[Video & Gambar2] Karikatur WWW 1 Di Akhbar Kosmo!! Terang2 Menghina Sultan Johor.. Apa Tindakan Bakal Diambil Oleh Polis?


 

Sumber berita dari blogger Sisi Bukit Dua pegawai polis Johor akan mengambil kenyataan  Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak pada hari Rabu ini berhubung kenyataannya menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Diva Popular Rasa 'Nak Mati' Ketika Di ICU, Akan Berehat 5 Bulan.. Kita Doakan Moga Datuk Nie Sembuh.. Jom Terjah!!!


Datuk Sharifah Aini
SHAH ALAM: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menyifatkan pengalaman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru seperti hendak menemui ajal.
Sharifah Aini atau Kak Pah berkata, penyakit yang telah pun merebak ke seluruh paru-parunya itu menyebabkan beliau sukar untuk bernafas sehingga beliau beranggapan ajalnya semakin hampir.
"Pada ketika itu, saya hanya fikir sudah sampai masanya untuk Allah mengambil nyawa ini dan pada masa sama saya berdoa agar sempat menemui anak lelaki saya iaitu Aliff Omar yang hendak pulang ke tanah air dari Madinah.
"Dan kalau boleh, biarlah Aliff yang menjadi imam untuk jenazah saya nanti. Alhamdulillah semua ini tidak berlaku seperti yang disangka kerana Allah ingin melanjutkan lagi usia saya.
"Biasalah, pada usia sebegini, kita akan pergi bila-bila masa dan saya reda tentang hal itu," katanya.
Kak Pah yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Damansara, di sini, pada petang Ahad lalu telah dimasukkan ke ICU pada 21 Mei lalu dan lima hari selepas itu, beliau dipindahkan ke wad biasa dan diberi rawatan selama 10 hari.
Tambah Kak Pah, beliau akui kehidupan sehariannya yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak tiga tahun lalu membuatkannya jatuh sakit.

Panas!!! Jelajah Merdeka Rakyat Di Tmn Guar Perahu Tidak Mendapat Sambutan, DS Anwar Gembira??



Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu pada 3 June 2012.

Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis.


Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa , beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR, pada 3 hb yang lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.

Terkini!!! SPR Kedah Beri Taklimat Ulangan Kali Kedua Kepada Pihak Media... Kenapa Tak Jadi2 Lagi PRU 13 Nie???



KUALA KEDAH
 - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Kedah akan menyampaikan taklimat ulangan kepada 15,000 petugas-petugas pilihanraya pada bulan Jun ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengarah SPR Negeri Kedah, Norazam Mohd Noor berkata, pihaknya sudah memberikan taklimat berhubung PRU13 kepada petugas-petugas pilihanraya pada bulan November tahun lalu.

“Taklimat yang disampaikan itu adalah bertujuan untuk menambahbaikan sedia ada melibatkan penggunaan dakwat kekal di jari dalam proses pengundian serta penggunaan cop dalam proses pengundian,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.