Polis Guna Gas Pemedih Mata Sama Dengan Tentera Israel Gunakan Untuk Perangi Rakyat Palestin : Pengarah Biro Guaman PKR


[KD] KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas.

Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin.

Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan.

Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

“Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories,” katanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin.

“Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?” kata Latheefa.
Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama.

“CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS,” kata Latheefa.

Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister berkenaan dikeluarkan syarikat Combined System Inc.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau.

Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, turut digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0.

Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu dari Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia.

(LIVE) Malaysia vs Chelsea - Kedudukan Terkini Malaysia Ketinggalan Satu Gol..

Nak Tengok Bola secara langsung - jom...



atau

Majlis Tuan Guru Pondok Kedah Ditubuh Demi Memartabatkan Institusi Ulama' - Tahniah MBKu Yang Prihatin...


ALOR SETAR: Institusi pondok merupakan benteng terakhir dalam menjaga dan menyelamatkan akidah masyarakat pada masa kini.

Selain itu, ia merupakan pejuang utama kepada ilmu-ilmu turath yang sangat berharga dan sekiranya tidak dipelihara akan hilang ditelan zaman.

Jika diamati pembangunan dan persekitaran pula, ia seumpama ‘Madinah Kecil’ di mana rumah tuan guru hampir dengan madrasah utama selain dikelilingi pondok anak-anak muridnya.

Segala keistimewaan dan keunikan itulah menambahkan lagi keberkatan ilmu dan kehebatan institusi pondok di mata masyarakat.

Atas semangat itulah, Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa) telah menganjurkan Majlis Pertemuan Para Tuan Guru Pondok di Seri Mentaloon, di sini baru-baru ini.

Hasil pertemuan yang dihadiri 19 tuan-tuan guru pondok itu, sebuah jawatankuasa khas dinamakan Majlis Tuan Guru Pondok Kedah telah dibentuk dan bernaung di bawah Hesa.

Mudir Madrasah Manabi’ Al Ulum Al Diniah, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir telah dipilih selaku pengerusi yang pertama kepada jawatankuasa majlis tersebut.

Telaga Zam-Zam : Akuifer Terbaik Dunia

Dari Ibnu Abbas R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: Sebaik-baik air dibumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit.”- Riwayat At-Tabrani dan Ibnu Hibban.


Setiap tahun, seramai 2 juta jemaah haji ke Makkah. Sekurang-kurangnya seorang ahli jemaah akan meminum 1 liter sehari selama tempoh menunaikan haji iaitu 25 hari. Oleh itu, sebanyak 50 juta liter diperlukan untuk menampung jumlah air yang diminum jemaah haji. Setelah tamat menunaikan haji, setiap ahli jemaah akan diberi 5 liter air zam-zam untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing menjadikan 10 juta liter diperlukan untuk dibawa pulang. Maka, jumlah pengeluaran air zam-zam adalah 60 juta liter dalam masa setahun.

5 L (bawa pulang) x 2 juta orang = 10 juta L

1 L (minum) x 25 (hari) x 2 juta orang = 50 juta L

Oleh itu, 10 juta L + 50 juta L = 60 juta L/tahun !!!


APA ITU AKUIFER?

Jasad bahan bumi yang mampu membekalkan air bawah tanah pada kadar tertentu yang boleh dimanfaatkan. Akuifer boleh dibahagi kepada dua iaitu akuifer terkekang (confined) dan akuifer tak terkekang (unconfined).

FAKTA TELAGA ZAM-ZAM

Saiz telaga: 5 x 4 meter sedalam 30-40 meter

“Zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun”


KUANTITI AIR TELAGA ZAM-ZAM

Paras air telaga zam-zam adalah 3.23 m di bawah permukaan pada keadaan biasa. Ujian pengepaman dilakukan sebanyak 8000 L /saat untuk masa lebih 24 jam menunjukkan penurunan paras air dari 3.23 m di bawah permukaan hingga 12.72 m dan 13.39 m. Selepas itu paras air tidak berubah. Selepas pam dihentikan, air naik semula ke paras 3.9 m dalam masa 11 minit sahaja. Data ini menunjukkan yang air zam zam ialah air yang terletak dalam akuifer yang baik (ketertelapan yang tinggi) dan air ini diganti dengan cepat dari pergunungan di sekeliling Mekah.

Keratan rentas hidrogeologi Mekah

Usia: 2000 BC

Sebenarnya akuifer air zam-zam berada di batu pasir aluvium dan batuan diorit. Batuan diorit bukanlah batu untuk akuifer yg baik melainkan adanya retakan (fracture). Batuan dasar akuifer ini adalah batuan diorit yang banyak retakan-retakan menyebabkan ia menjadi akuifer yang baik.

Seperti rajah keratan rentas tersebut, air hujan yang turun di kawasan tinggi meresap masuk ke dalam tanah dan pergerakan air bawah tanah adalah berpusat di Masjidil haram berdasarkan kecerunan kawasan. Apa yang menarik ialah, kawasan arid (kering) yang jarang sekali hujannya boleh membekalkan air bawah tanah yang sangat banyak.

KUALITI AIR ZAM-ZAM

Kajian telah dilakukan bahawa Air Zamzam tiada warna dan bau, mempunyai rasa yang unik; pH adalah 7.9–8.0 (alkali). Sodium chloride (garam biasa) berlebihan dalam Zamzam – memberikan rasa sedikit payau. Zamzam sangat baik utk kesihatan – menyegarkan dan berikut merupakan kepekatan mineral yang terkandung dalam air zam-zam:

  • Sodium – 250 mg/l
  • Calcium -198 mg/l
  • Magnesium – 43.7 mg/l
  • Chloride – 335 mg/l
  • Sulfur – 370 mg/l
  • Iron – 0.15 mg/l
  • Manganese – 0.15 mg/l
  • Copper – 0.12 mg/l
  • (Analysis of a study conducted in the laboratory of the Department of Water and Waste Water Treatment, the Western Province, Saudi Arabia)

Rujukan: Prof Madya Dr Wan Zuhairi Wan Yaacob, Pensyarah Program Geologi, UKM.

"Buah Dada I Hanya RM500.00" - Operation di Thailand...

Mohd Ashraf Abd Aziz, 25 tahun menggemparkan negara, wajahnya terpampang di muka hadapan akhbar.

Perhatikan gambar Ashraf di Harian Metro.


Jika tidak mengetahui identiti sebenarnya, pasti kita menganggap dia perempuan sejati. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menolak permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana.

Itu fakta.

Saya percaya lebih ramai lagi lelaki berperawakan bak perempuan di negara ini. Sebilangan mereka mendakwa telah menjalani pembedahan menukar jantina samada di Singapura atau Thailand. Jika pembaca melintasi Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur, pada waktu malam, golongan sama bersidaian di tepi rumah kedai, menjaja bentuk tubuh kekadang kelihatan lebih seksi berbanding perempuan sebenar.

Sambungannya DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.