PANAS!!! Pakar Perlembagaan, Prof Aziz Bari terima surat tunjuk sebab dari UIA

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undangnya Profesor Abdul Aziz Bari, yang baru-baru ini mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu.

Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi.

Tidak jelas mengenai kandungan surat itu kerana pakar perlembagaan itu tidak dapat dihubungi.

Malaysiakini juga belum dapat mengesahkan perkara itu dengan pihak universiti kerana ketika berita ini ditulis, waktu pejabat telah berakhir.

Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.

Sementara itu, Malaysiakini terus dikunjungi oleh pihak berkuasa berhubung kenyataan Abdul Aziz yang disiarkan oleh portal berita berkenaan.

Malaysiakini terus disiasat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyoal siasat wartawan Malaysiakini pada Isnin lalu, sekali lagi datang dengan dua pegawai yang sama bagi mendapatkan butiran lanjut daripada kakitangan lain.

Editor berita, Wee Yu Meng disoal selama sejam dan diminta mengesahkan bahawa Abdul Aziz mengirimkan emelnya kepada portal berita berkenaan dan sejauh mana ketepatan berita yang disiarkan.

Selain SKMM, Malaysiakini hari ini juga disiasat oleh pihak polis berhubung isu yang sama.

Pegawai penyiasat dari ibu pejabat polis daerah Shah Alam, ASP Effandi Main merakamkan kenyataan daripada Wee selama satu jam setengah.

Beliau disoal sejauh mana dirinya mengenali Abdul Aziz dan berhubung kredibiliti pensyarah kanan undang-undang itu.

Pihak polis juga meminta dibekalkan salinan emel kenyataan yang dibuat oleh Abdul Aziz tetapi Wee berkata salinan yang dimilikinya telah dipadamkan setelah berita itu dimuat-naik.

Abdul Aziz dipercayai disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau pada 11 Oktober lalu berkata tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim.

Selaras ajaran Islam

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campurtangan  tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Abdul Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa  aktivis NGO tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.

Sultan sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Ada ka Patut!!! Wanita terkejut terima bil telefon RM623,299.50 di Florida

MIAMI: Seorang wanita terkejut apabila menerima bil telefon lebih AS$200,000 (RM623,299.50).

Celina Aarons dari Florida biasanya menerima bil sebanyak AS$175 (RM545.39) termasuk membayar talian bagi dua adiknya yang pekak dan bisu.
Beliau menggunakan telefon pintar kebanyakannya untuk menghantar pesanan dan berhubung dengan lebih mudah.
"Adik saya adalah buah hati saya, dia pergi ke kolej dan saya akan lakukan apa saja," katanya kepada televisyen WSVN mengenai adiknya, Shamir.

Masalah timbul apabila Shamir pergi bercuti ke Kanada dan tidak mematikan perantauan data telefonnya. - AFP

PAS tak akan sertai perhimpunan anti murtad

PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam di ibu negara pada Sabtu ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri).

Penganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

"Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

"Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".

Hebat!!! Inilah Wajah Selebriti Yang Berjaya Mengenggam Ijazah Selepas Berkeluarga - Tahniah


Rashidi Ishak dan isteri, Vanidah Imran FOTO THESTAR, LIM CHENG KIAT
SERDANG: Selepas tujuh tahun bergelar pelajar, pelakon Rashidi Ishak akhirnya berjaya menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Rashidi berkata, dia berasa bertuah biarpun mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian, dia mampu membuktikan artis yang sibuk sepertinya boleh berjaya dalam akademik sekiranya berusaha.
"Saya sangat bangga kerana akhirnya dapat juga menamatkan pengajian dan saya mungkin pelajar paling lama di Fakulti Bahasa dan komunikasi, UPM ini.
"Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen UPM, di sini, Selasa.
Rashidi antara 7,327 graduan pelbagai jurusan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen UPM kali Ke-35 yang diadakan di sini pada 15 dan 16 Oktober lalu.
Menurut suami kepada aktres Vanidah Imran ini, semangat yang kuat dalam dirinya didorong oleh isteri dan keluarga selain mahu menjadi pembakar semangat kepada anak-anaknya dalam bidang akademik.
"Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran.
"Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi," katanya.
Pengacara Wanita Hari Ini, Azura Zainal bersama keluarganya.
Azura jawab periksa ‘atas perut’
Sementara itu, kegembiraannya menerima ijazah turut memberi erti yang sangat bermakna buat pengacara Wanita Hari Ini, Azura Zainal.
Azura berkata, dia bersyukur kerana berjaya menempuhi pelbagai rintangan terutamanya dari segi kekangan masa.
"Tiga tahun merupakan satu jangka masa yang agak panjang kerana ketika saya mulakan pengajian saya baru sahaja bekerja di TV3.
"Selepas itu saya berkahwin dan mengandung, ketika itu banyak dugaan yang terpaksa saya lalui kerana terpaksa berkejar-kejar antara pelajaran dan kerja.
"Kenangan paling tidak dapat dilupakan ialah saat menjawab peperiksaan akhir, saya sudah cukup bulan mengandung dan terpaksa menulis di atas perut," katanya yang turut menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.