Kenapa ADUN Sekinchan Diserang Dan Dipukul Kumpulan Samseng?

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini membuat laporan polis, mendakwa beliau diserang dan dipukul oleh sekumpulan orang yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang.

NONELaporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 1.30 petang tadi.

Menceritakan insiden tersebut, Ng mendakwa beliau bertemu dengan petani di kunci air Sawah Sempadan di Tanjong Karang kira-kira jam 11.35 pagi "untuk mendengar rintihan harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi".

"Maka petani menjemput saya turun ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti keadaaan sebenar.

"Apabila saya sampai dan turun dari kereta dan sempat bersalaman dengan tiga orang petani, saya telah dikepong oleh sekumpulan yang (di)syaki ahli Umno bahagian Tanjong Karang menghalang dan menghalau saya balik dan mereka berkata ini bukan kawasan YB.

"Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan beredar ketika itu, saya diserang dan dipukul, kepala ditumbuk, perut ditendang dan tangan dipukul," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan itu Ng turut mendakwa dua pembantunya turut dipukul dan kereta milik pengiringnya kemik di pintu belakang.

Terkini Dari Galas - BN Mendahului Dengan Majoriti Lebih 1000 Undi

7.30pm: Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi.

7.20pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pilihan raya umum lalu.

7.15pm: Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 4,273 undi manakala PAS memperolehi 3,744 undi.

7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.

7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.

7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.

6.55: Seramai lebih 100 orang pengundi menyerbu Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati malam ini bagi menuntut bayaran tambang mereka.

Mereka, termasuk kira-kira 30 wanita itu menunggu sejak awal lagi bagi mendapatkan bayaran tersebut.

Kumpulan berkenaan didapati beredar dari kawasan itu pada kira-kira jam 7 petang ini selepas mendapat bayaran tersebut.

Dipercayai, bayaran sebanyak RM200 diberikan kepada mereka setiap orang berkenaan.

Namun ada juga yang mendakwa tidak mendapat bayaran tersebut.

Antaranya ialah Thong Chong Liong, 57, yang menunggu di situ sejak 12 tengahari lagi.

"Saja tunggu dari pukul 12, tapi saya tidak dapat bayaran," katanya yang hampa.

Sementara itu, seorang lagi rakannya yang tidak ingin dikenali berkata, beliau juga tidak mendapat bayaran berkenaan.

"Saya mahu angkat untuk anak saya empat orang, tapi tak dapat. Tak apalah.

"Kalau ada wang lagi, boleh angkatlah. Tak apa, Mat Yusoff itu baik," katanya, merujuk kepada ADUN Nenggiri Mat Yusoff Ghani.

Mat Yusoff dipercayai hadir di situ bagi mengawal keadaan.

6.55pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi.

6.50pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1035 undi manakala PAS memperolehi 982 undi.

6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.

6.27pm BN mendahului di Galas dengan 114 undi di Kampung Batu Papan.

6pm: Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas akan diumumkan sebelum jam 8 malam ini.

Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik Gua Musang hari ini, beliau turut menjangkakan peratusan sebenar keluar mengundi sehingga 82 peratus.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan peratusan yang diterima setakat ini sehingga 78 peratus tanpa jumlah daripada empat peti undi Orang Asli.

Katanya lagi, beliau menjangkakan peti-peti undi berkenaan mula tiba di pusat penjumlahan menjelang 6.30 petang.

5.21pm Seramai 8,980 atau 77.73 peratus keluar mengundi di Galas. Jumlah ini tidak termasuk di peti undi Belatim, Balar dan Bihar.

5.00pm
Pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah.

4.39pm Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid berkata SPR akan mula mengumumkan keputusan bagi sebanyak 177 pengundi pos diikuti keputusan bagi empat peti undi Orang Asli.

Empat peti undi dari daerah mengundi Belatim, Balar, Ladoi dan Bihai itu dimaterikan sebaik tamat tempoh pengundian.

Kesemua peti berkenaan mula tiba di tempat penjumlahan di Dewan Sivik, Gua Musang sejak jam 2.15 petang tadi.

"Kita tidak dapat semak berapa sebenarnya yang keluar mengundi di kawasan Orang Asli itu sebab tidak ada talian telefon di situ," katanya lagi.

Kesemua peti undi berkenaan telah pun berada di pusat penjumlahan dan menunggu masa untuk dijumlahkan.

