TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Angkara Zina: Kerjaya Luna Terus Hancur Sekelip Mata

Wajah jelita Luna Maya sebelum dilanda kes video lucah bersama kekasihnya Ariel.

KES video lucah yang melibatkan Luna Maya memberi impak yang sangat besar terhadap kerjaya artis cantik ini.

Sejak video tersebut tersebar ia sangat memberi kesan negatif kepada kontrak-kontrak yang melibatkan pekerjaan kekasih Ariel ini. Malah beberapa kontrak iklan Luna Maya dibatalkan tanpa sebarang budi bicara.

Sebelum kes video lucah tersebar, Luna Maya merupakan antara artis yang paling laris sebagai model iklan, pengacara tv dan juga bintang filem. Beberapa produk ternama pernah menjadikan wajah cantiknya sebagai jurucakap kepada produk mereka seperti XL, Lux dan juga Toshiba.

Selain menjadi bintang iklan, Luna juga dikenali dengan program televisyen popular Indonesia berjudul Dahsyat dengan bayaran yang agak lumayan.

Wajahnya yang mengelak dari dirakam oleh lensa kemera

Bukan itu sahaja, Luna juga sibuk menjadi sibuk mendapat tawaran di program-program televisyen lain seperti The Promotor dan sebagainya. Manakala dia juga terpilih menerajui beberapa buah filem sepanjang tahun lalu.

Namun begitu, apabila video lucahnya dan Ariel mula tersebar dan sampai ke pihak berkuasa, kerjaya jelitawan ini mulai merundum.

Beberapa produk iklan yang menggunakan wajahnya telah menamatkan kontrak secara serta merta. Manakala program Dahsyat turut menyingkirkan Luna dan menggantikannya dengan Astrid Tiar. Pihak produksi program itu mengambil keputusan selepas Luna menjadi disahkan menjadi tertuduh dalam kes tersebut.

Luna masih mengukir senyuman biarpun berat untuknya berhadapan dengan masalah itu

Kini, wajah Luna memang sudah jarang keluar di kaca tv melainkan berita tentang perkembangan kes tersebut yang juga melibatkan pengacara tv, Cut Tari.

Sebelum ini, ada khabar menyatakan Luna Maya bakal keluar dengan single terbarunya yang berjudul Tak Bisa Bersamamu ciptaan Pasha Ungu. Video klip lagu ini sudah dibuat dan diarahkan oleh penyanyi Tompi. Tetapi malangnya ia tidak diterima oleh mana-mana stesen televisyen Indonesia.

Banyak perubahan yang terjadi pada Luna Maya sejak kes video itu terjadi bukan sahaja menjadi bahan utama media Indonesia malah media dari luar negara.

Melalui rakaman terbaru Luna ketika ketika hadir untuk penyiasatan oleh pihak berkuasa, dia kelihatan lebih kurus dan tidak bermaya seperti selalu. Wajahnya juga kelihatan pucat tanpa sebarang solekan.

PR Lebih Ke Hadapan : Haramkan Premis Hiburan Ambil Pekerja Islam

Kira-kira dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, sudah ada pihak berkuasa tempatan (PBT) tertentu di negeri itu yang mengharamkan pemilik premis hiburan daripada mengambil pekerja beragama Islam, dakwa PAS negeri.

Ketua penerangannya Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, tindakan itu ekoran cadangan penambahbaikan yang diperkenalkan oleh wakil PAS dalam PBT.

roslan sms shahir mohd shahir"Malahan dalam tempoh singkat pemerintahan kerajaan Pakatan ini telah ada PBT di Selangor yang mengharamkan pemilik-pemilik lesen premis seumpama ini dari menggaji atau mengambil sebagai pekerja dari kalangan penganut bergama Islam.

Tambahnya, PAS Selangor peka dan sentiasa memantau serta memberi perhatian agar penguatkuasaan agensi negeri, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditingkatkan sebagai usaha
"amar makruf nahi mungkar" (menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).

Beliau menjawab cabaran timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar hari ini supaya PAS Selangor mendesak kerajaan Pakatan memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu ditutup sepanjang Ramadan.

noh omar and chinese and tamil school no new schoolNoh (kanan) dilaporkan berkata tindakan itu perlu dilaksanakan oleh kepimpinan Pas yang diterajui Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, sekiranya parti berkenaan betul-betul ikhlas dalam perjuangan Islamnya.

