MP Kota Belud Membela Kerajaan Lulus Lesen Judi : Apa Nak Jadi Orang Islam La Nie..




Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Ka
tanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mes

ti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan.

Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahman
berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.

Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

4 ADUN PR Kedah Kata Tetap Setia : Khabar Angin Dari BN


ALOR SETAR - Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Kedah tetap setia dengan Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan tidak akan goyah dengan tawaran pihak pembangkang yang mahu menumbangkan gabungan itu.

ADUN Kota Darulaman, Lee Guan Aik berkata, dakwaan yang mengatakan beliau mahu lompat parti bersama tiga lagi ADUN yang juga Exco Kerajaan Negeri adalah tidak benar sambil menyifatkannya sebagai khabar angin yang karut.

“Saya berdiri teguh menyokong kerajaan PR Kedah yang diterajui Pas. Segala tohmahan yang mengatakan akan ada pilihan raya negeri dalam masa terdekat mungkin strategi terdesak pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.:

Guan Aik tidak menafikan kemungkinan khabar angin itu disebarkan oleh Barisan Nasional (BN) yang tidak senang melihat kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri yang semakin disenangi rakyat.

ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajaan Negeri, S Manikumar berkata, apa yang disebarkan itu hanyalah khabar angin yang digembar-gemburkan pihak tertentu yang mahu melihat PKR Kedah hancur.

“Saya seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah lupa budi rakyat yang mengundi saya dalam pilihan raya kecil lalu. Kenapa pula saya mahu lompat parti, sedangkan saya selesa dengan pentadbiran sedia ada,” katanya.

Manikumar berkata, desas desus yang menyebut dirinya akan mengikut jejak ADUN Bakar Arang, Tan Wei Shu sudah lama didengarnya dan sudah lali dengan tohmahan itu.

“Saya hanya akan berundur daripada dunia politik sekiranya tidak lagi mendapat kepuasan dalam tugas sebagai ADUN atau Exco termasuk diperkotak-katikkan pihak tertentu, namun tidak sesekali meninggalkan PKR,” katanya.

Beliau menasihatkan pihak terbabit yang mahu mengucar-ngacirkan keadaan supaya berhenti segera dan menerima hakikat pemerintah di Kedah adalah di bawah PR.

ADUN Kulim, Lim Soo Nee akan tetap setia pada PKR dan pendiriannya tidak mudah goyah hanya disebabkan tawaran wang ringgit mahupun jawatan tinggi.

“Saya tidak akan sesekali khianati amanah rakyat yang mengundi saya. Saya ingin tegaskan saya masih setia dengan PR,” katanya

"Selamat Menyambut Hari Guru" - Naikkan Kain Rentang : DMPP


KUALA LUMPUR, 14 Mei: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru semua ahli Dewan Muslimat negeri, kawasan dan cawangan agar menaikkan kain rentang (banner) mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ bagi meraikan barisan pendidik serta mengiktiraf pengorbanan mereka selama ini.

Pengerusi Lajnah Pendidikan DMPP, Wardatul Jannah As-Soffea berkata, perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan.

“Justeru, pengiktirafan untuk para pendidik amat perlu untuk membangkitkan momentum perjuangan ke arah mendidik masyarakat demi mencari keredhaan Ilahi,” ujarnya dalam kenyataan yang dimuatkan di dalam laman web DMPP hari ini.

Beliau menambah, berazimatkan firman Allah di dalam Surah al-Maidah, ayat 56, yang bermaksud: Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang", maka lajnah itu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua barisan pendidik dan tenaga pengajar di seluruh Malaysia khususnya yang menjadi aktivis parti demi menjana modal insan yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Katanya, semua warganegara Malaysia seharusnya menghargai segala jasa dan pengorbanan para guru dan barisan pendidik di seluruh Malaysia kerana merekalah muaddib, murabbi dan mualim dalam mendidik pelajar, bukan sekadar menguasai ilmu akademik semata-mata malahan yang lebih penting lagi ialah didikan dari aspek pembangunan rohani dan pemantapan jati diri pelajar.

Justeru, ujarnya Lajnah Pendidikan DMPP berharap dan ingin menyeru agar semua ahli Dewan Muslimat Negeri, Kawasan dan cawangan agar menaikkan banner mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ sempena tarikh bersejarah 16 Mei 2010 dan meraikan barisan pendidik serta mengiktiraf pengorbanan mereka selama ini.

