Pagi tadi, Persidangan Dewan Rakyat telah menyaksikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14. Perasmian pembukaan sidang Parlimen tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Bangunan Parlimen.
Menerusi Facebook Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh ini memuat naik foto beliau bersama beberapa orang lagi Ahli Parlimen yang turut hadir ke majlis tersebut termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto yang dimuat naik Teresa ternyata mendapat pelbagai komen daripada netizen kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial dan memakai topeng muka.