Panglima ATM Hari Ini Sangkal Dakwaan Manipulasi Undi Pos Yang Dibuat Oleh Bekas Anggotanya

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

NONEPanglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

ATM apolitikal

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

NONE"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi.

Speaker DUN Kedah Mohon Tangguh Keputusan Mahkamah Rayuan Isytihar DUN Kota Siputeh Tak Kosong Pulak Dah...

Mahkamah Rayuan hari ini meminda keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibuat pada 2009 dan mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Kota Siputeh di Kedah tidak kosong.

Berikutan penghakiman itu, kerusi berkenaan akan dikembalikan ke Abu Hassan Sharif.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh Hakim Datuk Ramly Ali bagi membatalkan keputusan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman sebelum ini.

Dua hakim lain yang bersidang bersama adalah Datuk Linton Albert dan Datuk Aziah Ali.

Speaker dewan undangan negeri Kedah Dr Abd Isa Ismail, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memohon keputusan ditangguhkan tetapi Hakim Ramly memintanya mengemukakan permohonan.

Imam Masjid Ladang Di Johor Dakwa Isu Khutbah Sengaja Ditimbulkan Demi Menghalalkan Pengantungannya...

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 mempertikaikan alasan yang diberikan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berhubung tindakan itu.

Hassan Md Said (bawah), 40, mengesyaki alasan berkenaan bacaan khutbahnya sengaja ditimbulkan untuk menghalalkan tindakan menggantungnya.

NONE"Mereka boleh kata (penggantungan) berkenaan khutbah, sedangkan semua orang kampung kata penggantungan saya disebabkan BERSIH.

"Lepas ini saya tak hairanlah kalau alasan lain keluar sama. (Contohnya) kata saya tidak datang mesyuaratlah," katanya sinis.

Penasihat MAIJ Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, penggantungan seorang iman baru-baru ini dibuat atas kesalahan tidak membaca teks khutbah yang disediakan majlis itu.

Tanpa menyebut nama Hassan, Noh berkata tindakan diambil terhadap imam tersebut "untuk mengundurkan diri dan ditarik balik pentauliahannya", lapor Sinar Harian hari ini.

Bekas mufti Johor itu juga dilaporkan berkata, tindakan terpaksa diambil kerana MAIJ telah beberapa kali menasihati dan memberikan banyak peluang tetapi kesalahan itu masih berulang.

'Saya bukan Mat Sabu'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan - imam utama Masjid Ladang - menafikan tidak membaca khutbah yang disediakan sebaliknya hanya "menyesuaikan" dengan masalah isu setempat di kampungnya.

"Khutbah ini kadang-kadang tidak semasa dan tidak sesuai dengan tempat. Kampung saya ini kampung nelayan. Masalah orang sini masalah akidah. Di sini muktazilah, Syiah, Wahabi semua ada. Khutbah saya kenalah menyentuh perkara ini," katanya.

azlanMenurutnya lagi, beliau sudah lebih sepuluh tahun mengambil tindakan itu tetapi tiada sebarang teguran dibuat oleh pihak majlis atau pegawainya di peringkat daerah yang dilantik.

"Kenapa sekarang baru isu khutbah ini muncul? Kenapa tidak dua tahun lalu. Betullah saya kata, majlis agama ini tidak profesionallah. Saya sekarang ini kalau dipecat pun saya redalah," katanya.

Ditanya sama ada beliau mengkritik kerajaan dalam khutbahnya, Hassan menafikannya dengan alasan "saya bukan (timbalan presiden PAS) Mat Sabu".

"Saya juga bukan hendak main politik atau hendak jatuhkan kerajaan. Cuma saya ini bukan macam imam-imam lain yang ikut saja, (mereka) bila orang datang hendak kena tabik," katanya.

Hassan - bapa kepada dua anak - itu digantung kerja tiga bulan sehingga 2 November atas alasan "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.

Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertainya, sebaliknya hanya menziarahi saudara dan melawat ibu negara.

Pengidap kencing manis serius itu percaya elaun bulanan RM750 terhadapnya juga dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit kencing manis serius itu hilang mata pencarian.

Bantuan kewangan kepada Hassan boleh disalurkan melalui akaun Maybank dengan nombor akaun 151548003632 (Hassan bin Md Said).

Video2 Hot: Pendedahan Berkaitan KERTAS UNDI Untuk Menang... Jom Terjah..


