Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Siapa 3 Lelaki Yang Telah Ditahan Di Bawah ISA??

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Polis hari ini menahan tiga orang lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara dan dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti kumpulan militan di luar negara.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata, dua lagi lelaki yang ditahan merupakan warganegara Malaysia.

Beliau berkata, warganegara Indonesia itu ialah Mustawan Ahbab, 34, seorang eksekutif pemasaran yang ditangkap di Bukit Indah, Ampang.

Katanya warganegara tempatan yang ditahan ialah Samsul Hamidi, 34, seorang kontraktor yang ditangkap di Temerloh Pahang, dan Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70, pengarah urusan sebuah syarikat yang ditangkap di Taman Melur, Ampang.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, katanya.

— Bernama

Siapa Pasang Kamera RAHSIA Jenama Fuji di Pejabat MB Selangor, Pakar Telah Dibawa Untuk Siasatan

SHAH ALAM, 11 Ogos — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu hari ini mendedahkan penemuan kamera ‘rahsia’ yang dipasang pihak tertentu di pejabatnya.

“Saya menemui kamera ini kira-kira 6 petang semalam dan saya tidak tahu berapa lama kamera ini diletakkan di pejabat saya,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Khalid berkata, beliau mengesan kamera jenama Fuji itu di belakang tirai di pejabatnya selepas ia mengeluarkan bunyi kerana lemah bateri.

Pakar telah dibawa untuk memeriksa kamera manakala rakaman CCTV sedang diteliti.

“Polis dialu-alukan untuk membuat siasatan tetapi saya akan membuat laporan polis hanya selepas kami menjalankan siasatan kami sendiri,” katanya.

Pejabat Menteri Besar terletak di Bangunan SUK.

Beliau dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

*****************************************************

Laporan MalaysiaKini


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

Projek Empangan Bakun: Faedah Saha Nak Kena Bayar 10 Juta Sebulan Mulai Tahun Depan, Operasi Tertangguh...

Projek Empangan Bakun yang menelan kos RM7.3 bilion sehingga akhir tahun ini, bakal menjurus kepada tanggungan faedah setinggi RM10 juta setiap bulan, oleh pemiliknya Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB), mulai tahun 2011.

Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion kepada projek ini sehingga kini.

Menurut laporan media bahasa Inggeris tempatan, jemputan lawatan media oleh SHSB pada minggu lalu, menyaksikan bagaimana projek ini telah disiapkan 96% sehingga April tahun ini. Keperluan teknikal telah dipenuhi, dan kini hanya menunggu lampu hijau daripada kerajaan negeri untuk memulakan operasinya.

Faedah setinggi RM10 juta setiap bulan

Menurut Managing Director SHSB Zulkifie Osman, syarikatnya sedang menunggu kelulusan kerajaan negeri untuk memulakan operasi menakung air. Operasi ini memerlukan tempoh tujuh bulan, sebelum ujian menjana elektrik dijalankan, agar memenuhi syarat minima operasi penjanaan elektrik.

SHSB terpaksa menanggung faedah setinggi RM10 juta setiap bulan mulai tahun depan, lantaran daripada penangguhan operasi penakungan air selama lima bulan dari apa yang dijadualkan sebelum ini. Oleh itu, Zulkifie berharap kerajaan negeri memberi kelulusan secepat mungkin agar kos projek empangan ini boleh dikurangkan.

Menurut Pengerusi SHSB Izzuddin Dali pula, kos pembangunan empangan adalah antara RM7.0 bilion hingga RM7.3 bilion (termasuk faedah dan pampasan) sehingga akhir tahun ini. Kos terus melonjak, memaksa agar operasi penakungan air dimulakan untuk mengurangkan kos yang ditanggung SHSB.

Di samping itu, SHSB sedang berunding untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement, PPA) dengan satu-satunya pembeli kuasa elektrik dari Projek Empangan Bakun, Sarawak Energy Bhd, dengan harapan agar ia dimeterai pada hujung tahun ini.

Projek mega zaman Mahathir

Mengikut rancangan Projek Empangan Bakun sebermulanya, penjana hidroelektrik ini akan meluluskan satu projek Kabel Penyaluran Dasar Laut yang bernilai RM10 bilion, untuk membekalkan kuasa elektrik kepada Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, projek ini terpaksa dimatikan.

Seterusnya, Sarawak Energy Berhad muncul sebagai satu-satunya pembeli kuasa elektrik dari Empangan Bakun. Malah, kuasa elektrik ini akan dijual pula kepada sebuah kilang peleburan aluminium di Sarawak, yang dimiliki oleh syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia, Rio Tinto.

Projek Empangan Bakun adalah projek penjana hidroelektrik mega yang diketengahkan oleh kerajaan Mahathir Mohamad pada tahun 1980-an, untuk memperbanyakkan sumber bekalan elektrik.