"Keputusan ini yang orang hendak tahu dulu, sebab keputusan (tidak rasmi) di peti undi lain, ejen-ejen calon sudah tahu," katanya.

Pada masa ini sedang berlangsung proses menyisihkan sebanyak 177 undi pos dan akan dijumlahkan bersama dengan undi lain, katanya.

Jumlah undi pos tersebut termasuk sebanyak 127 undi dari anggota polis dan selebihnya dari petugas SPR.

4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi.

3.57pm
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.27pm
Setakat jam 3 petang, sebanyak 66.23 peratus telah keluar mengundi.

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

'Budak sekolah balik rumah'

1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi untuk mendapatkan RM250.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilihdibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am
Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.

Langit cerah, helikopter berlegar

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.

"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

Gear 2 naik bukit

10.15am
Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai

10.02am
Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

9.51am
Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

Hadang dengan Landrover

9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.

Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.

Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.

SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.

8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian.

8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN.

'Penimbang lama' lawan 1Malaysia


8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus.

Pagi mendung

8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan.

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

Galas: Siapa Pukul Puteri UMNO Hinggakan Terpaksa Masuk Hospital?

sapa lebih ramai....


tapi bukan dia nie....


2.20 petang: SPR mengesahkan sehingga pukul 2 petang, jumlah keluar mengundi ialah seramai 7,092 orang atau 61.31 peratus.

1.30 petang: Sehingga pukul 1.00 tengah hari, peratus keluar mengundi ialah 55.75 peratus atau 6,441pengundi keluar mengundi.

1.00 petang: Seorang anggota pergerakan Puteri Umno dikatakan dipukul di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Beliau kini menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Terkini Dari Galas - Wujud Penipuan Kertas Undi Di 2 Pusat Mengundi, Laporan Polis Akan Dibuat

GALAS:

12.38pm YB Fatah Mahmud dan YB Zaki turut hadir di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yaacob, YB Zaki Ibrahim, YB Nasaruddin Md Isa dan Dr Mariah di pusat pengundian Sek Men Keb Tg Indra Putra.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus.Seramai 5732 orang telah mengundi.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

11.55 am Tembelang SPR pecah. Wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi. Dalam proses laporan polis sekarang. SPR pasti akan bagi pelbagai alasan.

11.50am: Seorang anggota polis menyifatkan suasana pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai sebagai paling aman.

Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sini. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.

12.00pm Yang sedikit membimbangkan PAS kini ialah undi masyarakat orang asli. Kebanyakannya telah datang dengan berbaju merah - pakaian rasmi UMNO BN di PRK Galas. Mereka seperti mengikut arahan pihak tertentu. Apatah lagi SPR bercadang mengira undi penduduk asal ini di pusat penjumlahan.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.31am: Cuaca di Galas mulai cerah. Dijangka pengundi lebih ramai keluar sesi petang ini.

"Orang tak ramai lagi pagi ni sebab orang sini keje sendiri pagi ni, petang ramai la ni," kata seorang pengundi di sini.

11.30am Setakat ini belum ada laporan dari mana-mana pihak tentang ke mana Ku Li sebagai pengarah jentera operasi pilihanraya UMNO-BN menghilang?

11.20am Penyokong PAS terus menaikkan banner untuk menjawab tuduhan-tuduhan UMNO BN mengenai isu wang zakat kepada muaallaf.

UMNO BN yang terang-terangan memberi rasuah dipejamkan mata sedangkan TGNA menghulurkan zakat kepada orang Asli yang baru memeluk agama Islam dituduh sebagai sogokan.

Hal ini telah GB ulas di SINI.

11.10am Penyokong PAS masih setia dan terus berusaha untuk meraih sokongan untuk calon PAS.

11.00am: Pondok panas PAS di kawasan luar SK Seri Wangi penung dengan pengundi yang mahu mendapatkan maklumat pengundian.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.56am Di Pusat Pengundian Sek Men Indra Putra Gua Musang, YB Dr Siti Mariah melaporkan - Suhakam telah mendirikan khemah dan pusat aduan ramai bagi mengawasi perjalanan pilihanraya kali supa dijalankan dengan telus dan adil. Baguslah mereka datang dan teruskan ditempat lain, kita mahu keadilan ditegakkan dan ada lah tempat mengadu.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli iaitu Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi.

10.45am Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Galas dan Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut pula terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Dilaporkan kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.



10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

10.14am Di Sg Terah, Naib Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.31am Isteri calon PAS bergambar bersama penyokong PAS di Kg Pulai.

