HMK7K: PAS Kedah Komited Rampas Kembali Kedah Dari BN



KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah tetap yakin mampu mempertahankan kubu kuat parti itu di Kuala Kedah selama beberapa penggal pada PRU14 nanti.

Pada PRU12 dan PRU13 lepas, Dun Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor merupakan kubu kuat Pas, sebelum beberapa Adun Pas, iaitu Adun Anak Bukit masuk dalam Bersatu dan Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi masuk ke Amanah.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, dia yakin mampu mempertahankan kemenangan Pas di kerusi Dun itu dengan calon diletakkan parti itu.

TG Presiden PAS: Seru Semua Hormati Undang-Undang Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14


KUALA LUMPUR: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak semua pihak supaya menghormati peruntukan undang-undang pilihan raya demi keamanan dan keselamatan negara menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata walaupun berbeza ideologi politik, ia tidak bermakna seseorang itu boleh melakukan perkara negatif hingga menyebabkan rakyat berpecah-belah.

"Kita (Pas) sudah lama bersedia. Setakat ini tidak pernah membuat salah laku dalam pilihan raya dan kita harap parti lain juga mesti konsisten dengan undang-undang pilihan raya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.