Menurutnya, program seperti 'Majlis Jasamu Dikenang' khusus untuk meraikan para guru dan barisan para pendidik juga boleh dianjurkan oleh Dewan Muslimat Negeri masing- masing manakala contoh banner boleh di muat turun di website DMPP agar selaras antara semua negeri.

Beliau menjelaskan, antara objektif dan rasional banner ini dinaikkan di tempat-tempat strategik adalah bagi menghargai pengorbanan dan jasa pendidik dalam memberi sumbangan kepada generasi masa hadapan, pengiktirafan kepada golongan pendidik dalam memacu kecemerlangan negara.

Di samping itu, tambahnya, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan motivasi bekerja di kalangan pendidik agar sentiasa sedar betapa murninya tanggungjawab mereka dalam menggalas cabaran pendidikan semasa.

Jelasnya lagi, tema yang dipilih di peringkat Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat ialah 'Pendidik Pencetus Transformasi Modal Insan' ini dipilih berdasarkan hasrat untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek spiritual, intelektual, emosi dan fizikal melalui sistem pendidikan yang bersifat holistik dan global.

Menurutnya, di tangan para gurulah, terletaknya peranan untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem ‘pendidikan rabbani’.

Ini, kata beliau, tentunya 'transformasi sistem pendidikan' dan 'transformasi budaya' yang dicetuskan oleh para guru bakal melahirkan modal insan yang berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.

“Akhir sekali, saya mewakili Lajnah Pendidikan DMPP ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru tahun 2010 kepada guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan yang dimiliki oleh ahli-ahli PAS, institusi pendidikan yang dimiliki oleh NGO Islam, di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru Pasti serta guru-guru, pensyarah dan pegawai yang bertugas di institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia,” ujarnya lagi.

Harakah

Ramai Jugak Wakil Rakyat Di Malaysia "Tidak Akil Baligh Dalam Politik"


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil rakyat yang lompat atau keluar parti sebagai "tidak akil baligh" atau tidak matang dalam politik.

"Akil baligh ini bukan saja semestinya dari segi umur seseorang tapi dalam politikpun ada akil baligh juga. Orang yang lompat parti dan masuk parti politik lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu mengakui perbuatan itu menjadi amalan biasa dalam politik sekarang dan menurutnya malah di kalangan pemimpin PAS sendiri pernah berlaku keadaan sebegitu ketika di peringkat awal kerana masih belum mengenali perjuangan politik Islam sebenar parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program JPM Super Drive Challenge KB 2010, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini hari ini, ketika diminta mengulas keputusan anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Mengenai langkah PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai sayap baru kepada parti itu, Nik Abdul Aziz berkata langkah itu bukan bertujuan menyingkirkan DAP daripada pakatan pembangkang.

"Kita cuba mendekatkan masyarakat bukan Islam melalui DAP dan usaha yang dilakukan PAS ternyata berhasil di mana ramai kalangan bukan Islam, khasnya masyarakat Cina boleh menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS," katanya.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusoff Rawa berkata DHPP sebagai sayap baru parti itu akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 23 Mei ini.

Ditanya mengenai kedudukan DAP yang tidak begitu yakin memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, esok, Nik Abdul Aziz berkata kenyataan itu menunjukkan DAP berpegang kepada kenyataan.

"Mungkin juga pemimpin DAP tidak mahu pengundinya panik dalam menghadapi suasana pilihan raya dalam masa terdekat ini," katanya. - BERNAMA

PRK Sibu Masih Memihak Kepada BN, Tapi Awas Apa2 Jua Boleh Berlaku...

Penduduk di Sibu tidak pernah menyaksikan hampir seluruh anggota Kabinet Persekutuan turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat, termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu-Melanau.

Mereka
hairan mengapa lebih daripada 20 orang anggota kabinet perlu turun padang untuk menumbangkan hanya seorang calon DAP?

Begitu kuatkah pengaruh pengerusi DAP Sarawak itu sehingga perdana menteri perlu turun ke bandar Foochow ini sebanyak tiga kali dalam tempoh yang relatif singkat. Itu belum lagi mengambil kira jumlah ahli politik dan menteri Sarawak, serta seluruh instrumen dan agensi kerajaan yang terpaksa dikerah untuk memujuk dan menundukkan pengundi di Sibu.

Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang mempunyai 54,695 pengundi ini.

Meskipun dikuasai mendiang Datuk Robert Lau, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan dari parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selama lima penggal sejak 1990, namun majoriti yang dimenanginya pada 2008 tidaklah begitu menggembirakan.

BN sedar akan risiko yang bakal ditanggung jika mereka tidak bekerja keras untuk menggerakkan seluruh jentera pilihan raya kali ini. Itulah sebabnya, segala langkah diambil untuk memujuk pengundi agar menyokong calon SUPP Robert Lau Jr.

Setiap kaum mempunyai rungutan dan masalah masing-masing.

Sebahagian besar daripada 8,665 pengundi Iban di rumah panjang kecewa kerana kerajaan dipersepsi meminggirkan mereka. Jika tidak, bagaimanakah sesudah lebih 45 tahun merdeka, masih ada yang merungut tidak menikmati bekalan air bersih, elektrik dan jalan berturap.

Iban hidup melarat

Menteri Persekutuan yang berjumpa dengan pengundi yang sebahagiannya miskin dan papa kedana terkejut melihat keadaan rumah panjang yang daif dan kehidupan sebahagian orang Iban yang melarat.

Melay

u-Melanau di kawasan DUN Nangka pula kecewa dengan sikap wakil rakyat sehingga gagal memahami aspirasi dan masalah mereka.

Manakala 36,494 pengundi Cina pula mempunyai persepsi yang negatif terhadap dasar kerajaan yang dianggap tidak adil sehingga merugikan mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan di sektor swasta. Bagi mereka, kerajaan menganggap mereka seolah-olah anak tiri meskipun tinggal di bawah rumah yang sama.

Pada pillihan raya kecil parlimen Sibu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada mereka dijangka menyokong DAP. DAP dilihat berani, lantang dan mampu menyuarakan kepentingan dan masalah mereka.

SUPP pula, yang dibelenggu oleh masalah dalaman yang belum selesai, dianggap gagal menyelesaikan masalah mereka. Malah, parti Cina Sarawak itu dikatakan tidak berani membangkitkan isu dan masalah yang dianggap sensitif, kerana takut menyinggung perasaan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, yang telah berkuasa selama 29 tahun.

Tidak hairanlah, antara kata-kata yang terdapat di kain rentang di bandar 270,000 penduduk ini ialah 'Undi SUPP = Undi Taib'. DAP menyifatkan kepemimpinan Taib semarak dengan nepotisme, kronisme dan penyelewengan, khususnya dari segi agihan sumber kekayaan negeri.

Pengundi Cina sebanyak 66.7 peratus sudah mendahului rakan mereka di Semenanjung dari segi pola pengundian.

Pada pilihan raya negeri 2006, enam kerusi SUPP terlepas ke tangan DAP kerana isu kenaikan harga minyak dan isu tanah yang dianggap merugikan mereka.

Masalah banjir

Mereka kecewa dengan kerajaan kerana gagal menangani masalah banjir di Sibu. Banjir kerap melanda bandar ini setiap kali hujan lebat. Bagi memujuk hati pengundi, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek tebatan banjir.

M

anakala isu ketiadaan universiti ditangani dengan rancangan untuk menaikkan taraf Kolej Laila Taib menjadi kolej universiti menjelang 2012.

Tetapi DAP mengkritik SUPP kerana menjual kolej itu kepada pihak Yayasan Sarawak dengan harga RM1, tanpa mempedulikan perasaan dermawan Cina yang telah menyumbang kepada kewujudan kolej itu.

Kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana, serta puluhan menteri dan timbalan menteri Persekutuan dan negeri, untuk menyelesaikan masalah rakyat menimbulkan pertanyaan.

Mengapakah masalah berkenaan seolah-olah hanya cuba diselesaikan menjelang pilihan raya?

Mengapakah kerajaan BN kelihatan begitu bermurah hati waktu berkempen?

Namun, sejauh manakah projek mi segera dan penyelesaian ala bomba memadamkan kebakaran itu, berjaya memujuk pengundi? Dalam tempoh 10 hari lalu, beratus-ratus juta ringgit nilai projek diumumkan bagi memujuk rakyat.

Melayu-Melanau kecewa

Alangkah hausnya pengundi di Sibu ini terhadap projek pembangunan walaupun slogan politik pembangunan Taib telah didendangkan sekian lama.

