Terkini: Vokalis Kumpulan Butterfly Yang Juga Bekas Kekasih Mamat Sepah Diceraikan Selepas Hanya 17 Hari Menikmati Perkahwinan

adda


Nur Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin.

Adda yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem 'Mael Lambong' mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," jelasnya.

Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja.

Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.

Terkini, dia dalam proses mempromosikan album kumpulan Butterfly bertajuk 'Lelaki Pilihan'.

Feri Penumpang Dari Langkawi Berlanggar, Pelancong Hong Kong Cedera Parah


Ferry to Langkawi
Foto hiasan
LANGKAWI: Seorang pelancong Hong Kong cedera parah apabila bot pelancong yang dinaiki berlanggar dengan sebuah feri penumpang dekat jeti Kuah di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Hariph Kam Abdullah berkata Weng Heng Hee, 24, yang cedera di kepala, sedang dirawat di Hospital Langkawi.
Ketika kejadian, Weng menaiki bot itu bersama 11 pelancong lain.
Katanya feri berkenaan baru saja bertolak 50 meter dari jeti Kuah di sini kira-kira 1.15 tengah hari apabila berlanggar dengan sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.
Beliau berkata punca kejadian masih disiasat. - BERNAMA

Panas Tahap Gaban!!! Mendidih Darah Ahli Dan Penyokong PAS Kepada Prof Dr Nasoha Cerca TG Nik Aziz.. Jom Terjah Siapa Prof Nie!!!




Perghh, mendidih darah jugaklah bila tengok sedap jer maki ulama kunun ada lesen sebab dia ni profesor!

Tetapi rupanya, apa yang blog Umno-APCO hentam tak pulak diceritakan siapa sebenarnya Prof Dr Nasoha yang seenaknya bercakap ikut perut bukan ikut akal.

Lihatlah gambar di atas, yang berbaju batik biru dan bersongkok itulah Nasoha tetapi perhatikan siapa yang duduk memakai cermin pemeriksaan mata?

Budak sekolah pun tahu itu siapa, Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu yang kelmarin memaparkan kebodohannya suruh penjawat awam yang tak setia dengan KERAjaan Umno-APCO supaya letak jawatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.