Katanya, tindakan itu juka dapat membuktikan PAS tidak berada bawah telunjuk parti komponen lain, khususnya DAP.

Dalam satu kenyataan hari ini, Roslan berkata kerja-kerja
"amar makruf nahi mungkar" yang diusahakan oleh PAS melalui Pakatan terbukti lebih membawa makna berbanding dengan pentadbiran yang terdahulu.

Justeru, Roslan berkata Noh tidak perlu membuang masa melontarkan cabaran agar ditutup pusat hiburan dan rumah urut di Selangor sepanjang Ramadhan "kerana pusat maksiat ini sememangnya tidak wajar dikunjungi oleh umat Islam sepanjang masa."

"Yang anehnya tiada pula usaha yang sama dibuat semasa BN diterajui Umno memerintah negeri Selangor sebelum ini," bidasnya.

"Sesungguhnya apa yang penting adalah seluruh umat Islam di negeri ini dididik dan faham bahawa sebagai seorang Muslim mereka wajib menjauhkan diri dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja mungkar.

"PAS melalui kerajaan negeri akan memastikan yang aktiviti penguatkuasaan terus dilaksanakan sehingga maksiat dapat dibendung di negeri ini," katanya.

Ganesan singkir DS Nizar dari DUN Perak

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.

Ketika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan.

Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Yang Yang Dipertua.'

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!

Nizar: Terima kasih Yang berhormat...[meneruskan ucapan]

Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti.

Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.

Nizar juga melemparkan tuduhan 'pengecut' ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet.

Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya.

Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.

Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan.

Namun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa.

ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN.

Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama.

Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Siapa Bunuh Bekas ADUN Permatang? Siasatan lanjut Sedang Dijalankan.. Pistol Ditemui Dalam Kereta....

Bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar (kiri), siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

"Mangsa wanita adalah PA (pembantu peribadi) kepada Datuk Aziz. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Meng
emaskini status kes tersebut dalam laman sosialFacebook beliau, Khalid berkata kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buluh sebentar tadi.

Sidang DUN Perak DS Nizar Digantung ... Sidang Sehari Sahaja?

Kita meminta sidang diadakan 4 hari, kita dapati agenda menyatakan rang undang-undang diadakan dan diluluskan pada hari ini, dan kita mempersoalkan sehingga dijawab ganesan sidang cuma pada hari ini.

Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang , tetapi bila melihat tindakan ganesan menyalah gunakan kuasanya untuk gantung seorang adun, sekurang-kurangnya dirujuk oleh jk hak dan kebebasan sebelum digantung.

Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya. Kenyataan Zambry mengatakan mahu menggulung. Tetapi kami tidak diberi peluang berbahas.

Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkan demokrasi di Perak.

Kita mengatakan oleh kerana mereka buat kerja haram maka dewan tidak berfungsi lagi.

Saya merakam terima kasih kepada rakan media yang buat liputan walaupun dihalang.

Semasa Dato Ngeh jadi ketua pembangkang, dia diberikan waktu 3 jam tanpa diganggu oleh MB masa itu Tajol Rosli.

DS. Nizar mengucapkan terima kasih kepada Pengkalan Hulu yang mengatakan dia pernah diberikan peluang semasa menjadi ketua pembangkang untuk berucap selama 2 jam.

Hari ini demkrasi dibunuh oleh BN.

PKR Pula Terbitkan Akhbar 'Utusan'

Akhbar PKR yang diterbitkan secara tidak berkala kali ini muncul dengan judul Utusan Keadilan untuk edisi keempatnya setelah permit penerbitan mingguan Suara Keadilan digantung awal Julai lalu.

Utusan Keadilan terbitan angkatan muda PKR itu mula diedarkan sejak semalam ke seluruh negara, khususnya untuk ahli parti, lapor laman web Suara Keadilan hari ini.

"Akhbar terbitkan secara tidak berkala ini akan terus dikeluarkan sehingga KDN memberikan kelulusan permit bagi menerbit dan mencetak lidah rasmi PKR,Suara Keadilan," laporan tersebut dipetik.

Edisi tidak berkala akhbar PKR dimulakan dengan
Keadilan pada 12 Julai,Obor Keadilan (19 Julai) dan Sinar Keadilan (26 Julai) apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan.

