Gambar2 Terkini: Sekitar Kempen Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak Di Kerinchi - Dua Ditahan


Pemilik kereta tersebut sedang memberi penjelasan kepada pihak media....

Polis memantau dari jauh, menunggu masa sekiranya ada aksi yang MENGANCAM!!!


Polis mula meluru apabila Saudari Kogi dari JERIT berucap...saya dah beri amaran pada dia...
"bila you cakap mesti polis akan dapat vibrationnya"...

Tuan Haji Nahar SUA JIM menyampaikan kata-kata di sidang media,
"mengapa kerajaan harus mengambil 5 sen dari wang rakyat????"


Sidang Media mengenai "Kempen SELAMATKAN RAKYAT!!!"







KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Dua lelaki tempatan yang ditahan di Kampung Kerinchi di sini ketika menyertai kempen Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) petang semalam telah dibebaskan lewat malam tadi.

Dua lelaki yang berumur 33 dan 29 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira 10.30 malam selepas polis mengambil keterangan mereka, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Menurut Setiausaha Protes, Aiman Athirah al-Jundi dua orang yang ditahan itu terdiri daripada Tah Moon Hui iaitu penyelaras Suaram dan Rozan Azen Mat Rasip yang merupakan Ketua Cabang Angkatan Muda Keadilan Batu.

Wan Abdul Bari dipetik Bernama berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan kerana enggan menyerahkan kad pengenalan apabila diminta berbuat demikian dan mereka juga enggan memberikan kerjasama sewaktu ditanya mengenai sebuah kereta di mana mereka berdua dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika berada berhampiran dengan kenderaan itu sewaktu protes itu.

“Mengikut undang-undang, adalah menjadi satu kesalahan kepada orang awam yang enggan memberikan kerjasama ketika ditanya oleh pihak berkuasa seperti anggota polis yang beruniform,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya kedua-dua lelaki itu dan kereta terbabit dibawa ke balai untuk di siasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis menjalankan tugas mereka dan Seksyen 24 Kanun Prosedur Jenayah.

Sebelum episod penahanan dua lelaki itu, beliau berkata polis menerima maklumat berhubung satu protes oleh badan bukan kerajaan di Kampung Kerinchi bagi membantah kenaikan harga barangan keperluan awam.

Wan Abdul Bari berkata polis telah memberikan amaran supaya bersurai kerana protes terbabit tidak mendapat permit.

Protes melancarkan kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini.


Gambar Ummu Asiah /Berita TMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.