Wang Hantaran Perkahwinan RM31,186.00 Tapi Pengacara Popular Hanya Dapat Rasai 20 Hari Alam Rumahtangga - Sudah Jadi Kes di Mahkamah

Jimmy bersama isterinya.

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinannya.

Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

“Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.

“Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing,” katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.

Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

“Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam.

“Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata.

“Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti,” tambahnya.

Selain itu, Jimmy juga mengakui dia tidak sempat untuk bersolat jemaah dengan Nursuhaila, walaupun sejak kecil telah menanam impian untuk bersolat bersama isteri.

Dia juga memberitahu, Nursuhaila ada meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga wanita tersebut pada 28 November 2010.

Selepas tarikh tersebut, Jimmy memberitahu Nursuhaila tidak lagi menjawab panggilannya mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS)yang dihantar.

“Kita jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan.

“Saya tak minta 10 sen pun wang dia atau keluarganya. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya.

“Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?,” katanya.

Jimmy yang mengakui telah membuang egonya dalam usaha mempertahankan perkahwinannya juga bersyukur kerana kejadian yang berlaku menyebabkan dia banyak bermunajat kepada Allah.

“Saya tidak kata saya seorang yang alim atau warak. Tetapi saya banyak belajar, baca buku-buku walaupun ibu bapa saya tak sempat untuk mengajar saya.

“Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan.

“Langkah saya pendek kerana ramai yang kenal. Saya jenis yang suka duduk di rumah. Kerja rumah saya buat, baju hantar ke dobi dan makan pun di luar.

“Apa yang saya mahu mudah sahaja, hanya layan saya sebagai seorang suami. Jika itu pun tidak boleh dilakukan, ada sesuatu yang silap,” tambahnya.

Jimmy juga berharap agar pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan menjadikan masalah rumah tangganya sebagai pengajaran.

Terdahulu, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menetapkan supaya permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan oleh Jimmy disebut semula pada 23 Mei depan.

Ini untuk memberi peluang kepada peguam syarie Saadiah Din yang mewakili Nursuhaila untuk memfailkan pembelaan terhadap permohonan kembali taat.

Saadiah juga diarahkan untuk melengkapkan pembelaan Nursuhaila bagi kes nusyuz memandangkan terdapat tujuh perenggan yang tidak dijawab pada pembelaan yang diserahkan kepada Jimmy.

Jimmy diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus.

Pada prosiding itu, Nursuhaila yang kini mengandung enam bulan hadir dengan seorang lelaki dipercayai pengawal peribadinya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, mereka hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari yang menyebabkan Jimmy memfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.

Bila MCA Bersuara: Pembinaan Loji Nuklear di Pahang Perlu Ditangguhkan, Maka...

MCA menggesa supaya kerajaan supaya membekukan kerja-kerja pembinaan loji pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Kuantan, Pahang, sehingga ia terbukti ia benar-benar selamat pada alam sekitar.

azlanPresiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata satu kajian menyeluruh mengenai potensi risikonya dan kajian penilaian kesan alam sekitar, mesti dilaksanakan dan hasilnya diumumkan.

Katanya, kerajaan wajib mempertimbangkan pro dan kontra projek kontroversi itu, dan "bukan terlalu tergesa-gesa" dalam menerima pelaburan yang membawa risiko besar kepada rakyat dan alam sekitar.

Beliau menegaskan bahawa kepentingan rakyat mesti sentiasa didahulukan dan tiada tolak ansur dalam soal kesihatan mereka, hanya kerana mahu menarik pelabur.

"Walaupun loji itu terletak di kawasan perindustrian (Gebeng), tetapi tanggungjawab terletak pada pihak berkuasa untuk meyakinkan rakyat bahawa ianya benar-benar selamat dan loji tersebut tidak membawa sebarang risiko kesihatan," kata Chua dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA hari ini.

Katanya, kerajaan tidak boleh meneruskan rancangannya “tanpa mengambilkira perlindungan kepada alam sekitar".

Sekiranya projek tersebut terbukti membawa risiko kepada rakyat dan alam sekitar, maka katanya, kerajaan mesti bertindak tegas untuk menangguhkannya.

Pembayaran Air Kepada SADA Beroperasi Seluruh Daerah, Exco Jelaskan Dalam Dewan



SADA tamatkan khidmat Pos Malaysia
Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 5 April: Syarikat Air Darul Aman (SADA) terpaksa menamatkan khidmat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) sebagai ejen kutipan bil air di Kedah apabila agensi itu mahu mengenakan kadar komisen bayaran ke atas pengguna.

