Terkini!!! SPR Kedah Beri Taklimat Ulangan Kali Kedua Kepada Pihak Media... Kenapa Tak Jadi2 Lagi PRU 13 Nie???



KUALA KEDAH
 - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Kedah akan menyampaikan taklimat ulangan kepada 15,000 petugas-petugas pilihanraya pada bulan Jun ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengarah SPR Negeri Kedah, Norazam Mohd Noor berkata, pihaknya sudah memberikan taklimat berhubung PRU13 kepada petugas-petugas pilihanraya pada bulan November tahun lalu.

“Taklimat yang disampaikan itu adalah bertujuan untuk menambahbaikan sedia ada melibatkan penggunaan dakwat kekal di jari dalam proses pengundian serta penggunaan cop dalam proses pengundian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Taklimat Khas SPR Kepada Pengamal Media Negeri Kedah bagi tujuan persiapan PRU13 di Bilik Mesyuarat, Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, Jalan Kuala Kedah, di sini.

Menurutnya, dari segi persiapan menghadapi PRU13, pihaknya dalam proses menyediakan peralatan pilihanraya.

“Kebanyakan tempat pengundian pilihanraya ialah sekolah termasuk dewan orang ramai serta tadika,” katanya.

Tambahnya, seramai 994,000 pengundi berdaftar bagi suku keempat pada tahun 2011 dan pada tahun ini, jumlah pengundi berdaftar belum diwartakan lagi.
Norazam memberitahu, fungsi SPR ialah menjalankan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan Pilihan Raya Kecil.

“Kita juga turut menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih serta menjalankan urusan ulangkajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Penolong Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia Kedah, Hajah Normah Ramli.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.