Hakikatnya, meskipun pengundi Iban dan Melayu-Melanau kecewa, mereka tetap merupakan pendukung kuat BN.

Dengan rekod yang tidak memihak kepada pembangkang dalam pilihan raya kecil selama ini dan sikap pengundi Bumiputera luar bandar yang begitu setia kepada kerajaan, dijangka sekitar 75 peratus daripada 40 peratus keseluruhan pengundi Bumiputera akan tetap menyokong BN.

BN begitu berjaya membenamkan ke dalam minda pengundi terbabit konsep kebergantungan sehingga minda mereka tertawan oleh BN. Golongan ini ialah pengundi tegar yang menganggap politik pembangunan masih relevan.

Politik penaungan masih mengambil tempat utama ketika mereka masih lagi memerlukan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, api dan jalan berturap. Sedangkan bagi pengundi Cina di bandar, isu berkaitan sudah lama diselesaikan.

Pengundi Cina lebih selesa bercakap tentang isu tadbir urus yang baik, ketelusan, rasuah, ekonomi, pendidikan dan isu nasional yang lain. Bagi pengundi Bumiputera di rumah panjang, isu ini terlalu abstrak dan tidak meninggalkan sebarang kesan.

Bergelut untuk hidup

Bagaimankah Pakatan Rakyat dapat mempengaruhi pengundi terbabit ketika sebahagian mereka masih bergelut untuk hidup?

Kem

iskinan dan kesukaran mencari pekerjaan di Sibu-lah yang menjadi punca anak muda mencari peluang pekerjaan sejauh Singapura dan Kuala Lumpur. Siapakah yang mahu memerah tulang empat kerat di ladang kelapa sawit dengan gaji kurang RM20 sehari?

Hanya buruh asing terutama dari Indonesia yang sanggup melakukannya. Ketiadaan golongan muda di Sibu menguntungkan BN, kerana rata-rata, kerana pendidikan dan pendedahan kepada media alternatif, mereka menjadi anti-BN.

Jentera BN terlalu hebat untuk dilawan oleh Pakatan Rakyat. Laporan media tidak memihak kepada mereka, apatah lagi tiga akhbar tempatan dikaitkan dengan keluarga calon SUPP.

Dalam usaha menggempur pengundi dari semua penjuru di semua tempat oleh instrumen kerajaan dan BN, DAP dijangka berhalangan untuk menguasai kerusi ini sekali lagi.

Sumber, wang, jentera pilihan raya dan banyak lagi memihak kepada BN. Namun, kemenangan dengan majoriti undi yang merosot kali ini, tentu merupakan pukulan hebat ketika BN yang ingin melangkah ke gelanggang pilihan raya negeri dengan lebih yakin.

Penulis adalah bekas wartawan dan pengarang yang berpengalaman dan kini menjadi penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak. Beliau sedang mengikuti kempen pilihan raya Parlimen Sibu.

Ramai Ahli UMNO Sertai PKR

Oleh Halik Zaman

Hari ini sekali lagi Pekan Tenom menjadi hebat kerana sikap rakyat Ulu Tomani dengan berani beramai ramai keluar dari menjadi ahli ahli UMNO dan menyertai PKR Cabang Tenom. Pada mulanya dijangka hanya seorang dua sahaja yang berminat untuk menyertai PKR akan tetapi sangkaan tersebut meleset jauh apabila melihat sejumlah besar penduduk-penduduk Ulu Tomani yang hadir di Perkasa Hotel berminat menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Cabang PKR Tenom Gosibin Yasundang..

Reformasi !! Refomasi !! Reformasi !!
Selamat Tinggal UMNO.

Kehadiran yang begitu menggalakkan memperlihatkan keberanian orang-orang kampung Ulu Tomani Tenom untuk berubah dan menukar pentadbiran Kerajaan. Selama ini mereka hanya bersabar dan cuba bertahan dengan karenah dan tingkah-laku wakil rakyat BN yang mewakili mereka selama ini, namun kesabaran mereka telah tiba ke penghujung apabila mereka terus-menerus di pinggirkan dan di 'anak-tirikan' oleh wakil-wakil rakyat BN.