Tindakan itu diambil setelah kegagalan kedua-dua agensi itu mencapai kesepakatan berhubung rundingan berhubung kenaikan kadar baru menjadikan keseluruhanya 90 sen untuk setiap bil.

"Pos Malaysia memberikan pilihan untuk mengenakan komisen 90 sen itu ke dalam bil pelanggan sekiranya SADA tidak mahu menanggung komisen yang dikenakannya.

"Oleh kerana kita tidak mahu membebankan pengguna dengan komisen itu dan kita membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pembayaran bil SADA di pejabat pos," kata Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ketika menjawab soalan tambahan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar bata) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, semalam.

Menurutnya, SADA telah telah mengemukakan permohonan meminta agensi terbabit mengkaji semula kadar komisen yang disifatkan terlalu tinggi berbanding kadar 40 sen yang dikenakan ejen-ejen lain seperti bank-bank tempatan, kedai TM dan kedai TNB.

"Rundingan melibatkan kedua-dua pihak menemui kegagalan apabila Pos Malaysia bertegas dan tidak berganjak dengan keputusannya mahu menuntut kenaikan komisen yang dipercayai untuk menekan agensi kerajaan negeri itu.

"Kita yakin Pos Malaysia mempunyai maksud yang tidak baik cuba menimbulkan kemarahan pengguna dan mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan negeri dengan kenaikan tersebut sedangkan di Perak, kadar yang dikenakan untuk kutipan bil Lembaga Air Perak hanya 50 sen dan di negeri-negeri lain kekal 70 sen setiap bil," katanya lagi.

Kata Phahrolrazi lagi, sebagai alternatif untuk tidak menyusahkan pengguna SADA telah membuka kaunter-kaunter bayaran bil di segenap pelusuk negeri sepanjang bulan Mac lalu di samping mengekalkan ejen-ejen sedia ada dan khidmat bayaran bil melalui internet.

"SADA akan membuka lebih banyak kaunter bayaran dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada pengguna melalui cetakan pada bil SADA, media-media cetak, kain rentang dan makluman melalui ketua-ketua kampung dan biro pengaduan awam.

"Oleh yang demikian kita amat yakin penamatan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan tidak akan menyusahkan pengguna sebaliknya akan menghindarkan pengguna dari terus terbeban dengan bayaran bil yang tinggi," katanya.

Wajah2 Calon PAS Yang Bakal Mengisi DUN Sarawak

KUCHING, 5 April: PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Untuk itu, katanya, PAS yakin pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah yang terbaik akan dicapai oleh PAS selepas dua kali menyertai pilihan raya negeri sebelum ini.

(Gambar: Abang Ahmad, Beting Maro [kiri] dan Adam Ahid, Sebuyau [kanan sedang bercakap], dua dari lima calon PAS dalam PRN Sarawak)

Sebelum ini, dalam pilihan raya negeri 2001, PAS bertanding tiga kerusi DUN namun pada tahun 2006 hanya satu kerusi sahaja. Pilihan raya kali ini, PAS bertanding lima kerusi.

Kerusi yang dipertandingkan oleh PAS dalam pilihan raya kali ini adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Rakan PAS, DAP akan bertanding di 15 kerusi manakala PKR akan bertanding di 49 kerusi selepas usaha perundingannya dengan Snap gagal.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang menjadi pengarah pilihan raya ini berada di sini sejak beberapa hari lalu.

Dalam pilihan raya ini, PAS meletakkan dua calon wanita manakala tiga calon lelaki.

Calon-calon wanita PAS adalah Puan Hani Shafi di Tanjung Datu dan Puan Noraini Hamzah (gambar kiri) di Muara Tuang.

Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid akan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.

Sementara itu, Abang Ahmad Kardee, seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.

Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.

Semalam, PAS telah memperkenalkan tiga calonnya kepada penduduk tempatan. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memperkenalkan memperkenalkan Abang Ahmad di Beting Maro, timbalannya, Nasharudin Mat Isa memperkenalkan Adam Ahid di Sebuyau, manakala Mustafa memperkenalkan Nuraini di Muara Tuang.

