Terkini.. PAS Tetap Teruskan Terap Dan Amal Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS): TG Presiden




ALOR SETAR - Pas akan meneruskan pendekatan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan ini dilihat lebih berkesan dalam masyarakat Malaysia yang bencikan suasana negatif dan penuh kebencian.

"Mesej ini kita bawa menerusi Pas bertujuan untuk menyelamatkan manusia bersama Islam memandangkan masyarakat tidak suka akan budaya keras serta politiking melampau.
"Rasulullah SAW menjadi contoh yang wajar diikuti, kerana melaksanakan kewajipan menyelamatkan manusia bersama Islam," katanya ketika ucapan dasar dan perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-63 di Kota Sarang Semut.

Tambahnya lagi, perjuangan Pas harus terus beristiqamah berpegang teguh pada Islam dan tidak berganjak daripada dasar dan tujuan asal.

"Kita beramal dengan apa yang mampu dan berjuang dengan sabar bagi melaksanakan perlaksanaan Islam yang dihalang.

"Berhikmahlah tanpa menyeleweng, mendahulukan kemaafan sewaktu menghadapi lawan yang zalim setelah capai kemenangan dan berada dalam keadaan paling kuat," tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau mendakwa bahawa Pas sedang melaksanakan pelan pemerkasaan parti.

"Pelan pengukuhan ini dari aspek mengukuhkan perjalanan dan organisasi parti, gerak kerja yang lebih berperancangan, objektif yang mampu capai dengan lebih jelas.

"Serta pengukuhan imej Pas sebagai parti yang ingin menyumbang dalam pembinaan negara ini," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.