Jampin Kalasang yang mewakili penduduk kampung yang hadir, menyatakan pendirian mereka untuk memberikan sokongan dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Halik: Jangan kelamkabut bah, saya bisa jadi bingung ni, Kayamm. Kerusi dibelakang penuh sesak. Queue kebelakang panjang. Suasana jadi begitu gamat sekali.

Beliau memberitahu bahawa sudah terlalu banyak kepincangan yang di lakukan oleh kepimpinan UMNO/BN di daerah Tenom. Menurut beliau, mentang-mentanglah lokasi geografi mereka terletak di kawasan luarbandar dan pedalaman, maka kepimpinan BN sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan kebajikan mereka di Tenom.

Menurut Jampin lagi, kesemua projek-projek kampung di agihkan hanya kepada kroni-kroni wakil-wakil rakyat UMNO/BN sahaja. Penduduk kampung lain hanya mampu melihat tanpa di berikan apa-apa peluang untuk menjayakan apa-apa projek. Ketidak-adilan inilah salah satu pemangkin keinginan untuk berubah dengan memberikan sokongan tidak berbelah-bagi kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Walaupun penduduk kampung sedar, PKR bukanlah badan yang memerintah, namun sokongan padu tetap di peruntukkan kepada PKR oleh penduduk daerah Tenom. Walaupun juga mereka akur akan bakal adanya 'gangguan' dari pihak-pihak tertentu, namun mereka telah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal mereka hadapi.

Kami datang dari jauh dari hulu Tomani, walau malam pun kami datang untuk masuk PKR, kami tidak kisah.

Azam dan tekad penduduk kampung ini telah bulat untuk merakyatkan perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Di akhir pertemuan ini, sorakan reformasi bergema di perkarangan Hotel Perkasa menyerlahkan tekad mereka untuk melakarkan suatu perubahan yang selama ini telah lama mereka impikan,

Kata Jampin, " Kami tahu dalam PKR/Pakatan Rakyat tidak ada kroni, kami benci kroni kroni wakil rakyat BN sahaja yang selama ini didodoi oleh semua wakil rakyat BN didaerah Tenom ini, kami ini siapa? Kami adalah pengundi yang menentukan Kerajaan, kami bukan boneka yang hanya perlu semasa PRU sahaja."

Jampin dengan marah berkata, "Walau apapun keputusan PRK Hulu Selangor dan Sibu Sarawak ia tidak akan mengubah keputusan kami untuk keluar dari UMNO dan walau apapun propaganda dalam TV UMNO/BN kami tetap menganggap itu semua Dato Najib main wayang sahaja, kami cukup tahu taktik kotor UMNO, bila ada sahaja pilihanraya maka baru lah ada lawatan Menteri Menteri dan barulah ada projek, itupun kroni yang dapat kontrak."

Ketegangan Di Bangkok Semakin Memuncak Seperti Zon Perang, Ramai Terbunuh Dan Cedera


BANGKOK, 15 Mei — Keadaan keselamatan di Bangkok amat tegang dengan tujuh orang terbunuh manakala 101 yang lain termasuk tiga wartawan cedera ketika keganasan berterusan sepanjang semalam.

Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan antikerajaan tercetus di beberapa kawasan di ibu negara Thailand dan berlarutan hingga lewat malam.

Sejak kelmarin, lapan orang telah terkorban dan 112 cedera dalam pertempuran yang kembali memuncak selepas pemimpin tentera de facto kumpulan Baju Merah cedera ditembak dan berada dalam keadaan kritikal, kata laporan Reuters.

Laporan Bernama pula menyebut, menurut jurucakap Pusat Perubatan Darurat Erawan (EEMC) di sini, kesemua mereka yang terkorban dan cedera adalah orang tempatan kecuali Nelson Rang, wartawan Kanada yang bertugas dengan TV 24 Perancis.

Yang maut dikenali sebagai Intaeny Teswong, 33; Sanea Nillueng; Piyaponp Kitiwonp; dan Prachuab Sirapant. Mereka mati akibat terkena tembakan senapang. Lebih banyak letupan bom dan tembakan kedengaran dari masa ke masa semalam berbanding kelmarin.

Penunjuk perasaan antikerajaan kemeja merah enggan bersurai dari satu kawasan pusat bandar seluas tiga kilometer persegi yang mereka duduki sementara kerajaan berikrar akan meneruskan operasi tentera di kawasan itu dalam usaha untuk mengurangkan bilangan penunjuk perasaan.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Sathit Wongnongtoey berkata malam tadi cara terbaik menyelesaikan masalah ialah menghentikan tunjuk perasaan.

