Rusuhan Di London : Pelajar Malaysia Cedera Dan Dirawat Di Hospital

BANGI, 9 Ogos — Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).

Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.

Toyota Harrier Milik Ketua Bahagian Merbok Dipecah, Barangan Berharga Hilang.. Siapa Dalangnya??

SUNGAI PETANI - Ketua UMNO Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Md. Zain kerugian RM6,000 apabila cermin kenderaan Toyota Harrier miliknya dipecahkan pencuri yang kemudian melarikan beberapa barangan berharga dalam kejadian di luar pagar rumahnya di Lagenda Heights di sini pagi ini.

Selain kerugian akibat cermin kereta yang dipecahkan, beliau turut kehilangan sebuah komputer riba, kamera dan iPad 2 yang diletakkan dalam kenderaan itu.

Tajul Urus memberitahu pemberita di rumahnya hari ini bahawa beliau menyedari kejadian itu pada 7 pagi tadi ketika menemani anaknya yang hendak ke sekolah keluar rumah.

Katanya, beliau telah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya dan mendapati kejadian kecurian itu dilakukan oleh dua individu yang tidak dikenali pada 6.39 pagi tadi.

"Dua lelaki itu keluar dari sebuah kereta, seorang memakai topi keledar untuk tutup muka dan seorang lagi memakai pakaian serba hitam, oleh itu saya tidak dapat mengecam muka mereka.

"Mereka pecah cermin belakang kereta saya dan cermin sebelah tempat pemandu. Saya percaya kecurian ini didalangi oleh tiga orang semuanya sebab seorang lagi hanya tunggu dalam kereta sebagai pemandu,” katanya.

- Bernama

Pendedahan!! Seorang Rakyat Malaysia Ada Dua Kad Pengenalan... Kenapa Ini Berlaku, Untuk Apa?


Pakcik neh bernama rashid. Dia neh sapa aku seriyus tak kenal. Sekarang neh baru nak kenal-kenalan dengan dia. By the way ada satu benda yang fishy kat pakcik rashid neh. Kes dia sama macam pakcik sulong bezanya pakcik sulong dah collect kedua2 mycard yang dia ada. Rashid neh pula hanya baru collect satu. Satu lagi tak collect lagi. Lihat bawah ;


Nampak apa yang aku nampak? Ya betul. Image menunjukkan kad belum di collect. Lihat gambar di bawah neh pula ;



Ini pula kad yang telah di collect. Menjadi satu tanda tanya bagi aku macam mana pakcik rashid neh yang mempunyai no ic lama yang sama [ataupun passport] + nama yang sama boleh ada dua no mycard yang berbeza + alamat mengundi yang berbeza?

? <-- tanda tanya. Maksudnya sekarang aku tertanya2. So spr tolong bagi jawapan. Kalau ko buka mulut dan sebut je kerani.. automatik aku tidur. So tolong bagi alasan lain. Yang lebih konkrit. Aku rasa satu malaysia pun nak tahu gak neh. Sekian.

kah kah kah

Source : TPU

Ameno : SPR pun dah penat dengan pendedahan2 neh gamaknya..

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Tun Mahathir.. Tapi Ada Benda Yang Pelik Berlaku... Jom Terjah!!!



Sambutan ulangtahun perkahwinan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.




Allah ... Manjanya orang tua ni, disuapnya mulut TDM dengan kek



Suapan ke mulut isteri tersayang ...



Tun Mah tampak manis dan lembut dengan imej bertudung ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.