KUALA LUMPUR: Pembangkang mendakwa perbelanjaan melibatkan pesawat kerajaan iaitu Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) yang digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan dianggarkan berjumlah RM40.8 juta.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan jumlah itu apabila pertanyaan berkenaan perbelanjaan tersebut tidak dijawab secara khusus di persidangan Dewan Rakyat.