Bernama pula melaporkan adanya pergaduhan kononnya dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, didakwa sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.

Walaubagaimana pun laporan Bernama yang sentiasa senget sebelah itu tidak akan dipercayai oeh rakyat kerana ternyata di dalam manpa-mana PRK penyokong UMNO BN yang keterlaluan.

10.30am Kelihatan TGNA diwawancara oleh stesyen TV Astro Awani sebentar tadi. Beliau menyeru semua penyokong supaya tidak terlibat dengan sebarang percubaan provokasi. "PAS sudah membuktikan yang kita bukan parti yang buat kacau. Kita bergerak secara 'wasata' (tepat)".

10.20am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

10.12am Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

Kiri kanan jalan menuju ke pusat pembuangan undi para penyokong mengibarkan banner. Antaranya muslimat memegang poster "Minyak Naik Lagi?"

Calon PAS tiba di pusat pengundian Sek Keb Lepan Jaya, Lepan Tupai. Di sini jalanraya agak sesak memandangkan bentuk muka bumi yang berbukit. Walaupun kabus yang tebal di kawasan ini memberi kesejukan, namun suasana penyokong di sini lebih hangat berbanding di pusat-pusat pengundian lain.

10.10am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

10.06 am Masyarakat Tionghua turut bersama menyambut pengundi dengan memegang bendera dan poster calon PAS di Galas

10.04am: Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".

10.02am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

10.00am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.

9.55 am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asl

9.53 am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Calon PAS dan isteri berada di Kg. Pulai. Di Sek Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang cawangan Pulai ini hanya ada satu saluran sahaja.

9.49 am Calon sudah sampai di pusat pengundia Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya, Lepan Tupai dengan diiringi oleh Tuan Guru Dato Bentara Setia, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Dato' Anuar Tan. Suasana peraih undi dan penyokong masih terkawal.

9.47 am Calon PAS yakin kemenangan berpihak kepada parti Islam, Insya Allah.

Beliau ketika diusik oleh pengundi tentang kesihatannya berkata, "Alhamdulillah, saya sudah semakin kurus sekarang," jawabnya sambil tersenyum.

9.27 am Calon PAS sudah tiba ke pusat pengundian Sek Keb Seri Wangi. Suasana terkawal walaupun terdapat sedikit perang mulut antara kedua-dua penyokong.

Calon BN Abdul Aziz juga tiba di Sek Keb Seri Wangi.

9.20 am Bilangan penyokong PAS mendahului penyokong UMNO. Mereka datang daripada segenap pelosok negeri dan mula membanjiri pintu masuk pusat-pusat pengundian. Masing-masing dengan baju, topi, payung dan pakaian berlogo PAS. Kebanjiran penyokong dengan laungan takbir dan aksesori ini memeriahkan suasana pilihanraya

9.15 am Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.

"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

9.06 am Penyokong Umno membuat kecoh di hadapan Sek Tg Indera Petra dengan kata-kata provokasi. Penyokong PAS melaungkan takbir dan ada pihak cuba meleraikan keadaan

9.01 am Cuaca mendung hari ini tidak membataskan perjalanan calon melawat pusat-pusat pengundian. Sekarang ini calon sudah calon PAS sudah tiba di Sekolah Tengku Indera Petra dan menegur sapa pengundi-pengundi di sana. Keikhlasan beliau berjabat tangan dan memesrai rakyat disenangi olah ramai pihak. Tiada pertengkaran dilaporkan di sana sehingga kini.

8.46 am Isteri calon, Puan Zainab Jalar baru selesai membuang undi dengan ditemani oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed di Sek Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang, Kg Bharu.

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

8.26 am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25 am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS

8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

7.55 am: Tok Guru Nik Aziz dan Dr Zul sudah sampai di Sungai Terah. Berhenti di Masjid Sg Terah bersebelah dengan Sek Keb Tg Mohd Faqry Petra untuk menunaikan solat Hajat

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Al-Fatihah: Takziah Kepada Keluarga Exco Kedah di Atas Kembalinya Ke Ramatullah Suami Tersayang



Seluruh Warga Kerja Sedaka Sejahtera Mengucapkan Takziah Kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustazah Siti Aishah Ghazali dan Keluarga kembalinya Cikgu Ramli ke ramatullah pagi ini.


Al-fatihah, Semoga rohnya dirahmati dan dihimpunkan bersama-sama orang-orang yang bertaqwa.‌


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.