Siapa Punya Angkara: Kain Rentang Penyebab Raja Murka


Dah habis akal dah puak-puak Umno-BN untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengheret pihak istana untuk kepentingan politik murahan mereka. Walaupun dengan cara kotor sekali pun, Umno-BN tetap dengan pendiriannya untuk meraih sokongan rakyat yang sudah mula membenci mereka.

Segala macam provokasi dan propaganda telah dimainkan Umno-BN bagi menggambarkan Pakatan Rakyat ingin meruntuhkan negara ini. Padahal itu semua taktik sama yang dimainkan semula oleh Umno-BN untuk meraih sokongan orang Melayu terhadap mereka.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memberi amaran keras kepada UMNO negeri supaya tidak bertindak luar batasan dengan menyentuh sensitiviti rakyat Johor sehingga menyebabkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, murka.

Amaran itu dikeluarkan selepas Pakatan Rakyat (PR) menemui beberapa kain rentang yang tertera gambar Tuanku di bahagian kiri bawah bersama gambar Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PR mendakwa, kain rentang yang tertera ‘PKR Johor Menyokong penuh Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan calon MB (Menteri Besar) Johor’, dilakukan UMNO.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat AMK negeri di Balai Polis Gelang Patah, kelmarin, bagi mendesak polis melakukan siasatan terperinci berhubung penyebaran poster yang dianggap sebagai mencemarkan imej PR.

Ketuanya, Zabidie Abas berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gelang Patah sebagai langkah susulan berhubung penemuan kain rentang di beberapa daerah antaranya di Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

“Ayat yang tertera di kain rentang itu jelas berunsur perkauman yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat terutama rakyat Johor. Jadi di sini kami nafikan penyebaran kain rentang itu dilakukan PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau berharap individu atau syarikat yang menerbit dan mencetak kain rentang itu patut dikenakan tindakan sewajarnya.

“Ini adalah satu tindakan di luar batasan kerana DYMM Sultan Johor telah murka,” katanya.

Terdahulu, Jui Meng mengulas penemuan beberapa poster di sekitar Johor yang meletakkan gambar Jui Meng bersama DYMM Sultan Johor yang mahukan beliau menjadi Menteri Besar Johor didakwanya sebagai ‘kerja’ orang-orang UMNO.

“UMNO tidak tahu undang-undang Johor ke? Untuk jadi Menteri Besar Johor mesti orang Melayu dan Islam, mereka sengaja mahukan DYMM Sultan Johor murka kepada kami,” katanya.

-SH

4 comments:

  1. apa dikira murkanya raja, rakyat pun punya hak dalam negara...... tanpa rakyat siapalah mereka???? pkr jangan layan dan buang masa dengan mambuat lapuran pasal banner remeh camni, diam kan jer, biarkan mereka gila babi dengan perbuatan mereka sendiri. buat lapuran pon tak ada tindakan, serupa tu jugak la.... polis bukan berani nak ambil tindakan atau siasat kalau kes melibatkan parti sial yang mereka sendiri sokong dan menjadi pembelanya!!!!

    ReplyDelete
  2. SEBAGAI TANDA PROTES SPERTI YANG DIAJAR OLEH YB IR.NIZAR JOM PAKAT RAMAI-RAMAI KITA GULING-GULING DEPAN KENDERAAN DIRAJA JOMMMM.HEI JANGAN MAIN-MAIN NI CONTOH TERBAIK DARI MANTAN MB PERAK TAU.

    ReplyDelete
  3. Raja atas dunia jer... boleh lah murka sana sini... sesekali tu muhasabah lah diri.... jangan nanti mati dihina dan diumpat keji oleh RAKYAT. INGAT.. Salah satu golongan yang akan masuk keneraka tanpa hisab ialah PEMERITAH/RAJA yang zalim...

    ReplyDelete
  4. Biarkan raja dengan murkanya... murka tanpa kuasa... murka sebagai boneka...
    Biarkan UMNO dengat fitnah perkaumannnya...
    Parti Sial yang hilang akal setelah dipinggirkan dan ditolak rakyat... aku dulu pun sokong UMNO juga... keluarga aku pun semua sokong UMNO... tapi sekarang tidak lagi... aku menyampah sangat kat UMNO ni... sanggup lagi aku pangkah DAP kalau kalau PAS atau PKR tak bertanding di kawasan aku...
    Harapanku... PRU 13 nanti... UMNO mampus terus dari bumi Malaysia ini....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.