Terkini!!! Keputusan Perlawanan Liga Super Yang Tamat Sebentar Tadi... Kelantan Kenduri Gol....

 

Lima perlawanan bola sepak Liga Super berlangsung pada malam ini.  Kelantan dan Sarawak "berkenduri gol" dengan menewaskan lawan masing-masing dengan 5 dan 4 gol.


KEPUTUSAN AKHIR
Terengganu  0  |  0  Johor FC
S.Lions XII  2  |  1  PBDKT T-Team
Sabah  1  |  1  Selangor
Kelantan  5  |  1  Felda United  
PKNS  1  |  4  Sarawak

Gambar2 Panas!!! Zizan Raja Lawak Dengan Kereta Baru Dibeli. Kereta Nie Laju Giler, Jenuh Nak Bayar Saman Lepaih Nie.. Jom Terjah!!

Dikhabarkan Zizan (Raja Lawak) baru sahaja membeli sebuah kereta Evo 10 ni di Mutiara Motor Larkin. Syarikat Mutiara Motor adalah kepunyaan suami Juliana Banos.

Kereta model Evo 10 yang Zizan beli ni bukan macam spec biasa daripada kilang tetapi telah dituned dengan Performance Part M7. Setelah dituned, kuasa kuda (horse power) kereta ni boleh mencecah sehingga 480hp.

Dengan horse power macam tu, memang berdesup la kereta ni atas highway. Sebelum ini Zizan menggunakan Subaru Impreza WRX STI





Gambar: Siapa Raja DS Ashman Yang Telah Kembali Mengadap Ilahi.. Inilah Sejarah Hidupnya.. Al Fatihah


Takziah diucapkan buat keluarga diRaja Perak atas kemangkatan Raja Ashman, anakanda kedua Sultan Perak, Sultan Azlan Shahyang meninggal duniapada kira-kira pukul 6:30 pagi kerana serangan asma dan alahan.

Almarhum meninggalkan seorang balu, Noraini Jane Kamarul Ariffindan anak-anak. 



Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, semasa hayat baginda merupakan seorang raja yang rendah diri dan berjiwa rakyat.

Dilahirkan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang, baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Raja Yong Sofia.

Baginda berkahwin dengan Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin, 53, pada 26 September 1991 dan dikurniakan seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah, 18, serta dua puteri Raja Eminah Alliyah, 20, dan Raja Bainunisa Safia, 17.

Baginda yang berpendidikan tinggi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada tahun 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-undang dari Cambridge University pada tahun 1985.

Baginda dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.

Semasa hayat baginda, Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd.
Baginda juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.

Baginda yang juga penyokong setia pasukan hoki negara turut aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah.
Baginda telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) dari kerajaan negeri Perak pada 18 April 1988 yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Berapi!!! Inilah Pekelililng Kenaikan Gaji Dan Formula Pengiraannya Yang Diharapkan Oleh Penjawat Awam... Syok La Hampa No.... PRU 13 Nie Hampa Nak Sokong Siapa???


Di sini penulis berikan pekeliling yang ditunggu oleh cikgu-cikgu dan penjawat awam yang lain. Rasanya ada perubahan pergerakan gaji tahunan bagi kakitangan awam yang tarikhnya pada bulan 12. Klik lah link dibawah:

PENGIRAAN PEMINDAHAN GAJI (klik sendiri la no...)


Harap anda semua berpuas hati dengan tunggakan yang bakal anda terima.



SUMBER

Video Panas!!! Inilah Lagu 'Bawaku Pergi" Nyanyian Zizan & Kaka Diharamkan Kerajaan... Apa Sebenarnya Cerita Disebaliknya, Ada Cerita Nie?





Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.
Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.
Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.
Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.
Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. 
Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.
Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.
Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?
Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.
Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.
Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.
Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.
Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.
Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?
- Malique, Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI
There are no posts related to Lagu 'Bawaku Pergi' Kini Sah Diharamkan Oleh Kerajaan & Ini Kenyataan Penuh Malique.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.