalurkan bantuan terus ke Palestin dihttp://aqsa2gaza3.blogspot.com atauhttp://www.facebook.com/aqsa.syarif

Moh kita jayakan Misi Bantuan Kecemasan di Gaza dengan menyumbangke AQSA SYARIF BERHAD di Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.

Tahniah!! Diana Danielle Sah Bunting Pelamin, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!


Isteri Farid Kamil, Diana Danielle sah hamil dan berita gembira ini disampaikan sendiri oleh tuan empunya badan melalui akaun twitter peribadi miliknya.
Diana Danielle menulis — “The most precious birthday present, thanks Allah SWT” dan di’sertakan sekeping gambar alat uji kehamilan yang menandakan beliau sedang hamil.

Gempaq!! Bala Terhebat Melanda Presiden MCA.. Apakah MCA Bakal Berkubur.. Jom Terjah!!



The Star Sorok Berita 1,000 Ahli MCA Keluar Parti?


Dua bom jangka telah meletup dalam MCA sepanjang dua hari lalu tetapi media arus perdana, terutamanya media yang dikuasai parti perkauman Cina itu, The Star, langsung tidak menyiarkan berita ini.

Kira-kira 1,000 ahli MCA dari Pulau Pinang dan Johor telah meletak jawatan secara keseluruhannya (en bloc) dan mereka menyatakan hilang keyakinan dalam kepimpinan parti sebagai alasan untuk keluar.


Perletakan jawatan beramai-ramai ini hanyalah sekelumit kecil dan ia menandakan permulaan satu tamparan hebat buat parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar ini.


Jom Boikot Produk Nie: Yahudi Israel Laknatullah Serangan Terhadap Umat ISLAM Palestine



Tindakan McD memberi 200,000 Burger Percuma semata-mata takut diboikot oleh umat ISLAM di Malaysia atas sebab serangan Yahudi Israel Laknatullah terhadap umat ISLAM Palestine wajib dihalang. Tindakan ini boleh diibaratkan sebagai satu percubaan utk merasuah umat ISLAM disini supaya melupakan tragedi berdarah yang menimpa umat ISLAM di Palestin!




Apakah mufti dan ulama umNO akan terus menghalalkan darah umat ISLAM di Palestin dengan membiarkan McD merasuah umat ISLAM disini? Apakah pula tindakan Kerajaan Be End yang diketuai umNO yang hanya membisu dan membiarkan rakyat dirasuah dengan burger percuma? 



Adakah kerana pemimpin parti umNO itu sendiri telah menjadikan rasuah budaya dan adat mereka bagi meraih undi/projek2 kerajaan? Nauzubillah!! Teruskan memboikot MCD & Yahudi Laknatullah serta rakan dagang mereka iaitu umNO & Be End!!

Terkini!! DS Anwar Ibrahim Tiada Masalah Jika Presiden PAS Jadi PM, Kita Boleh Berbincang.. Apa Kata Musuh??


SHAH ALAM, 18 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak ada masalah jika Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dipilih menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April ini. 
Ketua pembangkang itu ditanya soalan tentang pandangan beliau tentang kenyataan ahli-ahli PAS yang mahu Datuk Seri Hadi Awang (gambar) sebagai calon perdana menteri. 
“No problem (tidak ada masalah), kita boleh bincang dengan baik,” kata Anwar selepas berucap dalam Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Industri Selangor (Unisel), hari ini. 

Terbaru!! Penyanyi Shila Amzah Mohon Maaf Adengan Cium Tangan Di Majlis Khalayak Ramai.. Jom Terjah!!



PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.
"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yang saya sayang.
"Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Video Panas!! Shila Amzah, Anak ND Lala Cium Tangan Kekasihnya Di Khalayak Ramai... Jom Terjah!!


shila ium tangan sharnaaz
Patah seribu hatiku, bila melihat kau bercium tangan dengan kekasihmu…

Siapa tengok AIM 2012 semalam? Abang-abang hensem kat luar sanayang minat Shila Amzah ni mesti rasa terbako baca tajuk entri ni. Huhuhhu.


Ala, cium tangan ja.  Bukan cium kaki pon macam cerita Hindustan tu”.

Ucapan Pierre Andre Di Anugerah Skrin 2012 Terlalu Istimewa.. Sebenarnya Beliau Telah Berhijrah Dan Sertai Jemaah Tabligh.. Alhamdulillah, Ini Kisahnya.. Jom Terjah!!


GAMBAR Pierre siap berkopiah putih yang diambil dari Intagramnya.



UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.
Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'
"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.
Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Bongkar Misteri Lantai Garaj Panas, Air Dalam Lubang Tandas Tiba-tiba ‘Menggelegak’ & Keluarkan Bunyi.. Jom Terjah!!



Misteri lantai garaj panas
Hanya beberapa minit air yang dijirus Abdul Rahman sudah mula beransur kering.
SEREMBAN -  “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja," kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.
Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.
“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

(Gambar) Terkini Di Gaza: Pejabat PM Hancur, Kematian Orang Awam Meningkat Angkara Zionis Israel Laknatullah.. Ya Allah Selamat Umat Islam Di Palestin

Israel Serang Gaza Gunakan Senjata Terlarang
Seorang ibu menggendong jasad anaknya yang tewas dalam serangan Israel di Jabaliya, Jalur Gaza, Palestina, Jumat (16/11).



'Harusnya Negara Arab Bersatu Bela Bangsa Palestina'
GAZA CITY - Israel melancarkan lebih 180 serangan udara ke arah Genting Gaza awal pagi hari ini, termasuk serangan yang disasarkan ke ibu pejabat kerajaan Hamas hingga menyebabkan bangunan tersebut musnah teruk, menurut kenyataan yang dikeluarkan Hamas.
Serangan baharu itu merupakan tindak balas rejim Zionis terhadap beberapa siri serangan roket yang pertama kali dilancarkan oleh Hamas ke atas bandar suci Baitulmaqdis, yang meningkatkan lagi ketegangan antara Israel dengan pejuang Palestin.

Siaran Langsung : DS Anwar Ibrahim - Jelajah Merdeka Rakyat Di Kemaman


Live Kempen Jelajah Kebangkitan Rakyat, 
Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia, 
Pas Ganti Umno dari  Pakatan Rakyat Supporter


(sila refresh jika gambaran kurang jelas)

Terkini!! Siaran Langsung Konsert Bersama Artis




Siaran Langsung Konsert Bersama Artis

Terkini!! Bila Orang India Isytiharkan Diri sebagai "Tentera Perjuangan Islam", Apa Sebenarnya?


Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyifatkan diri mereka sebagai "tentera perjuangan Islam" dan secara sukarela bersama-sama dalam perjuangan PAS.

Perwakilan DHPP, K.Deepakaran berkata, ahli DHPP sudah faham perjuangan PAS dan tiada sesiapa yang memaksa mereka menyertai parti itu.

"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.

"Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All," kata beliau sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Putik hari ini.

Panas!!! Inilah wanita Melayu Yang Ditangkap Dengan Pasangan Bangla... Jom Terjah!!!

Wanita habis idah dicekup khalwat
Pasangan yang dicekup penguat kuasa malam kelmarin.
LEDANG - Seorang wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di dekat sini, lewat malam kelmarin.
Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 38 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Bangladesh kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.