Menurut
laporan itu lagi, edisi terbaru ini memuatkan antara lainnya satu laporan yang menggariskan "tujuh ciri utama pemerintahan fasis atau kuku besi yang dikaitkan dengan dengan pentadbitan Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sentuh FDI, CNN, RM50,000 liputan akhbar di AS

"Artikel yang menghiasi muka depan akhbar ini membincangkan bagaimana pemerintahan ala fasis Umno-Barisan Nasional mencengkam media massa dan mempromosikan semangat kebangsaan atau patriotisme yang menjurus kepada perkauman dalam tindakan yang terdesak untuk mengekal tampuk kekuasaan," laporan tersebut dipetik.

Selain itu, akhbar itu juga melaporkan mengenai isu pelaburan langsung asing (FDI) bertajuk 'Rakyat Terpedaya.... Najib Dakwa Ekonomi Pulih, Kadar Pelaburan Asing Terperosok 81 Peratus'.

"Tajuk ini mendedahkan secara terperinci laporan terbaru Laporan Perdagangan Dunia 2010 olehh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyatakan kadar kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia merudum sehingga 81 peratus tahun lalu, sekali gus membuktikan keampuhan kedudukan ekonomi yang sebenar di Malaysia.

Menurut laporan itu lagi,
Utusan Keadilan memuatkan di muka belakangnya penjelasan kepada dakwaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar agensi media antarabangsa CNN bagi menemuramahnya.

Akhbar setebal 24 halaman itu juga menyentuh perbelanjaan RM50,000 oleh Najib bagi mendapatkan liputan akhbar dalam lawatannya ke Amerika Syarikat pada April.

"
Utusan Keadilan juga memuatkan laporan di muka belakang mengenai rekod hak asasi manusia di Malaysia yang semakin buruk di bawah pentadbiran Najib seperti mana yang disebut di dalam Laporan Hak Asasi Manusia 2009 oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram)," demikian menurut laporan itu lagi.

Pembangkang di Kedah Elok Naik ‘ANOG’ Ganti Kereta

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Pihak pembangkang di Kedah mencetak beribu-ribu risalah mengkritik kerajaan Negeri dan diedarkan di masjid-masjid secara terbuka. Risalah bertajuk ‘Mai Kedah’ itu dikatakan diterbitkan oleh Umno Kedah kerana sebelum diedarkan, ia didapati bertimbun-timbun di pejabat perhubungan parti itu.

Selang beberapa hari selepas itu muncul pula risalah ‘Kedah La’ yang bingkas menjawab segala tohmahan di samping menyerang balas BN Kedah dengan pembongkaran penyelewengan mereka sewaktu berkuasa dahulu. BN lantas terkedu seketika. Tiada seorang pun pemimpin BN yang berani menyanggah.

Politik di Kedah memang begitu. Setiap serangan dibalas segera. Ia tidak dibiarkan berlompong-lompong macam kawah pasir di Selangor yang sehingga kini pun rakyat masih kabur, apa yang sebenarnya berlaku?

New Toyota Camry

Dalam terkial-kial mencari isu mereka terjumpa maklumat bahawa kerajaan Negeri telah membeli 17 buah kereta baru berjenama Camry. Sebenarnya cuma lima buah sahaja yang dibeli. Tapi biasalah pembangkang di Kedah, pakar menokok tambah. Isu tersebut terlalu rendah nilainya, namun alang-alang ketandusan isu ‘tiada rotan, akar pun berguna’. BN menjaja di sana sini kononnya Exco kerajaan Negeri asyik melaram dengan kereta mewah Camry.

Hampir kesemua kereta Exco yang ditinggalkan BN dahulu adalah kereta lama, sebahagiannya sudah uzur benar. Maklumlah kereta Perdana dan ada yang melebihi 10 tahun. Sebahagian besar Exco pernah mengalami kerosakan kereta. Terbaru, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ustazah Aishah Ghazali terpaksa menumpang kereta kakitangan Ahli Parlimen Pendang untuk ke program Mesra Rakyat yang diadakan Daerah Bandar Baharu akibat kereta rasminya rosak sewaktu mahu memulakan perjalanan.

Kelewatan beberapa Exco untuk sampat tepat pada waktunya untuk program rasmi akibat kerosakan kereta adalah perkara biasa sebelum ini. Kos penyelenggaraan jika dihimpunkan, lebih merugikan berbanding membeli kereta baru. Apabila kerajaan membeli lima buah Camry untuk menggantikan lima buah kereta Exco yang benar-benar uzur maka ia adalah langkah bijak.

