Allahu Rabbi... (Gambar2) Muktamar PAS Dibadai Ribut Kuat, Ramai Cedera Dan Terperangkap Bawah Runtuhan Khemah..


ALOR SETAR: Kemeriahan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut di sini bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan terperangkap dalam runtuhan khemah akibat ribut kuat petang tadi.

Berdasarkan laporan awal, empat pengunjung yang menghadiri bazar jualan bersebelahan kompleks itu hilang dalam kejadian tersebut.

Terkini.. PAS Tetap Teruskan Terap Dan Amal Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS): TG Presiden




ALOR SETAR - Pas akan meneruskan pendekatan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan ini dilihat lebih berkesan dalam masyarakat Malaysia yang bencikan suasana negatif dan penuh kebencian.

"Mesej ini kita bawa menerusi Pas bertujuan untuk menyelamatkan manusia bersama Islam memandangkan masyarakat tidak suka akan budaya keras serta politiking melampau.

RAKAMAN PENUH MAJLIS PERASMIAN MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE- 63.. JOM IKUTI

JOM IKUTI PERASMIAN PENUH MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE- 63

bertempat di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah,
Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah Darul Aman.






PAS mempunyai cara mereka tersendiri untuk berdepan dengan pelbagai masalah negara seperti isu BMF dan 1MDB. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga komited memperjuangkan agar negara ini terus bebas rasuah serta mempunyai pentadbiran yang telus.

"PAS akan terus komited memperjuangan Malaysia yang bebas rasuah dan pentadbiran yang telus dengan cara yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini.

"Selama puluhan tahun ini juga lah PAS telah menentang penyelewengan sumber dan dana negara dalam isu BMF, skandal matawang asing Bank Negara (forex), PKFZ, Skandal MAMINCO, Perwaja Steel, 1MDB dan lain lainnya, dengan cara kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-63 hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dalam ucapannya di muktamar tersebut yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.