AMENG (empat dari kanan) beramah mesra dengan pegawai penjara selepas menjuarai Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Penjara Malaysia. |
Ameng atau nama sebenar, Wan Aminuddin Wan Ismail bersama empat lagi rakan banduan berjaya menewaskan 11 kumpulan lain menerusi lagu Insafi Diri.
Kejayaan tersebut menyaksikan kumpulan berkenaan mengharumkan nama Penjara Kluang di Johor yang sebelum ini meraih tempat ketiga pada pertandingan tahun lalu.
Mereka menerima hadiah piala pusingan dan senaskhah Al-Quran.
Ameng Spring yang dahulunya terkenal dengan lagu Sampai Hati sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah.
Ketika ditemui pemberita, banduan yang berusia 44 tahun itu berkata, penat jerih dia dan ahli kumpulan menjalani latihan selama tiga bulan berbalas dengan kejayaan tersebut yang disifatkan cukup manis.
“Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid,” katanya.
Tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh kumpulan nasyid dari Penjara Kajang di Selangor manakala tempat ketiga jatuh kepada Sekolah Henry Gurney, Melaka.
- Kosmo
0 comments:
Post a Comment