Vide & Gambar2: Kakak Ratu Rock Malaysia Sudah Bertudung... Jom Terjah...


Kalau anda masih ingat, sekitar Ramadhan yang lalu kami ada menulis tentang Jojie yang mengenakan imej bertudung sempena menghormati bulan mulia.
Pertemuan kami bersama Jojie beberapa hari lalu di majlis sidang media konsert Whitesnake & Ella mengungkai kisah sebenar di’sebalik imej baru beliau.
Menurut Jojie, kenyataan akhbar Ramadhan lalu yang mengatakan beliau hanya bertudung atau berhijab ketika bulan puasa adalah tidak benar kerana beliau sudah melaksanakan’nya sejak sebelum datangnya Ramadhan.
Jojie juga berkata niat di’dalam hati untuk mengenakan tudung telah lama wujud namun kekuatan itu belum ada sehinggalah suatu hari beliau merasakan sudah sampai masa untuk niat di’laksanakan.
Alhamdulillah perubahan Jojie kekal sehingga ke hari ini dan beliau tidak berniat untuk berubah kembali ke imej asal kerana selesa dengan apa yang beliau ada sekarang.
Tonton video temubual ringkas yang sempat kami rakamkan dalam pertemuan tersebut — ada jawapan Jojie kepada soalan cepumas tentang jodoh & nyanyian live Ella. Enjoice!

Pans!!! Samseng bermotor Serang Ceramah Mat Sabu... Mangsa Serangan Terima 7 Jahitan Di Muka.

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ianya mendapat permit.

Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor.

Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.

(Gambar: Amer cedera dimuka terpaksa menerima tujuh jahitan)

Presiden Anak, Mazlan Aliman ketika dihubungi hari ini mempersoal sikap polis yang seakan-akan 'melepaskan' mereka membuat gangguan di tempat ceramah.

"Saya sangat dukacita dengan gangguan malam tadi dalam pada program itu dapat permit polis.

"Bagaimana polis menjalankan tugas sehingga kumpulan bermotor itu dapat masuk dengan senang sedangkan sekatan jalan raya diadakan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Ada dalang
Tanpa mengetahui motif gangguan, Mazlan yakin ada dalang di sebalik insiden tersebut.

"Saya yakin ianya dirancang dan kita boleh cari siapa dalangnya tapi saya serah kepada pihak polis untuk menyiasat," katanya.

Dua laporan polis dibuat iaitu oleh mangsa sendiri yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, dan satu laporan lagi daripada petugas Jabatan Amal yang lain kira-kira jam 1.40 pagi tadi.

Akibat serangan itu, Amer yang dikejarkan ke Hospital Segamat terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka.

Mazlan dalam pada itu meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan pihaknya tampil berbincang, bukan membuat serangan sedemikian.

"Kalau nak buat bantahan atau nak serah apa-apa memorandum kepada kami, silakan sebab PAS bersikap terbuka.Jangan gunakna budak-budak buat kerja tak sihat begini," katanya.

Beberapa hari lalu, insiden serangan turut berlaku di program ceramah Mohamad Sabu di Rembau.

Panaz!!! Dua Beradik Perempuan Berusia 7 & Dan 9 Tahun Beraksi "LESBIAN" Seperti Filem Lucah Yang Ditonton Cedera Di Belasah??

Sepasang adik-beradik perempuan berusia 7 dan 9 tahun, dibelasah bapa angkat mereka gara-gara cuba melakukan aksi sumbang setelah dikatakan terpengaruh adegan video lucah yang pernah ditonton. 

Kejadian itu berlaku di Kampung Relau, di sini, Rabu lalu dan kes berkenaan kemudiannya dimaklumkan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN Melaka) yang kemudiannya merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Melaka.


Gambar hiasan
Sebaik menerima aduan berkenaan, beberapa kakitangan JKM diketuai Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM Melaka, Zamzuri Mohamad ke rumah terbabit, kira-kira jam 9 malam, kelmarin. 

Menurut Zamzuri, pihaknya dimaklumkan ibu kandung kanak-kanak terbabit yang juga ibu tunggal berusia 29 tahun, sebelum kejadian itu dia terlihat dua anaknya itu melakukan aksi tidak senonoh tanpa pakaian di dalam bilik. 

