(Bergambar) 5 finalis Pencarian Puteri Melayu Tergamak Dengan Aksi Seksi Terlampau


PERTANDINGAN Pencarian Puteri Melayu 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru minggu lalu berakhir dengan insiden memalukan apabila lima finalis tergamak beraksi seksi di atas pentas.

Namun gara-gara aksi terlampau sanggup berkemban, orang ramai yang hadir terkejut dan kesal apatah lagi semua finalis itu adalah gadis Melayu yang beragama Islam. Mereka sanggup menggadaikan maruah anak gadis Melayu di pentas dengan menyuruh mereka beraksi berkemban bagi tontonan ramai?

Bayangkan seorang gadis Melayu yang baru berusia 17 tahun sudah didedahkan dengan aksi sedemikian. Padahal dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini. Banyak kriteria pertandingan boleh ditentukan untuk memilih pemenang dan bukannya hanya menitikberatkan kepada pakaian yang terdedah dan seksi sahaja.

Pertandingan itu dianjurkan untuk memilih seorang gadis Melayu bagi memegang watak heroin dalam filem Jebat yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun depan.

Filem Jebat yang menelan kos RM5.5 juta itu mencari watak Dang Wangi yang memiliki rupa paras klasik persis primadona Melayu, Latifah Omar.

Namun gara-gara aksi terlampau sanggup berkemban, orang ramai yang hadir terkejut dan kesal apatah lagi semua finalis itu adalah gadis Melayu yang beragama Islam.

Pancaindera turut terkena tempias apabila menerima panggilan telefon orang ramai terutama dari Johor yang tidak berpuas hati dengan penganjuran pertandingan itu.

Kata seorang pemanggil wanita, kenapa pihak penganjur sanggup menggadaikan maruah anak gadis Melayu di pentas dengan menyuruh mereka beraksi berkemban bagi tontonan ramai?

Jelasnya, finalis pada mulanya memperagakan pakaian tradisional Melayu dengan selendang menutup dada dan bahu mereka sebelum selendang itu dijatuhkan ke atas lantai dan berkemban.

Malah bebelnya lagi, terdapat juga adegan lakonan berpelukan yang memualkan dipersembahkan kepada khalayak.

‘Kenapa sanggup bogelkan gadis Melayu sampai macam tu? Sudahlah juara Pencarian Puteri Melayu 2011 itu menjadi milik pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Tun Syed Nasir Ismail, Kampung Melayu Majidee.


Bekas Kekasih Raja Lawak Terkenal Bertudung Litup Selepas Balik Dari Mekah, Hanya Berlakon Untuk Watak Bertudung

Irma manis menggayakan pakaian rekaan Zery Zamry di majlis makan malam anjuran Rafflesia & Mandalay di Hotel Le Meridien, Jumaat. - Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup.

Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.

“Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.

“Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.

Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung.

Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau.

Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.

“Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.

“Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.

“Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.

Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia.

Kerana 2 Kupang - Jangan Sampai Kita Dipinggir Di PRU 13


http://www.wartakedah.net/images/hajinan.jpg

ALOR SETAR, 9 Mac – Hasil tinjauan yang dibuat oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Alor Mengkudu dan DUN Angkat Bakar Bata, terhadap pengguna perkhidmatan air SADA, rata-rata tiada keberatan untuk membayar caj tambahan 20 sen asalkan mereka dapat membayar bil SADA di kaunter Pos Malaysia.


Demikian didedahkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Alor Setar, Haji Adnan Saad berhubung isu rungutan orang ramai yang tidak boleh membayar bil air di kaunter Pos Malaysia akibat penamatan perkhidmatan oleh SADA.

Justeru itu, beliau mencadangkan supaya SADA menyambung balik perkhidmatan menjelaskan bil air di kaunter Pos Malaysia dengan tambahan caj 20 sen kepada pengguna. Bagaimanapun, katanya, jika bil dijelaskan di tempat lain yang dibenarkan, selain Pos Malaysia, maka tiada bayaran tambahan dikenakan.

“Dengan itu orang ramai mempunyai pilihan, jika mereka mahu murah 20 sen mereka boleh pergi ke Agro Bank, BSN atau sebagainya,” ujarnya.

Pengalaman rakyat Malaysia selama ini, mereka lebih selesa ke kaunter Pos Malaysia kerana berpeluang menjelaskan segala bil di satu tempat.

Menurutnya, ramai yang merungut kerana terpaksa ‘beratur dua kali’ di tempat berasingan yang merugikan masa di samping menambahkan kos.

“Dari segi masa dan perjalanan untuk bergerak ke tempat lain pula (selain Pos Malaysia), nilainya jauh lebih besar dari 20 sen. Itu yang perlu SADA fikirkan,” katanya.

Dari aspek sosial, katanya, lebih ramai orang yang akan ‘marah’ kerana susah nak bayar bil air dari ‘marah’ kerana tambahan caj 20 sen.

“Lagipun pengguna yang tidak bersetuju dengan tambahan 20 sen mereka mempunyai pilihan untuk ke bank, SADA atau tempat lain,” katanya.

Ketua Pegawai Esekutif Sada, Dato’ Adzmi Haji Din bulan lalu mengumumkan mengenai pemberhentian perkhidmatan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bil air. Ia dilakukan bagi mengelak pengguna dibebankan dengan kos bayaran komisyen yang dikenakan Pos Malaysia kepada SADA. Pos Malaysia telah menaikkan komisyen kutipan bil air sebanyak 20 sen, menjadikan 90 sen caj dikenakan bagi setiap bil air. Selama ini caj 70 sen tersebut ditanggung oleh SADA.

Pos Malaysia telah mengenakan caj yang tidak seragam terhadap negeri-negeri di Malaysia. Menurut sumber dalaman Pos Malaysia, kenaikan caj tersebut hanya dikenakan terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.