Ustaz Hadi mengumumkan calon PAS Beting Maro di Kampung Beladin iaitu rumah Haji Alem Din, bekas calon PAS di situ dalam pilihan raya 2006.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan amanat kepada jentera dan penyokong PAS DUN Beting Maro.

Pada majlis tersebut beliau telah mengumumkan Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus, 32 tahun sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihanraya Sarawak pada kali ini.

Malam ini, Abdul Hadi dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memperkenalkan Puan Hani Shafi yang akan bertanding di Tanjung Datu manakala Mustafa akan memperkenalkan Abang Eddy di Sadong Jaya.


Isu Video Lucah DS Anwar : Kantoi Jugak Akhirnya.... Pelakunya Bukan DS Anwar - Jom Lihat Kajiannya....

Kantoi jangan tak kantoi! Gambar di atas menerangkan segala-galanya!!

Kepada yang belum melihat video klip suntingan 2 minit dalam youtube, sila klik di sini untuk menontonnya terlebih dahulu (sekiranya sempat sebelum youtube memadam buat ke sekian kalinya). Kemudian sila amati analisis penting di bawah yang diakhiri dengan sebuah kesimpulan.

Pertama, cuba kita imbas kembali kata-kata Eskay yang sebelum itu dikenali sebagai Datuk T;
“Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.

“Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakamCCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu,” - Eskay
Sekarang dapatkah anda lihat kedudukan meja solek di dalam gambar di atas? Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari telivisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil.

Sekarang cuba pula lihat perut gendut pelakon porno tersebut. Adalah sangat tidak serupa dengan perut milik anwar Ibrahim yang genetiknya kurus (sepertimana anak-anak DSAI yang kurus tinggi). Sangat jelas sekali, keboroian itu seperti seorang yang pemabuk todi.

Kepada yang sempat melihat video klip yang diedit untuk memasuki youtube, anda harus perasan saat ke 0.29 hingga 0.32, didapati bukan satu remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'.

sila lihat 2 gambar di bawah;

Seolah-olah video kamera yang digunakan benar-benar berada di hadapan orang ketiga ini tanpa selindung, menguatkan lagi hujah rakaman ini adalah kemungkinan untuk kegunaan peribadi.

Seperkara lagi, tahukah anda tulisan berbahasa Thai yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan nama sebuah jalan di bangkok. Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat gambar di bawah dan klik gambar untuk pandangan lebih jelas;


Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran. Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambichik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat ?


Kesimpulan

Videoklip yang menjadi senjata fitnah terbaru terhadap DSAI ini adalah dikutip dari negara jiran kita iaitu Thailand. Secara kebetulan, wajah pelakon utama mempunyai mirip DSAI tetapi tidak kepada perutnya yang boroi. Jika benarpun Eskay mengaku bahawa dia adalah salah seorang lelaki yang ada dalam video tersebut, maka pelakon utama itulah Eskay !

Berbalik kepada mengapa saya katakan video tersebut dikutip dari ribuan video seks amatur Thai? Faktornya ialah pelacur itu, dan sarikata dalam video itu yang berbahasa Thai. Mengapa sarikata itu tidak dibuang (dengan cara cut kesemua di bawah aras sarikata tersebut)? Kerana ia akan menyebabkan ketulinan video tersebut tercalar sama sekali. Jadi mereka membiarkan sahaja sarikata itu seperti sediakala tanpa mengusiknya walau sedikitpun.

Kehilangan jam omega, mengumpil laci berkunci dan sebagainya adalah satu helah menyedapkan jalan cerita. Akhirnya klip yang sepanjang hampir dua minit yang telah diedit khas inilah yang akan dipapar satu negara waima dalam pejabat KEMAS, di kelas BTN ataupun di pejabat JKKKP. Mereka tidak akan tayang video penuh kepada semua orang dengan alasan, ianya menimbulkan aib, maka cukuplah dengan video klip yang masuk youtube ini.

Orang kebanyakkan pastinya hanya akan mahu melihat cebisan-cebisan video yang tidak mengandungi aksi ranjang dengan alasan, kurang sedikit dosanya berbanding melihat kesemua rakaman 21minit video asal. Pihak pengfitnah yang jahat akan mengambil peluang ini sebaiknya sedangkan video itu jika dilihat secara penuh terutamanya ketika perut buncit itu kelihatan lebih jelas, barulah orang boleh memberi penilaian lebih tepat.