Menurutnya, dia kemudiannya menghubungi keluarga angkat anaknya yang ketika itu berada di Mentakab, Pahang. 

“Berang dengan perlakuan anaknya itu, bapa angkatnya yang berusia 28 tahun memukul mereka berdua dengan rotan sehingga mendatangkan kesan lebam di beberapa bahagian termasuk lengan, paha dan belakang badan. 

“Bagaimanapun, berdasarkan pengakuan kanak-kanak terbabit, mereka akui dipukul disebabkan perlakuan negatif yang dilakukan atau kita rumuskan sebagai melakukan adegan ciuman sesama jenis,” katanya kepada Sinar Harian. 

Turut sama, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah. 

Jelas Zamzuri, menerusi siasatan, ibu terbabit mempunyai tiga anak perempuan berusia 3, 7 dan 9 tahun. 

Menurutnya, anaknya yang berusia 9 tahun diberikan hak penjagaan kepada pasangan keluarga angkat sejak lebih setahun lalu dan mereka adalah rakan baiknya. kepada wanita berkenaan. 

“Sebelum kejadian, kami difahamkan dua adik-beradik ini pernah beberapa kali melakukan aksi sumbang sejak lebih setahun lalu, gara-gara beberapa kali menonton video lucah bersama adik-beradik tirinya sebelum ini. 

“Jadi tindakan bapa angkat mereka ini mungkin disebabkan terlalu marah dan gagal mengawal perasaan. Ini kali pertama dia memukul kanak-kanak terbabit,” katanya. 

Zamzuri berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut. 
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(1)(b) kerana mendatangkan kecederaan fizikal dan jika sabit kesalahan, pihak JKM boleh mengajukannya kepada polis.

Cuepacs Berterima Kasih Kepada Perdana Menteri, Tunaikan Tuntutan Dan Suara Kakitangan Kerajaan... Sejauhmana PM Najib Penuhi Tuntutan Ini?


KUALA LUMPUR, 7 Okt — “Terima kasih Perdana Menteri kerana menunaikan tuntutan dan suara kakitangan kerajaan dalam pembentangan bajet hari ini.” Demikian reaksi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman kerana seakan tidak percaya dengan berita gembira sewaktu pembentangan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini.

“Saya seperti tidak percaya kerana apa yang dibentangkan Perdana Menteri sebentar tadi adalah satu pengumuman yang tidak disangka-sangka,” katanya ketika dihubungiThe Malaysian Insider hari ini.

“Cuepacs sangat berbesar hati dengan bajet kali ini kerana hampir 80 peratus daripada tuntutan kami telah ditunaikan kerajaan di samping beberapa pengumuman yang tidak dijangka seperti pemberian bantuan kepada pelajar sekolah,” tambahnya.


Omar turut berpuas hati dengan perubahan drastik Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA),  sistem gaji satu lapis dan pemberian bonus setengah bulan, dan juga kenaikan tahunan sebanyak dua peratus untuk pesara kerajaan yang disifatkan beliau sebagai satu usaha kerajaan untuk membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.


“Di sini saya melihat kerajaan komited untuk memperkasa kakitangan kerajaan dengan memberikan insentif-insentif tersebut bukan sahaja ketika masih bekerja, malahan ketika mereka tidak lagi bekerja dan telah bersara,” ujarnya.


Sehubungan itu, beliau menggesa kakitangan kerajaan agar lebih komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas memandangkan kerajaan sudah memenuhi tuntutan yang mereka suarakan sebelum ini.


“Bermula hari ini, kakitangan kerajaan seharusnya lebih berintegriti dan bersemangat untuk melaksanakan tugas supaya mereka tidak dipertikaikan oleh sesetengah pihak kerana mereka sudah dapat apa yang mereka mahukan,” katanya memberi ingatan kepada kakitangan kerajaan.


“Memandangkan had umur persaraan baru sudah dilanjutkan sehingga 60 tahun, mereka hendaklah menjaga kesihatan agar produktiviti dapat dikekalkan dan tidak menjejaskan tugas mereka,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.