Dalam Islam ada konsep zuhud. Tapi zuhud bukan bermakna membiarkan semua kerja terbengkalai akibat perkara keperluan diabaikan. Sebelum pembangkang membicarakan isu Camry, baiklah terlebih dahulu mereka bertanya projek Chalet Pulau Payar, Jambatan Pulau Bunting, Chalet Muzium Padi, Kompleks Ikan Bakar, Pedu Lake Resort, paparan gergasi LCD di MBAS – yang kesemuanya sama ada menjadi projek gajah putih atau terbengkalai di separuh jalan itu; adakah bukan pembaziran namanya.

Membazir ialah apabila sesuatu yang dibelanjakan itu tidak digunakan atau bermewah melebihi keperluan. Kalau tukang kebun pakai Mercedes, ia jelas membazir sekalipun dia mampu membeli. Tapi kalau Exco pakai Camry, ia memang sepadan dengan kerjayanya.
Sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menaiki Mercedes ke Istana Anak Bukit untuk menziarahi Almarhum Tuanku Sultanah Kedah yang mangkat. Dia disindir oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ali Rustam. “Hai, orang PAS pun pakai Mercedes,” katanya. Datuk Seri Abdul Hadi dengan selamba menjawab, “Memang orang PAS dah pakai Mercedes, orang Melaka aje yang masih pakai kereta lembu.”

Kalau pembangkang di Kedah masih mahu terus memainkan isu Camry, maka eloklah mulai sekarang menukar kereta masing-masing dengan ‘anog’, ia lebih murah dan tak guna minyak. Orang Kedah semua tau apa itu anog. Orang Umno pun semua tahu kecuali ketuanya Datuk Shafie Afdhal. Ia adalah kenderaan untuk mengangkut padi di zaman dahulu yang diheret oleh kerbau. Tok Pie boleh pi kat Muzium Padi kalau nak tengok…

Menteri KDN perlu Letak Jawatan : Tangkapan Malam Mansuhkan ISA

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (LLG), Writers Alliance for Media Independence(WAMI) dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mengecam sekeras-kerasnya tindakan keras polis ketika menyuraikan perhimpunan aman memasang lilin untuk menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Seramai 36 orang telah ditangkap pada malam tersebut.

Kami menyeru agar Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein meletak jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri pernah menyatakan pada hujung bulan Jun tahun ini bahawa rang undang-undang pindaan ISA akan dibentangkan di parlimen dan ia akan menjamin hak rakyat berhimpun secara aman. Beliau berkata, "Kalau berhimpun di bawah keadaan aman, kami tidak ada alasan mengenakan terlalu banyak batasan dan tidak membenarkan perhimpunan aman."

Tetapi, kami berpendapat, tangkapan besar-besaran 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindaan ISA, mendedahkan betapa munafiknya kerajaan dalam isu hak-hak sivil rakyat.

Penangkapan yang berlaku pada malam kelmarin, ditambah pula dengan penahanan 589 orang dalam perhimpunan Anti-ISA pada tahun 2009, melonjakkan angka penahanan disebabkan bantahan terhadap ISA mencecah 625 orang. Bilangan yang mengejutkan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak berkompromi dengan hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh sejagat dunia, seolah-olahnya Malaysia telah memasuki zaman negara polis. Slogan "Rakyat didahulukan" telah menjadi janji kosong.

Maka, kami meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negera meletak jawatan untuk memikul tanggungjawab terhadap tindakan polis yang mencabul hak rakyat berhimpunan secara aman.

Setelah Parlimen meluluskan rang undang-undang ISA pada 1960, ISA yang membenarkan tahanan tanpa bicara telah disalahgunakan untuk menindas parti pembangkang dan orang yang berbeza pendapat untuk mengekalkan kedudukan pemerintahan pakatan pemerintah. Sehubungan dengan ini, kami mendeksa kerajaan memansuhkan ISA tanpa sebarang syarat, bukan meminda ISA yang telah terpesong dari objektif asalnya.

*Kenyataan media bersama oleh Toh Kin Woon (Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG), Wong Chin Huat (Pengerusi Writers Alliance for Media Independence) dan Liau Kok Fah (Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor).

Apakah Ibrahim Ali Tak Reti Pelajaran Bahasa Inggeris??

KOMENTAR Apabila saya bangkit pada pagi Isnin lalu, saya melayari laman sesawang Malaysiakini dan mendapati saya menjadi sasaran demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius.

