Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Pendedahan Panas!!! Inilah Penthouse Mewah Hadapan KLCC Dibeli Oleh Datuk Siti Nurhaliza Dengan Harga RM20juta...

Dato' Siti Nurhaliza membeli Penthouse mewah berhadapan KLCC dengan harga RM20 juta!!. Mahai memang mahal super gila harga dia, rumah banglo pun belum tentu lagi sampai mencecah harga ni. Mungkin disebabkan hartanah kat situ kot yang mahal, apatahlagi pemandangannya super cantik.

Dengan keluasan hampir 7000 kaki persegi, kediamanan disitu sudah pun dihuni oleh orang kaya-kaya. Ada yang dikatakan nampak kelibat Siti ketika menaiki lif turun dan naik dari aras 40 kediaman berkenaan. Lain lagi ceritanya, tempat kediamaan Siti tue pernah dianugerahkan seni bina kediaman pangsa terbaik ASEAN melalui anugerah Asia Pacific Property Award and International Property Award. Memang kiranya kediaman paling best la tue, sampai menang-menang award lagi, rumah VVIP pun belum pernah menang anugerah.

Jom layan gambar di bawah

rumah baru siti nurhaliza

rumah siti

rumah siti nurhaliza

kondominium siti nurhaliza

penthouse mewah siti nurhaliza

Inilah Jawapannya Mengapa YAB DS Ustaz Azizan Menolak Pertandingan Bagi Jawatan Timb. Presiden Dan Naib Presiden PAS Pusat...

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Rabu mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan depan.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata penarikan itu adalah kerana DS Ustaz Azizan ingin memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Bagaimanapun beliau akan bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam Muktamar kali ini.

"Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pergerakan-pergerakan PAS kawasan yang telah mencalonkan beliau bagi jawatan terbabit," katanya.

DS Ustaz Azizan adalah antara yang menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden selain penyandang Nasharudin Mat Isa; Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pemimpin PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Pemilihan untuk pucuk pimpinan tertinggi PAS itu akan berlangsung di Taman Melewar, Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 Jun ini.

Antara jawatan yang dipertandingkan ialah pengerusi tetap dan timbalannya, presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden serta anggota Jawatankuasa Pusat PAS

Janji Rakyat!!! Walaupun Harga Minyak Dan Tarif Elektrik Naik Rakyat Tetap Akan Sokong Kerajaan 1Malaysia, Harap2 Cepat La PM Najib Umum Penyelarasan

Jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

azlanSebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

Panel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga menganggotai majlis itu.

ismail sabri yaakobSementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang akhbar petang ini berhubung isu subsidi.

Dalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

NONETaklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.

Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.

-MK

*******************************************************************************

Sebelum ini bermanis mulut konon kerajaan akan menyemak atau menaikkan harga petrol berdasarkan harga pasaran dunia. Jika harga dunia melonjak, kerajaan juga terpaksa menyemak semula harga bahan api itu.

Dengan kata lain, harga petrol tidak akan naik jika harga dunia juga tak naik atau harga bahan api itu turun. Jika ikut adilnya, kalau dunia bagi bahan api itu turun, kerajaan BN juga sepatutnya menurunkan harga petrol itu di Malaysia. Barulah adil kepada rakyat. Ini tidak, ketika harga dunia naik, kerajaan BN turut menaikkan harga petrol di negara ini. Bila harga pasaran dunia petrol turun, kerajaan tak pulak menurunkannya.

Memang cuak kerajaan macam ni. Hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengira kesusahan rakyat. Bila harga minyak dunia naik, pandai pulak cakap rakyat perlu bersama-sama kerajaan menanggung beban kenaikan itu dengan mengurangkan subsidi minyak akibat kerajaan tidak lagi mampu menanggungnya.

Tapi bila harga minyak dunia turun, pandai pulak hangpa diam je.

Yang lagi teruk, harga minyak dunia turun seperti yang dilaporkan media dunia dan tempatan, bagaimana pula kerajaan BN dikatakan akan menyemak semula harga subsidi minyak itu di negara ini kerana kerajaan didakwa menanggung beban subsidi yang tinggi.