Kesimpulan dipermudahkan seperti berikut - Video 21 minit ini adalah satu dari ribuan video klip seks amatur yang boleh didapati di Thailand. Pelakon mirip DSAI tetapi saya yakin 110% bukan DSAI berdasarkan postur tubuh badan beliau. Di atas mirip yang sama ini, kesempatan di ambil walaupun dengan tanpa memadam sarikata berbahasa Thai tersebut.

Anwar Ibrahim yang difitnah untuk ke sekian kali menerbitkan rasa simpati yang lebih besar terhadapnya. Sekali lagi saya nyatakan bukan kerana sosoknya Anwar tetapi kerana keadilan untuknya.

Namun sedikit ingin saya sentuh, di manakah perginya hulubalang-hulubalang AMK yang menang atas nama 'wahyu' dalam pemilihan 2010 tempohari? Apakah strategi yang dirancang oleh AMK untuk mengekang asakan pengfitnah jahat ini selain daripada mengheret DSAI untuk membuat laporan polis?? Saya melihat kita sejak dari awal bertindak defensif sekali, macam kaldai tunggu disembelih!

Cuba lihat tindakkan pantas chegubard. Bukan saya nak lambung puji kepada chegubard, saya yakin beliau tak hidup dek puji tak mati dek maki. Tetapi tindakkan awal beliau wajar di puji. Berita dari rangkaian TV Selangor saya jumpa ketika menulis artikel ini dan antara petikan dari Chegubard adalah seperti di bawah;
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" - chegubard

Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab kita di lap-lap terakhir ini untuk menyampaikan keyakinan kita untuk diyakinkan kepada mereka yang tersentap akibat dari pendedahan klip suntingan yang memberi kelebihan kepada pengfitnah jahat. Perlawanan kita sudah masuk ke lap yang terakhir yakni lap yang penuh dengan selekoh-selekoh tambahan. Pusingan terakhir ini, kita akan lawan habis-habisan!! Mereka fitnah, dan kita lawan !! Mereka tetap fitnah dan kita tetap lawan !!

Lawan fitnah jahat ini hingga ke penghujung nyawa, nescaya kalau kita mati dalam perjuangan ini sekalipun, kita berjuang menentang yang bathil!

LAWAN FITNAH 1, 2 DAN 3 !!! LAWAN !!!

YB Belantik Cuba Berbohong Dalam DUN Kedah : Kecekapan MB Jawab Buatkan Dia Malu Terduduk....

http://detikhots.info/wp-content/uploads/2011/03/0c944d3d1epuzlte.jpg-150x112.jpg

Dalam soalan YB Mohamad Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan), berkenaan perbelanjaan kerajaan negeri dalam proses penghantaran pulang pelajar yang dibawa balik oleh kerajaan pusat dalam Ops Piramid, Dato' Taulan Rasul menjawab bahawa kosnya ialah RM2,100 seorang tidak termasuk duit poket RM500 seorang. Kos keseluruhan ialah RM1.82 juta.

Bangunlah YB Tajuddin Abdullah (BN- Belantek) mendakwa kerajaan pilih kasih kerana telah memberi wang poket berdasarkan politik (Hanya budak PAS diberi wang saku...) Contohnya kata Tajuddin “... pelajar bernama Amira Abd Hamid yang pulang dalam Ops Piramid dari DUN Belantek datang menangis-nangis depan saya minta tolong nak dapatkan wang poket 500 tu. Dia sorang saja tak dapat”... Amira menunggu-nunggu tapi tak dapat juga wang saku sampai sekarang,...jelaslah kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi! dakwa YB Tajuddin dengan penuh yakin boleh!!!. (Kononnya dia ada bukti dan testimoni)

(Aik??? Sempatkah kakitangan Yayasan Islam dok pi periksa pelajar tu PAS ka UMNO...yang dapat wang saku 600 orang lebih, Amira saja tak dapat...Amira sorang saja ka pelajar di Mesir anak orang UMNO???)

Soalan ni dijawab oleh MB sendiri bahawa hanya pelajar yang pulang dalam OPS Piramid sahaja diberi wang saku dan dihantar pulang dengan perbelanjaan kerajaan negeri. Yang pulang sendiri sebelum itu, atau pulang kerana makan kenduri kakak kahwin, balik menikah, rindu kat mak, ayah panggil balik dsb tidak dibiayai oleh kerajaan. (Yang pulang dengan Ops Piramid dikenalpasti dengan cop khas imegresen di pasport).