Tetapi demonstrasi yang dilakukan adalah terhadap diri saya? Ini hanya semata-mata saya berkata benar dan menamakan PERKASA sebagai kumpulan militan? Semuanya berlaku kerana ketua PERKASA, Datuk Ibrahim Ali tidak boleh membezakan antara adjektif (kata sifat) dengan 'kata benda'.

Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu.

Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda.

Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa.

Saya labelkan PERKASA sebagai kumpulan militan Melayu, yang mana ia memang bersifat demikian. Apabila saya menggunakan perkataan 'militan' ia digunakan sebagai adjektif. Ia membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan', sebagai contoh 'aktivis hak asasi manusia yang militan'.

Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian.

Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.

Jadi apabila saya menyentuh mengenai PERKASA - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung “kumpulan baru militan yang bernama PERKASA - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'. Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh.

Itu adalah perkataan yang tepat bagi menghuraikan Ibrahim. Saksikan sahaja videonya dan anda akan faham apa yang saya maksudkan. Beliau seseorang yang sedia bergaduh memperjuangkan apa yang dipegangnya. Beliau seorang yang agresif.

Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme.

Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus
Oxford English.

[Baca berita penuh]

JOHN R MALOTT adalah duta Amerika Syarikat ke Malaysia dari 1995-1998.

Sidang DUN Perak... Kecoh Jugak Nampaknya : Speaker Lantikan BN Masih Belum Sah?

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar hari ini walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis.

Po
lis telah mengadakan kawalan di sekitar laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan sejak awal pagi tadi.

Persidangan bermula pada 10 pagi.

Semua ADUN Pakatan Rakyat memasuki dewan dengan diketuai Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mereka mula memasuki DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, sejak jam 9.40 pagi ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ADUN BN serta Bebas mula tiba pada jam 9.45 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.

S

peaker Datuk R Ganesan masuk sejurus sebelum persidangan bermula.

Dua persidangan dewan itu sebelum ini agak kecoh.

Ganesan kemudiannya mengumumkan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasakan pada sidang dewan kali ini. Antaranya, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk.

Ganesan juga mengingkat semua ADUN bahawa mereka perlu menghormati keputusannya selaku yang dipertua dan menghormati segala etika dan tatasusila dewan ketika berdebat.

ADUN Pangkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli, mengemuka soalan pertama pada persidangan kali ini yang menyentuh soal defisit dalam bajet negeri tahun ini.

Za

mbry menjawab bahawa Bajet 2010 menganggarkan defisit sekitar RM23 juta tetapi ia tidak bermakna kerajaan negeri tiada wang kerana Perak masih mempunyai rizab RM847 juta dalam bentuk saham dan simpanan tetap.

Beliau berkata, rizab tinggi adalah petunjuk baik mengenai ekonomi negeri tetapi kerajaan Perak tetap berhemah berbelanja.

"Namun, usul perbekalan tambahan RM80 juta tidak kena mengena dengan rizab," katanya.

Ketika itu, Ganersan mengesan Nga Kor Ming (Pantai Remis) menggunakan kamera.

Beliau kemudiannya mengarahkan bentara untuk merampas kamera berkenaan.

Raka

n-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar.

Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan dengan kamera berkenaan tidak dirampas.

Selang beberapa minit kemudian, perwakilan Pakatan Rakyat mula menganggu jawapan Zambry dan ADUN BN pula membalas - menjadikan sidang kecoh seketika dengan pertikaman lidah kedua-dua pihak.

Pertengkaran juga berlaku apabila ADUN Pakatan dengan sengaja merujuk speaker sebagai 'pengerusi' atau 'Datuk Ganesan' kerana tidak mengiktiraf kedudukan kerajaan negeri yang 'dirampas' itu.

“Saya adalah speaker. Apabila berada di dewan ini, sila gunakan gelaran itu. Jika tidak saya akan ambil tindakan,” kata Ganesan.

Nga membalas bahawa Ganesan perlu menunggu keputusan mahkamah sebelum mendakwa jawatan itu miliknya, merujuk kepada perbicaraan kes tersebut.

"Okay," kata Ganesan kerana tidak mahu sidang terganggu.

Zambry turut menafikan dakwaan Nga, kononnya bahawa Perak adalah negeri miskin kerana sehingga Julai lalu jumlah miskin tegar di negeri itu hanya seramai 764 keluarga.

Beliau juga memberi amaran kepada Nga agar tidak memanipulasikan perangkaan itu dan membuat tuduhan palsu di media.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.