Bilakah Wanita Jelita Ini Akan Berubah Untuk Bertudung Litup? Kini Giliran Siti Nordiana Pula Bertudung


gambar siti nordiana bertudung

“Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.

“Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik,” jelasnya.



Giliran Siti Nordiana pula bertudung. Inilah tajuk yang dipaparkan dalam sisipan Akhbar Sinar Harian pada 17 hb Sept 2011. Perubahan imej yang dilakukan oleh penyanyi ini bakal memberi lembaran baru dalam hidup ibu tunggal inibahkan akan menamatkan kontroversi penampilan seksinya sebelum ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk penyanyi ini melakukan penghijrahan imejnya apabila buat pertama kalinya tampil dengan imej bertudung pada majlis rumah terbuka aidilfitri sempena hari raya anjuran Fablous Global di Shah Alam baru-baru ini.

Beliau ditemui baru-baru ini dan berkata "perubahan imejnya bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusannya sendiri"

"Saya mula bertudung semasa seminggu sebelum Hari Raya yang lalu. Sebenarnya perasaan nekad untuk bertudung itu datang selepas saya membaca sebuah majalah berunsur keagamaan, ketika itu saya terbaca artikal tentang golongan wanita mualafyang bercerita tentang pengalaman mereka memeluk agama Islam. Selepas saya cuba membeli beberapa helai tudung dan nekad untuk bertudung"

"InsyaALLAH ...saya berasa lebih tenang dan selesa dengan imej baru saya ini.Jadi saya harap selepas ni tiada lagi isu yang mengaitkan imej seksi saya ".

Bersama-sama ini disertakan beberapa artis yang telah membuat penghijrahan kepada yang lebih baik. Sk mengharapkan dengan penghijrahan ini kehidupan mereka akan lebih tenang.


Marilah kita sama-sama berdoa agar artis kat bawah ni pun berhijrah jugak sebelum ajal menjemput. Yang ni pun dikira macam artis sebab selalu sangat kluar TV berbanding laki dia. Bukan apa...kita dok risau nanti laki dia yang akan siksa neraka kan..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.