12.38pm YB Fatah Mahmud dan YB Zaki turut hadir di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.
Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yaacob, YB Zaki Ibrahim, YB Nasaruddin Md Isa dan Dr Mariah di pusat pengundian Sek Men Keb Tg Indra Putra.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.
"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.
Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.
11.55 am Tembelang SPR pecah. Wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi. Dalam proses laporan polis sekarang. SPR pasti akan bagi pelbagai alasan.
11.50am: Seorang anggota polis menyifatkan suasana pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai sebagai paling aman.
Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sini. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).
11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.
Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.
Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

"Orang tak ramai lagi pagi ni sebab orang sini keje sendiri pagi ni, petang ramai la ni," kata seorang pengundi di sini.
11.30am Setakat ini belum ada laporan dari mana-mana pihak tentang ke mana Ku Li sebagai pengarah jentera operasi pilihanraya UMNO-BN menghilang?

UMNO BN yang terang-terangan memberi rasuah dipejamkan mata sedangkan TGNA menghulurkan zakat kepada orang Asli yang baru memeluk agama Islam dituduh sebagai sogokan.
Hal ini telah GB ulas di SINI.

11.00am: Pondok panas PAS di kawasan luar SK Seri Wangi penung dengan pengundi yang mahu mendapatkan maklumat pengundian.
10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli iaitu Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi.

Dilaporkan kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.
"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.
10.14am Di Sg Terah, Naib Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.
"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

Bernama pula melaporkan adanya pergaduhan kononnya dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.
Dalam kejadian pada 8.15 pagi, didakwa sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.
Walaubagaimana pun laporan Bernama yang sentiasa senget sebelah itu tidak akan dipercayai oeh rakyat kerana ternyata di dalam manpa-mana PRK penyokong UMNO BN yang keterlaluan.

10.20am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.
Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.
Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.
Kiri kanan jalan menuju ke pusat pembuangan undi para penyokong mengibarkan banner. Antaranya muslimat memegang poster "Minyak Naik Lagi?"
Calon PAS tiba di pusat pengundian Sek Keb Lepan Jaya, Lepan Tupai. Di sini jalanraya agak sesak memandangkan bentuk muka bumi yang berbukit. Walaupun kabus yang tebal di kawasan ini memberi kesejukan, namun suasana penyokong di sini lebih hangat berbanding di pusat-pusat pengundian lain.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.
"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.
Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

10.04am: Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".

10.00am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.
9.55 am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asl
9.53 am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Calon PAS dan isteri berada di Kg. Pulai. Di Sek Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang cawangan Pulai ini hanya ada satu saluran sahaja.

9.47 am Calon PAS yakin kemenangan berpihak kepada parti Islam, Insya Allah.
Beliau ketika diusik oleh pengundi tentang kesihatannya berkata, "Alhamdulillah, saya sudah semakin kurus sekarang," jawabnya sambil tersenyum.
9.27 am Calon PAS sudah tiba ke pusat pengundian Sek Keb Seri Wangi. Suasana terkawal walaupun terdapat sedikit perang mulut antara kedua-dua penyokong.
Calon BN Abdul Aziz juga tiba di Sek Keb Seri Wangi.

9.15 am Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.
Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.
"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

9.01 am Cuaca mendung hari ini tidak membataskan perjalanan calon melawat pusat-pusat pengundian. Sekarang ini calon sudah calon PAS sudah tiba di Sekolah Tengku Indera Petra dan menegur sapa pengundi-pengundi di sana. Keikhlasan beliau berjabat tangan dan memesrai rakyat disenangi olah ramai pihak. Tiada pertengkaran dilaporkan di sana sehingga kini.
8.46 am Isteri calon, Puan Zainab Jalar baru selesai membuang undi dengan ditemani oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed di Sek Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang, Kg Bharu.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.
8.26 am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS
8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.
Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
0 comments:
Post a Comment