Akhbar Utusan Hanya Layak Buat Bungkus Nasi Lemak - Protes Hari Kebebasan Akhbar Sedunia Oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ)

Baru dipecat daripada Utusan Malaysia, Hata Wahari hari ini mengetuai kira-kira 20 pemberita, penyokong dan anggota Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dalam 'protes nasi lemak' terhadap majikannya di Kuala Lumpur hari ini.

hata wahari nasi lemak protest"Jika kita ke gerai-gerai, kita selalu dengan bahawa Utusan cuma bagus untuk bungkus nasi lemak. Ini menggambarkan betapa buruknya berita yang dilaporkannya.

"Kami anjurkan bantahan ini secara aman, secara simbolik," kata Hata yang dalam sidang media selepas acara itu.

"Jika kita ambil tindakan ekstrim dengan membakar akhbar, mereka ada yang tidak pedulikan. Dengan cara ini, kami harap mereka sedar," tambahnya.

Hata berkata, perjuangan media bukan hanya untuk bebas daripada kawalan kerajaan, tetapi supaya industri dan kewartawanan Malaysia berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara seperti di Amerika Syarikat dan Britain.

hata wahari nasi lemak protestKeriuhan di Jalan Chan Sow Lin di Cheras itu bagaimanapun tidak mendapat gangguang daripada pihak keselamatan Utusan dan polis.

Yang kelihatan cuma anggota cawangan khas tidak jauh daripada tempat itu.

Protes itu bermula pada jam 5 petang dan berakhir kira-kira sejam selepas itu. Ia diadakan bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang turut disambut NUJ.

Secara kebetulan, 2 Mei juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Hata.

Presiden NUJ Akhirnya Dipecat Utusan, Terima Nasib Sama Seperti Presiden NUJ Yang Lepas

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.

NONE"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, Hata dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemecatan dikeluarkan.

Wartawan kanan yang berkhidmat di Utusan sejak 1995 itu juga diminta memulangkan segala harta benda syarikat milik Umno itu dengan segera.

NONEHata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.

Hata juga sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Hata bagaimanapun bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

P Uthayakumar : 'Kami Tonton Lagi Dan Lagi, Tapi Bukan Anwar' - Dakwa Terima CD Yang Dipos Daripada Songkhla, Thailand.

Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu.

Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.

uthaya sex video pcUthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.

Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.

"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Tahniah.... Muktamar Tahunan DPP Negeri Kedah Kali Ke-45 Berjalan Lancar



Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungai Petani.

Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran Oleh Adik Abd Muiz Anuar, Pelajar Maahad Tahfiz Al Fityan. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Ust. Mohd Rosli bin Azmi Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 45 kemudian diikuti dengan Ucaptama Ketua Pemuda PAS Kedah, Ust Ahmad bin Yahya dengan tema "Memulihara Kemenangan".

Sheikh Hj Mohamad Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Negeri Kedah mewakili Badan Perhubungan PAS telah berucap dengan penuh semangat kepada perwakilan pemuda yang hadir.

Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Ust Azman Shapawi bin Abd Rani, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beberapa Kawasan telah menerima anugerah Insentif Kewangan PASTI 2011
1. Pasti Kawasan Kuala Kedah
2. Pasti Kawasan Merbok
3. Pasti Kawasan Jerlun
4. Pasti Kawasan Baling

Bagi Anugerah Jasamu Dikenang telah diberikan kepada Allahyarham Puan Jamilah binti Jaafar, Guru PASTI Kuala Kedah yang telah meninggal dunia. Allahyarhamah turut menerima sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Pusat sebnayak RM2500 yang diterima oleh suami beliau. Turut menerima anugerah Jasamu di Kenang ialah Ust Mohamad Fauzi bin Husin, Bekas Pengerusi SRIDU dan Ust Musoddak Hj Ahmad , Bekas Pengerusi SAIF.

Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik. Berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bagi Sesi 2011-2013.

Pengerusi Tetap : Ust Mohamad @ Fauzi bin Husin
Tim. Pengerusi Tetap : Tn Haji Adnan bin Saad

Ketua Pemuda : Ust Ahmad bin Yahya
Timbalan Ketua Pemuda : Tn Haji Muhammad Sanusi bin md Nor
Naib Ketua Pemuda : YB Ust Ahmad Izzat bin Hj Shauki

Ahli Jawatankuasa
1. Ust. Mohd Rosli bin Azmi
2. YB Ust. Mohd Nasir bin Zakaria
3. Ust. Mohd Azam bin Abd Samat
4. Tn Hj. Yusrin Zakri bin Adnan
5. Ust. Mohamad bin Ismail
6. Mohd Helmi bin Khalid
7. Ust. Mohd Yusuf bin Awang
8. Ust. Nasri bin Muarat
9. Ust. Salim bin Mhamud
10. Ust Saiful Syazwan bin Shafie

Pemeriksa Kira-Kira
1. Ibrahim bin Hj Soffian
2. Azri bin Omar @ Ahmad

Ada Video: Presiden Amerika Sahkan Osama bin Laden Meninggal Dunia... Siapa Yang Membunuh Pejuang Ini???


Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama.

NONEWartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.

Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.

****************************************
Gambar fail Osama bin Laden bertarikh 26 Mei 1998 ketika berada di Afghanistan. — Foto Reuters
WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.

Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.

Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.