Berapi!!! Mengapa Gambar PM Haji Najib Dan DS Khaled Nordin Di Kalungkan Bunga Seperti Orang India Yang Meninggal Dunia?




NONEDi hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."
Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.
NONEKumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan.

Kumpulan yang tiba di Dataran Merdeka kira-kira setengah jam kemudian bertindak memasang khemah di satu kawasan di tepi padang tersebut.
Pengerusi SMM Safwan Anang ketika ditemui berkata mereka akan berkhemah di kawasan berkenaan sementara menunggu perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April.
Kira-kira 80 orang peserta berkenaan turut berkumpul di satu sudut berkenaan dan menunaikan solat Asar berjemaah.
Beberapa orang anggota polis memerhatikan tindakan anak muda berkenaan daripada sebuah kenderaan balai polis bergerak di tepi padang tersebut. 


-MK

Gambar2 - Terkini DarI Masjid Jamek KL Ke Sogo: Perarakan Para Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Pinjaman PTPTN






Ratusan Mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

NONEPelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."

Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.












Gambar Panas!!! Timbalan Perdana Menteri Malaysia Pembuat Capati Yang Hebat, Diapit 3 Wanita Jelita.. Jom Terjah!!!


Muhyiddin Yassin cuba membuat capati pada Rumah Terbuka Vasakhi di Gurdwara Sahib Sentul di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. - BERNAMA




Cuba2 Bandingankan






Apa yang MBku telah Lakukan Ini????

Adilkah Keuntungan TNB Secara Begini? Gandaan Meningkat Selepas 400 Unit Pertama Digunakan.. Aduh!!!!


1- Blok penggunaan elektrik yang meningkat secara progresif.

2- Wujud item baru kumpulan tenaga boleh baharu yang di tanggung rakyat. Bila TNB bagi tau? Apa makna? Tujuan apa?
3- Subsidi kerejaan persekutuan.
Masuk kat TNB tu yang untung besar. Dah la semalam umum TNB untung RM2.59 Bilion dan pada masa yang sama PETRONAS subsidi RM2Billion harga gas dan minyak? Petronas itu kat hak rakyat Malaysia.


~kedahlanie

Panas!!! 5 Ciri-Ciri Suami Takutkan Isteri, Di Mana Anda???



Banyak faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Daripada masalah kewangan sampai masalah sikap isteri yang terlalu emosional. Ingin tahu ciri suami takut isteri? Jom, lihat ciri-ciri suami takut isteri yang berikut:

 1. Selalu menuruti permintaan isteri.

 Jika ada suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia adalah suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya kadang-kadang boleh membuat suami tunduk pada isteri.

 2. Umur isteri lebih tua dari suami. 

 Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk tersebut mengarahkan si suami menjadi takut isteri.

 3. Anak pertama perempuan. 

 Banyak orang yang mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak pertama perempuan itu ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meski tidak masuk akal, namun kebanyakan fakta membuktikan kalau perkara itu benar.

 4. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya. 

Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumah tangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, suami menjadi suami takut isteri.

 5. Isteri penuntut dan cemburu. 

 Ciri suami takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri. Kebiasaan isteri yang selalu mengawal apa-apa aktiviti yang dilakukan suaminya jadi petanda kalau dia adalah suami takut isteri. Bagaimana, adakah anda juga termasuk suami takut isteri? Lihat saja kelima ciri-ciri tersebut, jika memang kelima ciri-ciri tersebut ada pada diri anda, itu bermaksud anda adalah suami takut isteri.


Sumber

Amat Berguna!!! Inilah Kaedah CEPAT Pengiraan Sifir Untuk Semua... Jom Sama-Sama Kita Beramal...

Sifir 9 menggunakan jari?? Biar betul….

Rasanya ramai sudah tahu mengenai kaedah menghafal sifir 9 menggunakan jari… Dari 1 darab 9 hinggalah 10 darab 9….Saya mula mengetahui kaedah ini ketika dalam darjah 3 dahulu… Cikgu saya mengajar cara mudah untuk menghafal sifir 9 ini…. Bagi yang tidak tahu, mari saya ajar….. pertama sekali, sediakan 10 jari… sebaik-baiknya jari tangan anda….kalau anda tengah makan sambil membaca entri ini, bolehlah pinjam guna jari emak,ayah, kakak, abang atau kawan anda hehehe….paling susah pun, guna jari kaki je heheh

Bila sudah ada 10 jari, label atau ingatkan nombor bagi setiap jari itu seperti dalam gambar di bawah

Bagi mendapatkan jawapan untuk sifir 9 ini, jari bagi nombor yang di darabkan dengan 9 akan di tutup… Contohnya 2 darab 9…Maka jari no 2 di tutup… Hasilnya akan di dapati…sebelah kiri jari di tutup, ada jari terbuka, manakala sebelah kanan jari tertutup itu ada 8 jari terbuka….maka jawapannya 18.


