Panass Terkini!!! Pelakon Jelita Tiz Zaqyah Dirogol??

Drama terkini yang bakal menyusul dan pastinya sehebat Nurkasih, Soffiya lakonan Tiz Zaqyah dan hero hansome Fizo Omar akan muncul dikaca tv. Tiz Zaqyah menjadi mangsa rogol bapanya sendiri dan dia terpaksa melakonkan scene panas ini untuk menjadikan drama ini lebih realistik:

Dia turut mengaku bahawa dia terpaksa menonton kembali filem-filem yang mempunyai adegan dirogol agar dia dapat memberikan 100% usaha dan dia juga berterima kasih kepada pengarah dan krew-krew filem yang memberikannya tunjuk ajar.

Mesti best cerita ini kan.

Al Fatihah: Bekas Presiden Afghanistan Kembali Ke Rahmatullah...

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan takziah buat ahli keluarga Rahmatullah Dr Burhanuddin Rabbani (gambar) selaku bekas Presiden Afghanistan. Berita pemergian Allahyarham Dr Burhanuddin sangat memeranjatkan generasi-generasi pejuang Islam. DPPM sangat merasakan kehilangan beliau seolah-olah dunia Islam telah kehilangan satu lagi pertama yang berharga.

Allahyarham adalah leader bagi sebuah jemaah Islam Pakistan yang dikenali sebagai Jamiat-e Islami Afghanistan (Islamic Society of Afghanistan). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua politik Negara Amerika dan Penerimaan Islam untuk keselamatan Afghanistan (UNIFSA). Pada tahun 1992, beliau menjadi ketua Jamiat-e Islami dan kemudian menjadi Presiden Afghanistan hingga akhirnya dijatuhkan oleh puak Taliban pada tahun 1996. Setelah itu beliau berpindah ke Faizabad yang terletak di bahagian utara, untuk memimpin kelompok anti-Taliban dengan bantuan dan sokongan kuat dari Iran dan Rusia.

Beliau kembali diangkat semula sebagai Presiden oleh PBB setelah jatuhnya Taliban. Namun setelah itu pada akhir 2001 beliau telah menyerahkan jawatannya kepada Hamid Karzai. Beliau juga merupakan ketua Barisan Kebangsaan Bersatu yang merupakan pembangkang politik terbesar terhadap kerajaan Hamid Karzai.

Justeru, Dewan Pemuda PAS mendoakan agar pemergian beliau ini mendapat pahala Syahid di sisi Allah. Sesungguhnya jasa beliau sangat besar dalam memastikan kesinambungan Islam di bumi Pakistan dan secara tidak lansungnya ke seluruh alam.

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ada Video: Ahmad Idham Tiada Niat Persenda Kalimah Syahadah, Apa Kata Tokoh Agama Ustaz Azhar Idrus Dalam Isu Filem Hantu Bonceng

Ahmad Idham Nadzri

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam sebuah adegan filem tersebut yang telah menjadi kontroversi.

Ahmad Idham berkata dialog yang dituturkan oleh Zizan Raja Lawak dalam adegan berkenaan yang dikatakan mempermainkan kalimah syahadah itu tidak langsung bertujuan untuk menghina seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.

"Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya," katanya selepas sidang media sempena penyampaian watikah kemasukannya ke program Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Utara Malaysia, yang diadakan di sini, Selasa.

Ahmad Idham diminta menjelaskan mengenai tuduhan pelbagai pihak yang mengutuk filem Hantu Bonceng kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".

Pihak yang mempertikaikan dialog ini mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu...Syaitan."

Bagaimanapun jelas Ahmad Idham, sekiranya adegan itu benar-benar terlalu sensitif, ia sudah awal-awal disunting oleh pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM).

"Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul seletlah filem itu habis ditayangkan di pawagam?

"Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Idham masih menunggu memorandum yang ingin dikeluarkan terhadapnya oleh individu yang mengakui mewakili Dewan Pemuda Pas.

Filem Hantu Bonceng yang ditayangkannya bermula 31 Ogos lalu mendapat kutipan RM8.4 juta dan ia merupakan pencapaian tertinggi untuk filem arahan Ahmad Idham.

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.

Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH"tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.