Tiga lagi anggota bekas tentera hari ini mengaku pernah memanipulasi kertas undi pos Pilihan Raya Umum (PRU) atas arahan pegawai atasan semasa tempoh perkhidmatan mereka.


Selain
pernah ditawarkan habuan, mereka mengaku telah diarahkan supaya memangkah beratus-ratus kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain yang sedang bertugas termasuk undi isteri.



Dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini, Mejar (B) Risman Mastor mendedahkan semasa PRU ke 6 tahun 1978, beliau yang ketika itu bertugas di sempadan Malaysia-Thailand telah menerima dua karung guni (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) yang berisi beratus-ratus undi pos.

Kemudiannya, beliau mendakwa pihak atasan telah mengeluarkan arahan supaya memangkah kertas tersebut kepada calon pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan terhadap anggota tentera pada ketika itu.

“Sebelum PRU6 seorang menteri wanita Umno-Barisan Nasional (BN) dalam ucapannya di Parlimen telah menganggap kami anggota tentera tidak berkelulusan tinggi untuk ditawarkan gaji yang sama seperti guru sekolah.

Guru anak emas, tentera anak tiri

“Kami cuba diketepikan sehinggakan wujudnya kain rentang ‘guru dianak emas, tentera dianaktirikan’,” katanya yang mahu membuktikan undi pos merupakan sistem yang amat mudah dimanipulasi oleh parti dan individu namun tidak meberi keuntungan mana-mana pihak sama ada BN mahupun pembangkang.

Sementara itu, Kamarul Zaman Ibrahim, 53, berkata semasa berkhidmat sebagai kerani di Markas Tentera 3 Divisyen Terendak, Melaka, beliau turut melakukan perbuatan sedemikian termasuk menandatangani borang pengesahan undi selama tiga hari iaitu sepanjang tempoh undi pos dijalankan.



“Tiga hari saya berpanas dalam sebuah bilik memangkah dan tandatangan nama anggota tentera yang bertugas daripada seluruh negeri sampai terpaksa sediakan tiga batang pen biru dan hitam dalam poket,” katanya yang mengaku tidak pernah berdaftar sebagai pengundi pos namun namanya wujud dalam sistem apabila disemak.

Namun beliau berkata tindakannya itu hanya sia-sia apabila hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

“Tentera berkorban jiwa raga untuk negara tetapi kami hanya diberikan tanah tiga kaki lebar, tujuh kaki panjang dan tujuh kaki dalam sahaja (saiz keluasan kubur),” katanya kesal.

Namun tidak bagi bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Kamil Omar, 49, yang pada mulanya diarahkan memangkah sekotak kertas undi pos semasa PRU tahun 1999 di Kem Butterworth.

Menceritakan pengalamannya, Mohd Kamil atau dikenali Komando Kamil yang keliru dengan arahan tersebut kemudiannya naik berang apabila pihak atasan menjanjikan habuan jika selesai melakukannya dalam tempoh setengah jam.

“Saya tahu itu salah dan tidak mahu bersubahat, ia seperti mengkhianati negara,” katanya.


Sementara itu, bekas anggota tentera yang pernah mengaku memanipulasi kertas undi pos semasa bertugas di Kem Sandakan, Sabah sebelum ini, Mohamed Nasir Ahmad, 50, berkata mereka tidak sedar perbuatan mereka ketika itu mampu membawa kesan serius, dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika berkhidmat sebagai kakitangan awam.

“Tentera ibarat ‘Yes Man’. Kalau kami lawan negara akan jadi huru-hara.
“Selepas wujudnya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) baru tersedar apa yang kami buat itu tak betul,” katanya.

Undi pos mudah dimanipulasi

Sementara itu Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan undi pos adalah sistem yang boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja termasuk pemantauan yang lemah oleh SPR.

“Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dengan yakin pernah berkata perkara sedemikian tidak wujud lagi di zaman pentadbirannya.

“Namun bagi saya ia tetap wujud dari dulu sampai sehinggalah sekarang terutamanya ketika Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang 2009,” katanya

Justeru kata beliau pihaknya akan terus mendesak kerajaan dan SPR dengan mendedahkan lagi beberapa penyelewengan dari semasa ke semasa sehinggalah pembaharuan sistem pilihan raya dilaksanakan sebelum PRU13. -FMT


Bekas tentera mengaku "tolong pangkah" undi

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.

Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.

Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.

"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.

"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.

Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.

Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.

"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.

"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.

Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.

"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan.

“Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?”

"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu.

Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri.

"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak.

"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau.

Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat. -Hd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.