Menurut laporan Keadilandaily, harga bahan bakar itu di perdagangan asia semalam jatuh lagi, berikutan sentimen pelabur yang kuatir akan permintaan lemah Amerika Syarikat.

Kontrak utama New York, minyak mentah jenis light sweet bagi pengiriman Julai turun 95 sen kepada USD 99.15 setong, sementara minyak mentah Brent North Sea juga turun 70 sen kepada USD 111.69 dolar setong.

“Harga minyak mentah melemah kerena pemulihan ekonomi Amerika Syarikat berjalan perlahan dan permintaan bahan bakar negara itu kemungkinan turun,” kata Ker Chung Yang, penganalis dari Phillip Futures di Singapura.

Ia adalah penurunan mendadak kali kedua dalam bulan ini, selepas harga minyak di pasaran Asia jatuh kepada AS$101 setong 10 Mei lalu.

Para pedagang kini memfokus kepada Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang akan mengadakan pertemuan tingkat menteri yang dijadualkan diadakan di Vienna, pada 8 Jun.

OPEC mengeluar 40 peratus dari minyak mentah dunia dan setiap komen yang disampaikan organisasi minyak dunia itu akan memberi kesan terhadap harga minyak antarabangsa.

Namun sebaliknya pula di Malaysia di bawah pemerintah kerajaan 1Malaysia Najib Razak.

akan menaikkan harga RON95, yang digunakan majoriti rakyat kelas rendah dan pertengahan di negara ini.

Firma penyelidikan pelaburan, AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, menjadikan RM2.10 seliter. Baca di sini.

Ia disebabkan keinginan kerajaan untuk menarik balik subsidi kepada rakyat secara perlahan-lahan.

WD

Tahniah!! Zunar, Kartunis Politik Diktiraf Dunia. Anugerah Akan Disampaikan di US Pada 7 Julai Nanti...

Zunar, kartunis politik yang pernah ditahan polis telah dipilih untuk menerima anugerah CRNI 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning, oleh satu badan yang mewakili kartunis editorial sedunia, Cartoonists Rights Network International (CRNI). Beliau bakal menghadiri majlis penyampaian anugerah tersebut yang akan diadakan di St. Petersburg Florida, Amerika pada 7 Julai 2011.

Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Haque (gambar kiri) pernah ditahan polis pada 24 September 2010, sebelum koleksi kartunnnya "CARTOON-O-PHOBIA" dilancarkan pada malam tersebut. Malah, koleksinya "1 Funny Malaysia" dan beberapa terbitan majalah jenaka kelolaannya turut diharamkan dari pasaran, menjurus kepada tindakan undang-undang oleh Zunar dan Malaysiakini (penerbit koleksi kartun Zunar) terhadap Kementerian Dalam Negeri atas keputusan tersebut.

Pada Disember 2010, Pengarah Eksekutif CRNI, Robert Russell meminta Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein untuk menggugurkan semua dakwaan terhadap kartunis Zunar. Malah, CRNI menyaran agar buku kartunnya diterbit dan diedarkan tanpa sekatan, untuk menunjukkan bahawa Malaysia terbuka dan jujur dalam proses demokratiknya.

Zunar menjadi kartunis terkenal semasa zaman Reformasi, dengan karyanya yang menyindir pemerintahan kerajaan Mahathir Mohamad ketika itu. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang lidah Parti Keadilan Rakyat, iaitu Suara Keadilan, sebelum menubuhkan cartoon cafe pada tahun 2009, antara usahanya adalah penerbitan majalah jenaka alternatif, berjudul Gedung Kartun.

Bagaimanapun, beliau bersama pasukan editorialnya terpaksa mengharungi rintangan dan halangan yang pelbagai dari pihak Kementerian Dalam Negeri, tetapi tetap mengeluarkan kata-kata bersemangat, "Saya akan terus berkartun hingga titisan dakwat terakhir."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.