Walaubagaimanapun, kata MB, Kerajaan akan melihat semula isu sekiranya benar ada pelajar yang tercicir dari menerima pembiayaan balik ke Mesir dan wang saku, kerajaan akan ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaaan. Kerajaan akan bersikap adil kepada semua pelajar dan ibu bapa!

Masa inilah MB mengherdik Kerajaan Pusat yang hanya pandai bawak balik tapi tak mau hantar balik ke Mesir bagi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (Kata DS Jamil Khir yang urus OPS Piramid 'Negeri BN Kerajaan Pusat tanggung, negeri PR terserahlah kat depa' - ini barulah diskriminasi!!)

Kata MB... “Macam Upah Berok Naik Nyok...upah naik 2 biji, turun ikut suka... tak dak upah, nak tidoq atas pokok pun tak pa”. (Upah di bayaq kepada tuan berok untuk naik saja!). Lalu dewan jadi riuh rendah kerana ADUN BN marah kepada MB kerana kata kerajaan pusat macam berok naik nyoq!!! (Padan la pun perumpamaan tu dengan depa!) Oooo kalau beruk tak boleh, saya turunkan sikit...bukan berok, tapi kera!... seluruh dewan ketawa! Ramai Adun BN berdiri tak puas hati dengan perumpamaan itu....

Tiba-tiba sehelai kertas disampaikan oleh bentara dewan kepada MB. MB pun bangun dan menyatakan... Ini saya nak jawab soalan tadi. Saya baru dapat jawapan dari orang dibelakang... Amira Bt Abd Hamid Pulang sebelum OPS Piramid. Dia dari Kg Belantek, Sik dan bapanya orang kampung panggil Hamid Matloh!(Muallaf). Lain kali check betoi-betoi sebelum mai bercakap dalam dewan ini. Ini satu cubaan menfitnah kerajaan negeri dan berbohong di dewan yang mulia ini oleh Adun Belantek! Brraaauuuu!!!...Para penyokong kerajaan dan EXCO menepuk meja...Tajuddin terduduk kerana berbohong! Up! Ap! Up Ap! Eh errr! Saya tanya saja...takkan tak dapat kottt! Kata Tajuddin cuba 'cover line... “cover waterface.”

Tajuddin memalukan orang Belantek! Anak Bang Mid takkan menangis untuk RM500!

Amira Abdul Hamid adalah pelajar cerdik dari Kg Belantek, bapanya Abdul Hamid Ali adalah seorang kontraktor yang berjaya sejak tahun 80-an lagi. Anak-anak beliau semua cerdik dan bijak seperti Dr Rosnani dan Zahari. Dua beradik ini bersekolah bersama saya di Sek. Sultan Mohamad Jiwa (Sek. Men. Sains Kedah – sekolah berasrama penuh). Zahari class mate saya tingkatan 1 hingga 3, (untuk rekod, ada 6 orang saja pelajar dari Sik berjaya masuk SSMJ tahun 1987 termasuk Zahari dan saya). dia berjaya sambung belajar ke Jepun dan bekerja di sana sebelum pulang dan berkhidmat dengan sebuah bank internasional. Dia kemudian berhenti dan meneruskan perbiagaan seperti bapanya. Rosnani kakaknya menjadi doktor dan ada klinik di Jeniang.

Sebenarnya Bang Mid yang prihatin dan dermawan. Sebelum kerajaan memutuskan untuk bawa rakyat Malaysia pulang dalam OPS Piramid, kerana bimbangkan anaknya di Mesir, beliau telah membawa pulang anaknya dan membiayai 3 pelajar lain atas keprihatinannya itu. Saya rasa anak Bang Mid (Amira) takkan menangis depan Tajuddin hanya kerana RM500 itu. Rasanya eksploitasi dan 'cerboh' (cerita bohong) Adun Belantek ini telah memalukan Bang Mid dan anaknya...serta seluruh orang Belantek...Apa raaaa!

Muhammad Sanusi Md Noor-Setpol

Ketua Menteri Sarawak Akan Ditentang Oleh Seorang Wanita Berjiwa Besar

Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.

NONESebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah duniapolitik Sarawak.

"Saya akan menumbangkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri.

"Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya," dakwanya ketika ditemui selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.

NONEBeliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.

Suriati, yang juga lepasan sekolah menengah, berkata akan menjadikan isu tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.