Projek Empangan Bakun diserah kepada Ekran Bhd, yang dikuasai tycoon terkemuka, Ting Pek Khing pada tahun 1994. Namun demikian, projek mega ini terpaksa diketepikan berikutan kemelut ekonomi pada tahun 1997.

SHSB mengambil alih projek ini pada tahun 2000, dan kemudian projek ini ditenderkan. Malaysia China Hydro Joint Venture (MCHJV) yang ditunjangi Sime Darby Bhd berjaya memperolehi projek ini dengan harga tender RM1.8 bilion pada Oktober 2002.

Mengikut jadual asal, projek ini harus disiapkan pada akhir tahun 2007. Tetapi, penundaan berlaku sehingga ia disiapkan hanya pada tahun ini. Menurut kontraktor (Sime Darby), penundaan ini berlaku kerana laporan kajian tanah yang dibekalkan oleh SHSB tidak jitu.

Lebihan kos ditanggung kerajaan?

Menurut media tempatan yang memetik daripada sumber yang tidak diketahui, Sime Darby menuntut kos lebihan lantaran penundaan projek sebanyak RM780 juta daripada kerajaan. Namun demikian, beberapa faktor menyebabkan angka kos ini terus melonjak, menjurus kepada anggaran kerugian Sime Darby setinggi RM450 juta pada tahun kewangan 2010.

Sebagaimana yang diketahui, Sime Darby berniat menuntut kos lebihan sebanyak RM700 juta daripada kerajaan, malah meminta agar kerajaan mengecualikan pampasan yang harus dibayar kepada pemilik empangan berikutan penundaan. Lebihan kos ini telah melonjakkan kos pembinaan empangan dari RM1.8 bilion pada asalnya kepada RM3.2 bilion, yang belum merangkumi kos projek elektrik dan mekanik.

Seandainya dihitung secara terperinci, maka kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby lantaran daripada Empangan Bakun boleh mencecah RM1 bilion. Namun, Sime Darby menuntut pampasan sebanyak RM700 juta daripada kerajaan, dan ditambah pula dengan permintaan untuk mengecualikan pampasan, maka kerugian dijangka akan dikurangkan kepada kira-kira RM300 juta.

*Neo Chee Hua

Sultan Johor Murka - Dalang Pasang Kain Rentang Provokatif Dah Dapat, Kedai Cetak Pun Dah Tahu


Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 11 Ogos - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-Barisan Nasional.

Jui Meng juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Bahru.

"Nama bekas Menteri Besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke Istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," kata bekas Menteri Kesihatan itu kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Beliau menegaskan tindakan pihak tertentu memasang kain rentang provokasi disepanjang laluan perjalanan Sultan Johor dalam program siri jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan percubaan untuk dan melaga-lagakan KEADILAN dengan pihak istana.
Beliau berharap pihak polis segera menjalankan siasatan yang mendalam dan mendakwa dalang dibelakang perbuatan tersebut.

Sehubungan itu KEADILAN Johor bersetuju dan menyokong pandangan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengingatkan rakyat di negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan tindakan yang disifatkan sebagai boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat.

"Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha untuk mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang wujud dalam negara kita. Kita akan mempertahankan Institusi DiRaja daripada mana-mana pihak termasuk parti politik dalam agenda untuk mengheret Istana ke dalam persaingan politik kepartian," tegas beliau.

Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar.
Beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal.

Beliau berpendapat tindakan bodoh itu adalah usaha untuk menjadikan orang Melayu pekak, buta dan menjadi hamba kepada Umno selama-lamanya.
Tambah Jui Meng Umno-BN Johor kini terdesak disebabkan oleh gelombang perubahan yang dituntut oleh rakyat Malaysia umumnya, khususnya rakyat Johor.

"Angin perubahan ini tetap akan sampai dalam pilihan raya umum kelak. Yang jelas, Umno dan Barisan Nasional sekarang ini sedang menggigil ketakutan," kata beliau.


Add Comments

Posted Date : 2010-08-11 14:50:37
by Lt Kol (B) Hamid Awang

Saya anak Johor dan pernah satu ketika dulu berkecimpung dalam politik UMNO. Saya amat memahami latar belakang politik di Johor dan memang tidak dinafikan ada MB Johor yang bersalutkan buku ayam tetapi berperangai seperti musang liar. Lihat sahajalah betapa banyak kawasan penempatan Melayu Johor yang tergadai termasuklah kawasan Wadihana yang satu ketika dulu terkenal tempat Tok Sheikh Arab termasuk lah pemikir utama Syed Najib yang kini sudah hilang daripada liputan sejarah di Johor. UMNO memang tenat dan provokasi murahan seperti ini hanya mengundang padah kepada kepimpinan UMNO Johor.

