Masya Allah - Gambar2 Panas: Beginilah Rupanya Bila Pasangan Artis Malaysia Berhibur Di Kelab2 Malam.

que haidar linda


Satu pesanan daripada penghantar email tersebut kepada Que Haidar. Pesanan tersebut berbunyi begini:-

Sedarlah wahai que oiiii,dtg dr FELDA..jgn buat malu org laaaa

Lagi beberapa keping gambar Que Haidar dan Linda Jasmine keluar bergembira dengan membaca entri ini sepenuhnya.

que haidar linda

que haidar linda

que haidar linda

que haidar linda

sumber

Anak Seniwati Azean Irdawaty (Benjy) Dimasukkan Ke ICU akibat Tidak Boleh Bernafas

Gambar fail ketika Benjy ditahan polis tidak lama dulu.

PETALING JAYA: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara, dekat sini, Rabu, kerana menghidap asma.

Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, kesihatan Benjy sejak dimasukkan ke hospital itu pada Selasa lalu semakin serius dan tidak boleh bernafas.

"Pada hari Selasa lalu dia masih boleh bernafas lagi dan hanya buat rawatan bantuan oksigen sahaja, tapi malam semalam (Rabu) dia semakin teruk sehingga tidak boleh bernafas.

"Doktor mengambil keputusan untuk merehatkannya buat masa ini denganmenggunakan alat bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Azean, buat masa ini, doktor masih membuat rawatan dan melihat perkembangan kesihatannya.

"Saya tidak tahu sampai bila dia akan ditempatkan di ICU kerana doktor beritahu untuk memantau perkembangan dia,"ujarnya.

Menurut Azean, ini merupakan kali kedua Benjy diserang asma secara serius sejak menghidapnya selepas berkahwin.

"Dia memang menghidap asma selepas dia berkahwin dan pada akhir 2009 dia diserang sehingga dimasukkan ke hospital juga tapi tidak seteruk kali ini.

"Doktor ada beritahu yang serangan asma akan lebih teruk daripada kejadian sebelum ini.

"Lebih-lebih lagi selepas dia ditahan pada Mac 2010 dan tiada siapa yang menjaga pemakanan dan rawatannya," ujar Azean.

Jelas Azean, sepanjang di tahanan Benjy telah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama.

Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.

Naib Pengerusi MCA Sudah "SOUND" KM Sarawak Agar Berhenti Segera..

Naib presiden MCA dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatannya lebih awal daripada jangka masa dua tahun yang dijanjikannya.

gan ping sieu on sport betting 250610 02Gan berkata Taib perlu mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya selepas menerajui Sarawak lebih 30 tahun memandangkan kemerosotan sokongan terhadap BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

“Meskipun BN Sarawak muncul pemenang pada pilihan raya negeri yang berakhir pada 16 April 2011, dan mengekalkan majoriti dua pertiga kuasanya, tetapi yang jelas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina,” kata Gan dalam satu kenyataan akhbar.

Mengimbas kembali peralihan sokongan di kalangan masyarakat Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat, Gan juga berkata kumpulan pelbagai etnik lain di Sarawak juga tidak lagi memberi sokongan padu kepada BN.

sarawak chief minister taib mahmud cast his ballot vote 1Gan memuji tindakan SUPP - parti yang 'dibelasah teruk' oleh DAP - untuk menolak mana-mana ADUN Cina bagi jawatan kabinet negeri setelah ditolak oleh pengundi.

Beliau juga tidak berselindung dalam membidas DAP, khususnya setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng yang menurutnya mengamalkan 'strategi politik perkauman' apabila 'menghasut' rakyat Sarawak menentang SUPP dan melabelkan mereka sebagai 'samseng Taib'.

Beliau juga mendakwa Lim mengelirukan masyarakat Cina dengan mengambarkan seolah-olah MCA cuba menakut-nakutkan pengundi Cina yang menggesa ADUN SUPP tidak menyertai kabinet Sarawak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.