Spekulasi Nota Terakhir Semakin Menjadi Misteri... Kanapa Sekarang Baru Nak Didedah?

Spekulasi berhubung nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh Beng Hock yang merupakan 'bukti terakhir' yang muncul awal bulan lalu, kini meninggalkan pelbagai tandatanya.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang juga merupakan majikan kepada bekas pembantu politik itu dakwaan nota itu wujud seawal bulan lalu tetapi hanya disahkan oleh pejabat peguam negara semalam menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan.

"Kenapa berita tersebut keluar daripada pihak Umno secara tiba-tiba, (iaitu) melalui blog dan Utusan (Malaysia) dan bukannya daripada pejabat peguam negara atau daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?" soalnya.

Kandungan dokumen tersebut yang pertama kali dilaporkan oleh Utusan Malaysia susulan daripada satu sidang akhbar oleh sebuah NGO - Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Pada 24 Julai lalu, dilaporkan JMM menuduh dengan kewujudan 'surat penting' tersebut membuktikan bahawa Teoh - yang berumur 30 tahun ditemui terbunuh selepas menjalani soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 tahun lalu - adalah disebabkan tekanan yang kuat.

Ketika dihubungi, setiausaha agung JMM Tengku Amaluddin Sani berkata kumpulan itu difahamkan mengenai kewujudan dokumen tersebut "tiga atau empat hari" sebelum ia dilapor oleh media.

"Ia adalah satu perkara yang baik, untuk dijadikan sebagai bahan bukti (dalam inkues). Sekiranya dokumen itu benar, maka ia sesuai (dikemukakan) dalam mahkamah," katanya.

Blog pro-Umno memfokuskan banyak perbincangan mengenai dokumen tersebut dan menuduh peguam Tan Hock Chuan - yang mewakili kerajaan persekutuan - 'menyembunyikan bukti berkenaan.

Bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Nor pula meminta polis dan SPRM supaya menyiasat nota itu.

“Saya percaya Ezam juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu,” kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan.

Dokumen yang dpercayai 'nota terakhir' itu dijumpai dua bulan selepas kematian Teoh dan sepatutnya dikemukakan di mahkamah koroner semalam, tetapi ia dicabar oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Menurut Gobind, ia bercanggah dengan peraturan kerana dokumen itu telah disimpan sehingga pada pagi semalam.

1 comments:

  1. KENAPA SEKARANG BARU NAK DEDAH???? biassa lah tu di malaysia dibawah pemimpin taghut dan zalim... itu semua dah ada skrip dah... tah mana punya pakar tiru tulisan yang diupah... itu sume boleh buat...duit rakyat banyak boleh bayar juta2, lepas tu hantar forensik, nak tunjuk telus lah kunun.. tapi itu pun dah ada skrip bang... boleh bayar jugak, duit rakyat masih banyak lagi pun rakyat masih tidor lagi especially orang melayu...
    Jom sekelian hamba rakyat yang telah sedar diri teraniaya, mari kita beramai-ramai berdoa agar Allah melindungi kita dan ahli kita dari fitnah ini dan semoga Allah tunjukkan kebenaran... Insyaallah yang jahat akan dihukum...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.