“Kami akan terus berjuang untuk demokrasi dan untuk empat rakan kami yang telah terkorban setakat ini,” kata Natthawut Saikua, ketua kumpulan kemeja merah.
Penunjuk perasaan itu telah membakar sebuah bas awam, dan memusnahkan dua trak meriam air tentera.
Bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra dalam satu kenyataan merayu agar dicari penyelesaian damai terhadap pertikaian berkenaan. Penunjuk perasaan itu mendesak kerajaan membubarkan Parlimen.

Kumpulan baju merah memulakan bantahan mereka di jalan raya pada 12 Mac lalu bagi mendesak kerajaan membubarkan Parlimen. Mereka menguasai pusat bandar raya ini sejak sebulan lepas dan menyebabkan kompleks beli-belah, hotel bertaraf lima bintang dan pejabat kerajaan yang berada dalam lingkungan tiga km persegi, terpaksa ditutup.
Tunjuk perasaan itu menyebabkan 27 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva telah menawarkan pelan tindakan bagi mewujudkan perdamaian kebangsaan, termasuk mengadakan pilihan raya umum pada 14 November.
Pada mulanya, para pemimpin kumpulan baju merah menerima pelan perdamaian itu, tetapi mengubah pendirian untuk menentang rancangan itu dan meminta Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan Suthep Thaugsuban, supaya menyerah diri kepada polis bagi menghadapi tuduhan berkaitan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa yang meragut 25 nyawa.

Para pemimpin UDD tidak berpuas hati apabila Suthep hanya menyerah diri kepada polis tetapi tidak melaporkan diri kepada pihak berkuasa sebagai suspek dan dikenakan tuduhan.

Ingkar arahan sultan: Bukti bergambar Umno berpolitik dalam surau/masjid!

Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.


1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.



2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!


3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?


4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?


5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?



Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?


6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.


Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.


7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.


8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok


9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?


10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?


11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.


12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?



13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.


Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.

Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.



14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.



15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.


Kredit pd ustsaifulbahri

KM Sarawak Umum Semakan Semula Kadar Bayaran Perbaharui Pajakan Tanah ...Gula2 Pilihanraya..!!!


SIBU: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan semakan semula kadar bagi premium untuk memperbaharui pajakan tanah yang berstatus perumahan, komersil dan pertanian.

Beliau berkata kadar baru yang akan berkuatkuasa 1 Jun itu adalah yang terendah berbanding lain-lain negeri di seluruh negara, dan ia akan menetapkan satu kadar tetap tanpa membabitkan pengiraan, kerana sebarang pengiraan akan hanya melambatkan proses itu akibat karenah birokrasi.

Beliau membuat pengumuman itu pada majlis pelancaran Minggu Perpaduan Sarawak oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sibu Town Square di sini.
Berdasarkan kepada caj bayaran itu, kadar memperbaharui penggunaan tanah bagi tujuan perumahan menjadi RM1,000 tiap satu unit rumah teres, RM3,000 tiap satu unit rumah berkembar, dan RM6,000 tiap satu unit banglo.

Tanah bagi bangunan komersil di kawasan bandar utama ditetapkan pada kadar RM40,000 tiap satu unit, bandar kecil (RM20,000 tiap satu unit) dan bandar di pedalaman (RM10,000 tiap satu unit), manakala bagi kegunaan pertanian kadarnya RM5,000 se ekar di kawasan bandar, RM2,500 se ekar (tanah pinggir bandar) dan RM200 se ekar (luar bandar).

"Semua kadar memperbaharui pajakan tanah adalah bagi tempoh 60 tahun," katanya.
Abdul Taib berkata beliau sedar pihak pembangkang memainkan isu berkaitan perkara itu pada kempen pilihan raya negeri yang lepas dan dibangkitkan lagi pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu.

Beliau seterusnya mencabar pembangkang untuk menyemak semula kadar tanah di negeri yang dipimpin mereka supaya menjadi lebih rendah daripada Sarawak, dan lihat sama ada mereka masih boleh mentadbir dengan baik semasa perolehan mulai berkurangan.

Sementara itu Muhyiddin memuji langkah yang diambil oleh kerajaan Sarawak untuk menurunkan kadar bayaran bagi memperbaharui pajakan tanah itu.

