Isu Video Lucah DS Anwar : Kantoi Jugak Akhirnya.... Pelakunya Bukan DS Anwar - Jom Lihat Kajiannya....

Kantoi jangan tak kantoi! Gambar di atas menerangkan segala-galanya!!

Kepada yang belum melihat video klip suntingan 2 minit dalam youtube, sila klik di sini untuk menontonnya terlebih dahulu (sekiranya sempat sebelum youtube memadam buat ke sekian kalinya). Kemudian sila amati analisis penting di bawah yang diakhiri dengan sebuah kesimpulan.

Pertama, cuba kita imbas kembali kata-kata Eskay yang sebelum itu dikenali sebagai Datuk T;
“Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.

“Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakamCCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu,” - Eskay
Sekarang dapatkah anda lihat kedudukan meja solek di dalam gambar di atas? Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari telivisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil.

Sekarang cuba pula lihat perut gendut pelakon porno tersebut. Adalah sangat tidak serupa dengan perut milik anwar Ibrahim yang genetiknya kurus (sepertimana anak-anak DSAI yang kurus tinggi). Sangat jelas sekali, keboroian itu seperti seorang yang pemabuk todi.

Kepada yang sempat melihat video klip yang diedit untuk memasuki youtube, anda harus perasan saat ke 0.29 hingga 0.32, didapati bukan satu remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'.

sila lihat 2 gambar di bawah;

Seolah-olah video kamera yang digunakan benar-benar berada di hadapan orang ketiga ini tanpa selindung, menguatkan lagi hujah rakaman ini adalah kemungkinan untuk kegunaan peribadi.

Seperkara lagi, tahukah anda tulisan berbahasa Thai yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan nama sebuah jalan di bangkok. Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat gambar di bawah dan klik gambar untuk pandangan lebih jelas;


Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran. Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambichik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat ?


Kesimpulan

Videoklip yang menjadi senjata fitnah terbaru terhadap DSAI ini adalah dikutip dari negara jiran kita iaitu Thailand. Secara kebetulan, wajah pelakon utama mempunyai mirip DSAI tetapi tidak kepada perutnya yang boroi. Jika benarpun Eskay mengaku bahawa dia adalah salah seorang lelaki yang ada dalam video tersebut, maka pelakon utama itulah Eskay !

Berbalik kepada mengapa saya katakan video tersebut dikutip dari ribuan video seks amatur Thai? Faktornya ialah pelacur itu, dan sarikata dalam video itu yang berbahasa Thai. Mengapa sarikata itu tidak dibuang (dengan cara cut kesemua di bawah aras sarikata tersebut)? Kerana ia akan menyebabkan ketulinan video tersebut tercalar sama sekali. Jadi mereka membiarkan sahaja sarikata itu seperti sediakala tanpa mengusiknya walau sedikitpun.

Kehilangan jam omega, mengumpil laci berkunci dan sebagainya adalah satu helah menyedapkan jalan cerita. Akhirnya klip yang sepanjang hampir dua minit yang telah diedit khas inilah yang akan dipapar satu negara waima dalam pejabat KEMAS, di kelas BTN ataupun di pejabat JKKKP. Mereka tidak akan tayang video penuh kepada semua orang dengan alasan, ianya menimbulkan aib, maka cukuplah dengan video klip yang masuk youtube ini.

Orang kebanyakkan pastinya hanya akan mahu melihat cebisan-cebisan video yang tidak mengandungi aksi ranjang dengan alasan, kurang sedikit dosanya berbanding melihat kesemua rakaman 21minit video asal. Pihak pengfitnah yang jahat akan mengambil peluang ini sebaiknya sedangkan video itu jika dilihat secara penuh terutamanya ketika perut buncit itu kelihatan lebih jelas, barulah orang boleh memberi penilaian lebih tepat.

Kesimpulan dipermudahkan seperti berikut - Video 21 minit ini adalah satu dari ribuan video klip seks amatur yang boleh didapati di Thailand. Pelakon mirip DSAI tetapi saya yakin 110% bukan DSAI berdasarkan postur tubuh badan beliau. Di atas mirip yang sama ini, kesempatan di ambil walaupun dengan tanpa memadam sarikata berbahasa Thai tersebut.

Anwar Ibrahim yang difitnah untuk ke sekian kali menerbitkan rasa simpati yang lebih besar terhadapnya. Sekali lagi saya nyatakan bukan kerana sosoknya Anwar tetapi kerana keadilan untuknya.

Namun sedikit ingin saya sentuh, di manakah perginya hulubalang-hulubalang AMK yang menang atas nama 'wahyu' dalam pemilihan 2010 tempohari? Apakah strategi yang dirancang oleh AMK untuk mengekang asakan pengfitnah jahat ini selain daripada mengheret DSAI untuk membuat laporan polis?? Saya melihat kita sejak dari awal bertindak defensif sekali, macam kaldai tunggu disembelih!

Cuba lihat tindakkan pantas chegubard. Bukan saya nak lambung puji kepada chegubard, saya yakin beliau tak hidup dek puji tak mati dek maki. Tetapi tindakkan awal beliau wajar di puji. Berita dari rangkaian TV Selangor saya jumpa ketika menulis artikel ini dan antara petikan dari Chegubard adalah seperti di bawah;
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" - chegubard

Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab kita di lap-lap terakhir ini untuk menyampaikan keyakinan kita untuk diyakinkan kepada mereka yang tersentap akibat dari pendedahan klip suntingan yang memberi kelebihan kepada pengfitnah jahat. Perlawanan kita sudah masuk ke lap yang terakhir yakni lap yang penuh dengan selekoh-selekoh tambahan. Pusingan terakhir ini, kita akan lawan habis-habisan!! Mereka fitnah, dan kita lawan !! Mereka tetap fitnah dan kita tetap lawan !!

Lawan fitnah jahat ini hingga ke penghujung nyawa, nescaya kalau kita mati dalam perjuangan ini sekalipun, kita berjuang menentang yang bathil!

LAWAN FITNAH 1, 2 DAN 3 !!! LAWAN !!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.