Mayat Mangsa Lemas Dua Minggu Lepas Ditemui Terapung

KUANTAN - Mayat pelajar Kolej Pahang Skills Development Centre (PSDC) yang hilang di Sungai Pahang berhampiran Kampung Serambi, Pekan sejak dua minggu lepas ditemui terapung berdekatan Kampung Padang Rumbia, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahya Othman berkata, mangsa, Hasif Hariri, 20, dijumpai seorang lelaki yang menaiki sebuah bot di sungai berkenaan pada 9 pagi.

"Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Pekan dan telah dituntut oleh ahli keluarga sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serambi pada 2 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, mangsa dipercayai tersangkut di dasar sungai berikutan penemuan mayat itu hanya kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

- Bernama

Mesyuarat Agung PKR Cabang Kapar Ditangguhkan - Ahli Terlalu Ramai & Keraguan Kertas Undi

Mesyuarat agung cabang PKR Kapar yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab, termasuk kehadiran ahli yang terlalu ramai dan keraguan pada kertas mengundi.

Berikutan itu, naib ketua cabang berkenaan, S Manikavasagam berkata keadaan itu menimbulkan masalah kerana jumlah petugas dan pegawas pemilihan tidak mencukupi.

pkr pas tian chua saifuddin nasution manikavasagam permatang pauh pc 220808 02Katanya, sehingga tengahari tadi, lebih 3,000 ahli hadir untuk mengambil bahagian dalam pemilihan peringkat cabang dan pencalonan bagi pucuk pimpinan pusat.

Menurutnya, cabang tersebut mempunyai 5,600 ahli yang layak mengundi hari ini.

Di samping itu, katanya, wujud keraguan pada kertas mengundi untuk pemilihan cabang.

"Ada calon AMK yang nak bertanding, tapi namanya hilang dalam kertas undi.

"Manakala calon wanita yang tarik diri, namanya masih ada lagi kertas undi.

"Jadi, kita meragui kertas undi tersebut," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini petang ini.

sehubungan itu, katanya, beliau telah berbincang dengan jawatankuasa pemilihan parti, yang bersetuju mesyuarat hari ini ditangguhkan.

Menurutnya, penangguhan mesyuarat tersebut diumumkan oleh pengerusi tetap pada jam 1.30 tengahari tadi.

"Ahli-ahli yang hadir juga setuju sebulat suara, tiada (ada) pergaduhan apa-apa," katanya.

Manikavasagam berkata, mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Meru, yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang.

Ditanya mengenainya, beliau berkata, mungkin pihak pusat tidak menyangka kehadiran ahli yang terlalu pada hari ini.

"Ada kelemahan (dalam mengendalikan mesyuarat). Suasana tadi panas macam suasana pilihan raya," katanya.

Gambar2 Majlis Perkasa.. Lebih 500 Ribu Hadir?


1. Memalukan! kehadiran tokoh ulung negara yang kononnya disegani dlm dan luar negara langsung tidak mampu menarik orang ramai ke majlis perhimpunan PERKASA di Kelantan..

2. Hanya sekitar 1000-2000 orang yang berkumpul walaupun telah mendapat publisiti yang meluas dari media arus perdana..

3. Jumlah ini tersangat rendah berbanding ketika kehadiran Mahathir ketika memegang kuasa dahulu.. nampaknya pengaruh beliau semakin merudum di Kelantan..

4. Penganjur terpaksa mengerahkan bukan-Islam untuk hadir ke program ini dengan menjemput pelajar2 sekolah membuat persembahan Tarian Naga..namun ternyata, ianya gagal untuk menarik perhatian non-muslim..

5. Kehadiran seramai ini di dalam sebuah negeri majoriti Melayu ternyata merupakan satu kegagalan, dan memalukan penyokong tegar parti perkuaman Umno...

6. Petanda Umno belum mampu utk merampas kuasa memerintah Kelantan...fikir2kan..











































Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Lokasi Baru Kes Pembunuhan Akan Digali Dalam Proses Siasatan.