Beliau berkata keputusan itu menyerlahkan sikap prihatin dan kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak.

"Keputusan ini dibuat bagi kepentingan rakyat, terutama penduduk Sibu," katanya.
- BERNAMA

Akhirnya Wee Cho Keong Tinggalkan PKR, Sememangnya Telah Diduga


SHAH ALAM 14 Mei - Tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mengumumkan keluar parti sememangnya sudah diduga dan pilihan raya kecil Sibu dipilih sebagai waktu yang sesuai oleh Umno-Barisan Nasional.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata ahli Majlis Pimpinan Pusat telah memerhatikan gerak-geri ahli parlimen tersebut dan sememangnya Choo Keong berada di dalam senarai teratas ahli parlimen yang akan melompat.

"Saya ingatkan Choo Keong akan mengumumkan keluar parti semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi mungkin tawaran semasa itu tidak lumayan maka beliau mendiamkan diri seketika.

"Gelagat Choo Keong yang cenderung mencari salah parti dan komen beliau di parlimen dan di dalam blog bukan untuk kepentingan parti tetapi lebih bersifat kepentingan diri.

"Ini merupakan tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional dalam mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen," tegas Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Beliau menambah, tindakan tidak bermoral dan beretika Umno-BN ini didalangi oleh ahli parti yang telah mengumumkan keluar parti sebelum ini.

"Saya yakin ini adalah usaha berterusan pihak tertentu untuk melumpuhkan KEADILAN dan ini mempunyai hubung kait dengan PRK Sibu.

"Saya yakin Choo Keong mendapat habuan yang lebih besar apabila mengumumkan keluar parti ketika Pakatan Rakyat akan menghadapi PRK Ahad ini," katanya kepada Suara Keadilan.

Sebelum ini, bekas pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bintang ini telah berkali-kali menafikan spekulasi mahu keluar parti.

Dengan keputusan itu, Choo Keong akan menyertai empat rakannya yang sudah pun memperoleh status sebagai Ahli Parlimen Bebas setakat ini termasuk wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat Mac lalu.

Video Hot & Gambar2 Perhimpunan Aman Bantah Judi & Konsert: Polis Bertindak Keterlaluan



Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.

Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.

Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.

Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.

K
amaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.

Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.

Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.

E
koran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.

Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.


Berita & Gambar MK


Video Malaysia Kini



Berita dan Gambar di bawah dari SUMBER

Selesai Solat Jummat tadi di Masjid Kampung Baru, telah diadakan satu perhimpunan aman bagi membantah tindakan KERAjaan UMNO/BN meluluskan lesen judi sempena musim Bola Sepak Piala Dunia dan konsert Pitbull tanpa henti selama 12jam.

Perhimpunan ini adalah antara perhimpunan aman yang sering diadakan di perkarangan masjid Kampung Baru. Kali terakhir perhimpunan aman diadakan di sana ialah pada bulan april 2010 bagi membantah kehadiran agen zionis israel di dalam urusan kerajaan terutama PDRM iaitulah isu APCO-UMNO. Ianya berjalan dengan dengan aman tanpa ganguan dari pihak polis walaupun kehadiran mereka agak ramai.

Tetapi kali ini, kita tidak tahu HANTU apakah yang telah merasuk pihak polis sehingga sanggup bertindak ganas dan kasar serta merempuh orang ramai yang sedang berhimpun dengan aman dalam kawasan masjid!!!

Sebaik sahaja perkataan JUDI keluar dari mulut penceramah, polis terus merempuh dan merampas mikrophone dari tangan penceramah.

Orang ramai mula marah dan menjerit kerana tidak puas hati dengan tindakan Polis.

Saksikan gambar-gambar yang semapt dirakam.

1. aksi-aksi hebat Sr Kamaruzaman SU Dewan Pemuda Pas Pusat. keadaan masih terkawal











2. Polis mula 'mengganas' ketika Sdr Jonah, wakil AMK, mula berucap



Tak ada mikrophone..tak jadi hal...



3. Rupanya rampas mikrophone tak cukup..polis nak lebih lagi. Maka terjadilah apa yang tak sepatutnya terjadi...










Orang berang dengan Polis dan tidak akan berganjak selagi adik yg pakai baju merah tidak dilepaskan!!!!




4. Lagi aksi-aksi menarik...


5. Sidang akbar selepas sambil ambik nafas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.