2 x 9 =18

contoh lain

1 x 9 = 9

3 x 9 =27

Nota kaki: Rasanya orang negeri Sembilan mesti tahu sifir 9 ni…=)

Mendarab nombor hingga sepuluh.

Hari ini kita akan cuba mempelajari cara mendarab nombor hingga sepuluh.. Anda faham apa maksudnya? Ia bermakna mendarab nombor satu digit dengan satu digit seperti 5 x 6, 7 x 8, 9 x 3 dan sebagainya asalkan nombor itu tidak lebih daripada sepuluh.

Kalau sebelum ini saya sudah tunjukkan cara mengetahui sifir 9 hanya dengan menggunakan jari. Kali ini anda akan tahu mengira sifir lain dengan lebih cepat. Cara ini saya pelajari daripada cikgu saya semasa sekolah rendah. Jadi apa salahnya saya berkongsi dengan anda.

Anda sudah bersedia?

Kita akan mula dengan mempelajari bagaimana untuk mendarab nombor sehingga 10 x 10.

Begini caranya:

Sebagai contoh, kita ambil 6 x 8 =


Sekarang, kita lihat nombor pertama iaitu 6, lagi berapa banyak di perlukan untuk 6 menjadi 10? Sudah tentu 4, jadi tulis 4 di bawah 6.


Dan seterusnya kita lihat nombor kedua iaitu 8, lakukan seperti tadi, lagi berapa banyak diperlukan untuk 8 menjadi 10? Sudah tentu 2, jadi tulis 2 di bawah 8.

Jadi hasilnya akan jadi begini:-


Sekarang tolakkanya secara pepenjuru (diagonally), pilih salah satu yang mudah ditolak sama ada 8 tolak 4 atau 6 tolak 2 kerana kedua-duanya akan menghasilkan jawapan yang sama iaitu 4. Ini akan menjadi digit pertama jawapan anda.

Sekarang darabkan kedua-dua nombor di barisan kedua (dalam kotak), iaitu 4 x 2 = 8, yang akan menjadi digit terakhir jawapan anda. Maka jawapan bagi 6 x 8 ialah 48

Nota kaki (i): Cuba teknik ini dengan nombor yang lain.


Nota kaki (ii): Jika anda sudah dapat memahami cara ini, anda akan mudah untuk mendarab dengan nombor yang lebih besar.



Mendarab nombor lebih besar daripada 10


Caranya sama sahaja…

Contohnya;
Kalau sebelum ini, kita lihat lagi berapa banyak diperlukan untuk sesuatu nombor itu menjadi 10? Tetapi bagi nombor yang lebih besar daripada 10, kita perlu lihat lagi berapa banyak diperlukan sesuatu nombor itu menjadi 100.
Sekarang, kita lihat nombor pertama iaitu 86, lagi berapa banyak di perlukan untuk 86 menjadi 100? Sudah tentu 14, jadi tulis 14 di bawah 86.

Dan seterusnya kita lihat nombor kedua iaitu 93, lakukan seperti tadi, lagi berapa banyak diperlukan untuk 93 menjadi 100? Sudah tentu 7, jadi tulis 7 di bawah 93.

Jadi hasilnya akan jadi begini:-

Sekarang tolakannya secara pepenjuru (diagonally), pilih salah satu yang mudah ditolak sama ada 93 tolak 14 atau 86 tolak 7 kerana kedua-duanya akan menghasilkan jawapan yang sama iaitu 79. Kalau saya diberi pilihan, saya akan pilih 86 tolak 7……kerana ia lebih mudah. Hasil tolakan ini akan menjadi bahagian pertama jawapan anda.

Sekarang darabkan kedua-dua nombor di barisan kedua (dalam kotak), iaitu 14 x 7 = 98, yang akan menjadi digit terakhir jawapan anda. Maka jawapan bagi 86 x 93 ialah 7998

|SUMBER: Kelas Moden
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.