Kelihatan sebuah jentera jentolak dibawa masuk oleh anggota polis ke ladang milik suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain bagi membantu siasatan di Ladang Gandong, Tanjung Sepat semalam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 26 Sept — Selepas dua minggu tempat pembunuhan jutawan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikesan, polis dijangka akan menjalankan kerja kerja menggali ladang milik suspek utama kes ini, pagi ini bagi mendapatkan bukti terbaru — tempat sesetengah mangsa ditanam.

Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh Sosilawati dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting semalam.

Mengikut laporan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit, di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar.

Laporan itu menyebut, polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang semalam.

Sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut.

Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi ini berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira pukul 6.45 petang.

Malah semalam, tiga suspek kes pembunuhan kejam Sosilawati Lawiya ditahan semula bagi membantu siasatan polis berhubung pembunuhan seorang ahli perniagaan dari India.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek hari ini.

Kehilangan ahli perniagaan berkenaan, Allal Kathan Muthuraja, turut dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, apabila dia dilapor hilang selepas dijemput kedua-dua peguam itu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lepas.

Rabu lepas, polis mengesahkan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini, telah dibunuh.

Isteri mangsa, S.Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lepas, dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat kelmarin.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Suspek utama kes ini turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya.

Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu.

Zunar - Polis Sendiri Tidak Tahu Apa Soalan Nak Diajukan Sepanjang Proses Siasatan.

Bermula dengan perintah reman satu hari dari Majistret Sepang, disusuli pula dengan lawatan polis ke pejabat Malaysiakini, babak Cartoon-O-Phobia melabuh tirai pada hari ini apabila kartunis Zunar dibebaskan pada kira-kira jam 6.15 petang ini. Bagaimanapun, segala-gala ini gagal menundukkan Zunar, yang tidak akur dengan tindakan polis.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Zunar atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque (gambar kanan) berkata, polis sendiri pun tidak tahu apa soalan yang hendak diajukan kepadanya sepanjang proses siasatan, tetapi sekadar mahu mendapat penjelasan tentang kartun lukisannya.

Untuk Zunar, tindakan polis ini bertujuan untuk menakut-nakutkannya, agar dirinya berhenti melukis kartun. Bagaimanapun, beliau tegas bahawa dirinya akan terus melukis, dan berpegang kepada prinsip dan falsafahnya berkartun, iaitu membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah, beliau tidak akan menyembunyikan pendirian dirinya dari karya kartunnya.

Zunar bagaimanapun perlu melaporkan diri di balai polis pada 7 Oktober 2010.

Majistret menafikan hak Zunar

Pada awal pagi tadi, polis berjaya mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah Majistret Sepang untuk terus menahan Zunar, tanpa kehadiran peguamnya. Fadiah Nadwa Fikri, peguam yang mewakili Zunar, berkata dirinya hanya diberitahu polis bahawa Zunar akan dibawa ke majistret pada jam 9 pagi, ketika dirinya menghubungi polis pada waktu itu juga.

Maka beliau pun bergegas ke Majistret Sepang, tetapi mendapati polis telah berjaya mendapat perintah reman satu hari. Ketika dihubungi MerdekaReview, Fadiah Nadwa Fikri (gambar kiri) menyatakan ketidakpuasannya kerana anak guamnya dinafikan hak untuk diwakili peguam. Bagaimanapun, beliau akan mengadu kepada Majlis Peguam berhubung kes ini.

Fadiah juga menambah bahawa penangkapan polis ini dipercayai bertujuan untuk menghalang Zunar daripada menghadiri majlis pelancaran buku kartunnya, Cartoon-O-Phobia semalam. 【CARTOON-O-PHOBIA: Pelancaran buku tanpa buku dan pengarang

Pada kira-kira jam 3.45 petang tadi, tiga orang pegawai polis dari Shah Alam melawat ke pejabatMalaysiakini, dan mengambil keterangan daripada Ketua Pengarangnya, Steven Gan (gambar kanan). Bagaimanapun, tiada apa-apa yang dijumpai dan dibawa pulang ke balai polis.

Menurut Steven Gan, soalan yang ditanya berkisar pada operasiMalaysiakini, anak syarikatnya, Kinibook, buku terbitannya yang lain dan sama ada beliau menghadiri majlis pelancaran buku semalam.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Apa Sudah Jadi Dengan Calon Naib Presiden PKR... Tewas Tipis 17 Undi Dilaman Sendiri

Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini.

Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi.

azlanKeputusan mengejutkan itu baru diumumkan sebentar tadi.

Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustaffa bagaimanapun akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki berlakunya "politik wang".

"Ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Mustaffa di Perak dan peringkat pusat," dakwa Mahmud yang juga salah seorang penyokong kuat bekas pemimpin NGO Islam itu.

Setakat ini, tambah Mahmud, pihaknya sedang mengumpul bukti berkaitan untuk dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan PKR.

Bagaimanapun, menariknya, beliau dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang itu berganding dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, usaha
Malaysiakini menghubungi Mustaffa setakat ini belum berhasil.

Pemerhati politik berpendapat, kekalahan itu bakal menyukarkan lagi laluan Mustaffa yang juga merebut jawatan timbalan presiden parti menentang dua tokoh
heavyweight Naib Presiden Azmin Ali dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Untuk pencalonan sebagai jawatan nombor dua PKR itu, Mustafa setakat ini mendapat 13 pencalonan daripada 100 cabang yang keputusannya telah diperoleh.

Beliau ditinggalkan jauh oleh Azmin dengan 58 pencalonan manakala Zaid pula sebanyak 25 pencalonan cabang setakat ini.

Bila Masanya Serigala Tua Menyalak...??


Orang yang hanya nampak kuman di seberang laut saja tetapi gajah yang besar depan bijik mata, dia buat tak reti jer... adalah manusia yang keji dan tarak guna. Ini namanya manusia toksid. Bahaya oooo...

Lebih-lebih lagi, kuman yang mereka sangkakan itu, sebenarnya bukan kuman tetapi cuma khayalan mereka saja. Orang tengah nazak ni kekadang bayangkan yang bukan-bukan. Imajinasi mainan syaitan!! Mereka yang nazak ni, senang dikunta-kintekan oleh syaitan yang sentiasa cuba mengoyahkan iman mereka.

Banyak manusia toksid yang sedang nazak ini, boleh didapati dalam UMNO. Kewujudan mereka, boleh membahayakan kita. Seafdhal-afdhalnya, mereka ini mesti dinyah buangkan. Macam kita wajib keluarkan toksid daripada badan kita... agar ia tak boleh mendatangkan mudharat kepada kita.

Seandainya, ternyahnya unsur-unsur toksid ini, barulah keadaan negara akan jadi aman dan sejahtera.

Antara yang menjadi toksid dalam masyarakat di Malaysia hari ini ialah Pemuda UMNO, especially Reezal Merican Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang. Fuiyo... kaw punya toksid beb, mamat ni!! Dan.. seorang lagi, yang semakin terserlah ketoksidannya ialah Muhyiddin Yassin. Selain menjadi toksid, mereka berdua ibarat anjing serigala yang menyalak sahut-menyahut.

Reezal Merican menyalak dan Muhyiddin Yassin pulak menyahut salakan si Reezal. Aha... padan ler. Sorang serigala muda, yang hat sorang lagi serigala tua. Salak-menyalak depa!! Itu jer yang mereka tau. Aaaahhh... pedulikan jer mereka.

Tetapi... apa dan siapa yang mereka salahkan??

Mereka.... salahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, kononnya... wang ihsan yang diberikan oleh KM Lim Guan Eng tempoh hari serta dana untuk membiayai program pembasmian kemiskinan tegar negeri itu, datangnya daripada hasil judi. Haraaam. Hasil tak halal!!

Ini merupakan satu dakwaan yang tidak bertanggung jawab. Mereka sedap mulut dakwa dan tuduh, tetapi tak der bukti kukuh. Itulah sifat tipikal puak-puak UMNO. Tambah-tambah lagi, ketika mereka sedang nazak menanti ajal. Semuanya, tuduhan kosong!! Lompong!! Rujuk sini.

Unlike kita.... segala tuduhan, kita sertakan dengan bukti dan siap dengan dokumen. Yang syiuknya, mereka nak menuduh orang, tetapi mereka cermin tak, diri mereka sendiri?? Mengata dulang paku serpih.... menuduh orang, tetapi diri sendiri pun tak bersih!!

