Gempar!!! Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu Ditahan.... Esok Pagi Akan Didakwa Di Mahkamah Seksyen Butterworth

GEORGETOWN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.
Tengah hari tadi, Mat Sabu dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di negeri ini bulan lalu.

Gambar 18SX: Lelaki Ini Terpaksa Di Bawa Ke Hospital Bila Kemaluannya Tersangkut Dikerusi Akibat Onani


HONG KONG – Empat anggota penyelamat Hong Kong terpaksa menghabiskan 4 jam di taman Lantian, Hong Kong untuk membebaskan kemaluan seorang lelaki yang tersangkut di salah satu lubang kerusinya sendiri.

Lelaki yang dikenali sebagai Le Xing, 41, membuat pengakuan bahawa kemaluan beliau tersangkut di situ kerana sedang melakukan onani. Beliau memasukkan kemaluannya ke dalam salah satu lubang kerusi tersebut dan tanpa disangka kemaluannya mengembang dan tersangkut di situ. Menurut Le Xing, beliau tidak dapat mencabut kemaluannya sehingga memaksanya menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Untuk membebaskan kemaluan lelaki tersebut, anggota penyelamat terpaksa membawa beliau bersama dengan kerusi besi sepanjang 2.5 meter itu ke hospital. Doktor yang merawat beliau mengatakan bahawa lelaki itu beruntung kerana tidak berlaku apa-apa kecederaan pada kemaluannya selepas dicabut dari lubang besi kerusi.

Menurut laporan polis, mereka mengsyaki bahawa lelaki tersebut adalah seorang yang kurang siuman dan mengidap penyakit gila seks.

Bilakah Wanita Jelita Ini Akan Berubah Untuk Bertudung Litup? Kini Giliran Siti Nordiana Pula Bertudung


gambar siti nordiana bertudung

“Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.

“Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik,” jelasnya.



Giliran Siti Nordiana pula bertudung. Inilah tajuk yang dipaparkan dalam sisipan Akhbar Sinar Harian pada 17 hb Sept 2011. Perubahan imej yang dilakukan oleh penyanyi ini bakal memberi lembaran baru dalam hidup ibu tunggal inibahkan akan menamatkan kontroversi penampilan seksinya sebelum ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk penyanyi ini melakukan penghijrahan imejnya apabila buat pertama kalinya tampil dengan imej bertudung pada majlis rumah terbuka aidilfitri sempena hari raya anjuran Fablous Global di Shah Alam baru-baru ini.

Beliau ditemui baru-baru ini dan berkata "perubahan imejnya bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusannya sendiri"

"Saya mula bertudung semasa seminggu sebelum Hari Raya yang lalu. Sebenarnya perasaan nekad untuk bertudung itu datang selepas saya membaca sebuah majalah berunsur keagamaan, ketika itu saya terbaca artikal tentang golongan wanita mualafyang bercerita tentang pengalaman mereka memeluk agama Islam. Selepas saya cuba membeli beberapa helai tudung dan nekad untuk bertudung"

"InsyaALLAH ...saya berasa lebih tenang dan selesa dengan imej baru saya ini.Jadi saya harap selepas ni tiada lagi isu yang mengaitkan imej seksi saya ".

Bersama-sama ini disertakan beberapa artis yang telah membuat penghijrahan kepada yang lebih baik. Sk mengharapkan dengan penghijrahan ini kehidupan mereka akan lebih tenang.


Marilah kita sama-sama berdoa agar artis kat bawah ni pun berhijrah jugak sebelum ajal menjemput. Yang ni pun dikira macam artis sebab selalu sangat kluar TV berbanding laki dia. Bukan apa...kita dok risau nanti laki dia yang akan siksa neraka kan..



"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," Kediaman Mat Sabu Dilempar Bom Petrol... Angkara Siapa?



Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.

Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.

"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.

Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu.

Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad.

Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.

Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat.

"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Gempar!!! Rumah Mat Sabu Diserang. Kenapa?

SEJAK Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia, PAS, beliau diserang bertubi-tubi siang dan malam oleh pihak lawan.

Macam-macam isu cuba dicipta untuk menjatuhkan Mat Sabu, dari isu komunis, hina pejuang kemerdekaan sampailah isu kononnya Mat Sabu ada skandal seks dengan bini orang.

Apa yang menariknya, Mat Sabu dikatakan ada skandal seks dengan bini orang yang bernama Normah, dan kini Normah sudah menjadi isteri Mat Sabu.

Agak menghairankan, bagaimana Mat Sabu boleh bermadu dengan suami orang dan Jabatan Agama Islam tidak mengambil tindakan kah kah kah.

Maklumat terbaru yang diterima dari sahabat blogger Anak Sungai Derhaka memaklumkan bahawa beliau telah menerima satu sms dari isteri Mat Sabu, Kak Normah.


Gerombolan United Malays No Otak datang menyerang rumah Mat Sabu di Guar Petai macam samseng dengan alasan mahu menghantar memorandum. Malah gerombolan tersebut turut membawa ramai wartawan.

Sampai hari ini United Malays No Otak masih terus mahu mempopularkan isu komunis,dengan alasan Mat Sabu menghina pejuang kemerdekaan. Dalam masa yang sama isupenghinaan terhadap Islam oleh Sitt Al-Wuzara terus disenyapkan, rujuk sini [Sitt Al-Wuzara].

ReJaM© "Gerombolan bangang menyusahkan orang..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.