Gambar Terkini Kematian Bekas ADUN Dan Pembantu.. Anda Tentu Boleh Buat Kesimpulan Siapa Bunuh Siapa Dan Siapa Yang Bunuh Diri?






Saya menerima komen2 para pembaca yang budiman, oleh itu gambar2 sudah dibuang


Semua gambar-gambar berikut telah dikirimkan oleh Amiliza Rozza Che Rosli.




Kematian misteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan di kepala, minggu lalu, diklasifikasikan sebagai bunuh dan bunuh diri.

Sehubungan itu, polis menyifatkan siasatan kes itu selesai dan sedang mengemas kini kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata keputusan itu dibuat selepas polis menyoal siasat lebih 15 orang, termasuk saksi dan ahli keluarga kedua-dua mangsa.

Hasil siasatan dan keterangan saksi menjurus kepada bunuh dan bunuh diri. Berikutan itu, kita anggap siasatan kes itu selesai, katanya tanpa enggan mengulas siapa yang melakukan pembunuhan dan siapa yang membunuh diri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Perasmian Sistem Anti-Hijack di sini, semalam.

Mayat Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui di tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina milik wanita itu selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, 3 Ogos lalu.

Abdul Aziz yang memandu kereta itu ditemui dengan satu kesan tembakan di bahagian kanan kepala, manakala Siti Rohana ada dua kesan tembakan iaitu di rusuk dan kepala bahagian kanan. Polis turut menemui sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru kepunyaan Abdul Aziz di celah tempat duduk pemandu.

Abdul Aziz adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian Tanjung Karang manakala Siti Rohana adalah Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu. Ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan ke Tanjong Karang untuk menghadiri satu program rasmi Umno.

Ditanya motif pembunuhan dan bunuh diri itu, Khalid menjawab: Polis sudah mengenal pasti motif kejadian itu, namun tidak menjadi keperluan untuk dihebahkan kepada umum kerana ia hanya membabitkan kedua-dua mangsa.

Tiada suspek atau individu mahupun orang ketiga terbabit dalam kejadian itu.

Berikutan itu, Khalid meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai kes berkenaan.

Beliau berkata, kertas siasatan itu akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat, untuk memutuskan tindakan susulan.

Siapa Punya Angkara: Kain Rentang Penyebab Raja Murka


Dah habis akal dah puak-puak Umno-BN untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengheret pihak istana untuk kepentingan politik murahan mereka. Walaupun dengan cara kotor sekali pun, Umno-BN tetap dengan pendiriannya untuk meraih sokongan rakyat yang sudah mula membenci mereka.

Segala macam provokasi dan propaganda telah dimainkan Umno-BN bagi menggambarkan Pakatan Rakyat ingin meruntuhkan negara ini. Padahal itu semua taktik sama yang dimainkan semula oleh Umno-BN untuk meraih sokongan orang Melayu terhadap mereka.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memberi amaran keras kepada UMNO negeri supaya tidak bertindak luar batasan dengan menyentuh sensitiviti rakyat Johor sehingga menyebabkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, murka.

Amaran itu dikeluarkan selepas Pakatan Rakyat (PR) menemui beberapa kain rentang yang tertera gambar Tuanku di bahagian kiri bawah bersama gambar Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PR mendakwa, kain rentang yang tertera ‘PKR Johor Menyokong penuh Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan calon MB (Menteri Besar) Johor’, dilakukan UMNO.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat AMK negeri di Balai Polis Gelang Patah, kelmarin, bagi mendesak polis melakukan siasatan terperinci berhubung penyebaran poster yang dianggap sebagai mencemarkan imej PR.

Ketuanya, Zabidie Abas berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gelang Patah sebagai langkah susulan berhubung penemuan kain rentang di beberapa daerah antaranya di Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

“Ayat yang tertera di kain rentang itu jelas berunsur perkauman yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat terutama rakyat Johor. Jadi di sini kami nafikan penyebaran kain rentang itu dilakukan PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau berharap individu atau syarikat yang menerbit dan mencetak kain rentang itu patut dikenakan tindakan sewajarnya.

“Ini adalah satu tindakan di luar batasan kerana DYMM Sultan Johor telah murka,” katanya.

Terdahulu, Jui Meng mengulas penemuan beberapa poster di sekitar Johor yang meletakkan gambar Jui Meng bersama DYMM Sultan Johor yang mahukan beliau menjadi Menteri Besar Johor didakwanya sebagai ‘kerja’ orang-orang UMNO.

“UMNO tidak tahu undang-undang Johor ke? Untuk jadi Menteri Besar Johor mesti orang Melayu dan Islam, mereka sengaja mahukan DYMM Sultan Johor murka kepada kami,” katanya.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.