Allahu Rabbi:(Gambar) Lelaki Ini Mangsa Keempat Keracunan Makanan Hadiri Kenduri Meninggal Dunia.. Al Fatihah..


Ahli keluarga mangsa yang menunggu di luar ICU HSAH semalam sebelum dimaklumkan 
mangsa meninggal dunia jam 7.15 malam tadi.

SUNGAI PETANI - Seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu.

Mangsa, seorang nelayan, Wan Razali Wan Yaacob, 56, dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya.

ROS Belum Beri Status Pendaftaran 15 Parti Politik Baharu, PR Dah Pohon 4 Tahun - Laporan Audit.. Jom Terjah!!

Laporan Audit Negara: PDRM hilang gari, pistol dan kenderaan RM1.33 juta

KUALA LUMPUR: Lima belas permohonan parti politik masih belum diberi keputusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dari tempoh 2010 hingga 2012.

Ini antara penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara Persekutuan 2012 yang mendapati 12 permohonan belum diberi keputusan disebabkan maklum balas dariapada bahagian Hal Ehwal Pendaftaran Negara dan Pertubuhan oleh Kementerian Dalam Negeri belum diterima.

Terbaru!! Jangkaan Menteri BesarKu Menang Perebutan Jawatan Naib Presiden Umno Cerah, Tapi Setiausaha Agung Umno Nie.. Jom Terjah!!


Penyertaan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno tidak sudah-sudah mengundang kontroversi. Daripada disyaratkan meminta nasihat Presiden Umno terlebih dahulu, kemudian penyertaannya dikatakan tidak mendapat restu berikutan Najib mahu penyandang sedia ada dikekalkan dan terbaru ini, beliau dikatakan merupakan ancaman kepada kedudukan Najib pula.
Namun di sebalik semua itu, mood dan trend perwakilan Umno menjelang pemilihan 19 Oktober depan terlihat semakin mengukuh terhadapnya. Kedudukan sebagai anak Mahathir, kejayaan Barisan Nasional menawan semula Kedah dan imejnya sebagai antara pemimpin muda yang baik dan berwibawa adalah antara faktor penyumbang ke arah itu.
Ini menjadikan, meskipun tarikh pemilihan ada kira-kira tiga minggu lagi tetapi ramai menjangkakan beliau tidak menghadapi banyak masalah untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi naib presiden itu.

Hangat!! PDRM Hilang 156 Gari, 44 Unit Senjata Api Dan dan 29 Buah Kenderaan - Laporan Audit Negara 2012, Jom Terjah!!!

Laporan Audit Negara: PDRM hilang gari, pistol dan kenderaan RM1.33 juta

Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.

Dalam tempoh itu, PDRM kehilangan 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan.

Laporan audit itu juga mendapati kelemahan dalam pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga ibu pejabat polis kontinjen yang disemak di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Tribute Buat Ustaz Azizan!!! Kasih Sayang Merentasi Sempadan: Hanya Jauhari Mengenal Manikam..." Jom Terjah!!!


Hampa nak baca kena beli harakah... nanti minggu depan kita siarkan setelah kebenaran oleh penulis diperolehi... terima kasih

Sekadar berkongsi sesama manusia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.