Apa-apa pun, segala tuduhan mereka telah ditepis oleh KM Lim Gan Eng. Baca sini.

Bangang betul puak-puak serigala UMNO ni. Dalam otak mereka hanya ada Melayu...Melayu ... Melayu, saja. Pada mereka semunya berkisar pada Melayu semata-mata. Apabila kita kata mereka rasis, mereka marah dan tak mengaku. Tapi, tindak tanduk mereka menunjukkan sebaliknya. Mereka rasis!!

Weh... masyarakat kita berbilang kaum. Miskin tegar bukan dalam kalangan oang Melayu-Islam sahaja, tetapi ada juga bangsa lain yang miskin. Janganlah jumudkan pemikiran tu!! Sebenarnya, mereka ni jelaous dengan sambutan rakyat terhadap pentadbiran dan kepimpinan Lim Guan Eng. Ini yang membuatkan mereka amat gabra dan gelisah tak boleh pejamkan mata.

Peningkatan sokongan dan sambutan rakyat pelbagai kaum, khususnya Melayu Pulau Pinang terhadap kerajaan Pakatan Rakyat PP, pimpinan Lim Guan Eng, menjadi indikator yang jelas bahawa UMNO/BN sedang amat nazak dan bakal dikuburkan buat selama-lamanya.

Jika ini berlaku... bermakna Reezal Merican turut akan ter'kubur'. Karier politiknya akan kaput!! . Namanya tidak akan menjadi sebutan lagi di arena politik. Yang bakal tinggal cuma 'pusara'nya saja.Innalillahiwainnailahirojiun.... Al-fatihah. Amin.

What about Muhyiddin Yassin?? Kata dia....

"Orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda Umno."

Eeee.... menyampahnya aku, kalau orang UMNO bercakap pasal Islam, especially pasal judi-judi ni. Cakap tak serupa bikin!! Awak tu Islam kan?? Menteri pulak tu... Timbalan Perdana Menteri yang memerintah negara pulak tu. Nak tanya sikit pasal Islam dan judi, boleh kan??

Kalau you all benar-benar prihatin pasal sumber pendapatan terhadap orang Islam, apa hal dengan semua lesen judi yang kerajaan UMNO/BN luluskan selama ini?? Dan... masa 'World Cup' dulu pun, ada hati nak luluskan lesen judi. Dan... baru-baru ini, nak lulus lagi lesen judi dengan cadangan pembinaan casino di Sabah. Duit hasil judi yang luluskan oleh UMNO/BN tu.... halal, ya??

Ada lagi... ada lagi... nak tanya ni!! Ater, sumber pendapatan kerajaan UMNO/BN, sesemuanya halal ke?? Cukai daripada kilang arak macam mana?? Cukai daripada syarikat judi yang komer bagi lesen , macam mana?? Cukai daripada institusi kewangan yang menamalkan riba, macam mana?? Halal... ekk??

Lahanat betul UMNO/BN ni!! Islam pun mereka guna pakai secara selektif. Judi untuk UMNO/BN.... halal dan boleh guna pakai pendapatannya untuk semua. No hal. Tetapi.... judi bagi bukan-UMNO/BN.... haram. Full stop!!

Sekurang-kurangnya Guan Eng yang bukan Islam tu pun, tahu mengasingkan sumber pendapatan kerajaan negeri, samada dari sumber tak halal dan sumber yang halal. Yang mana akan digunakan untuk rakyat Islamnya dan yang mana untuk rakyat bukan-Islamnya.

Oleh itu, buat tuduhan.... biar teliti. Jangan hanya dengan sepucuk surat saja, dah buat satu andaian yang bukan-bukan dan cuba pulak manipulate isu itu dengan mengaitkannya dengan sensitiviti agama bagi meraihkan sokongan Melayu-Islam.

Too bad. Orang Melayu dah tak 'beli' permainan politik kotor hangpa. So, Reezal Merican dan Muhyiddin Yassin..., you can say bye-bye to Penang!!

Posted by A Mum Of Three Mohd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.