ROS Belum Beri Status Pendaftaran 15 Parti Politik Baharu, PR Dah Pohon 4 Tahun - Laporan Audit.. Jom Terjah!!

Laporan Audit Negara: PDRM hilang gari, pistol dan kenderaan RM1.33 juta

KUALA LUMPUR: Lima belas permohonan parti politik masih belum diberi keputusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dari tempoh 2010 hingga 2012.

Ini antara penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara Persekutuan 2012 yang mendapati 12 permohonan belum diberi keputusan disebabkan maklum balas dariapada bahagian Hal Ehwal Pendaftaran Negara dan Pertubuhan oleh Kementerian Dalam Negeri belum diterima.

ROS juga tidak dapat membuat keputusan terhadap tiga parti politik yang lain, iaitu Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Cinta Sabah kerana tiada surat berkaitan dikemukakan.

Sementara itu, permohonan Pakatan Rakyat yang telah masuk tahun keempat masih lagi tidak diberikan kelulusan.

Menurut laporan media yang memetik kata-kata  Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, pada awal bulan lepas,  permohonan parti  itu tidak dapat diproses kerana pakatan itu tidak mengemas kini maklumat Jawatankuasa Bertindak Sementara (Protem).

Audit ini juga berpendapat bahawa pengurusan permohonan pertubuhan parti politik adalah kurang memuaskan disebabkan kelewatan menerima maklum balas kelulusan khas dari pihak ketiga.

Antara cadangan laporan itu kepada ROS adalah supaya ia membuat keputusan status permohonan dan meluluskan permohonan pendaftaran pertubuhan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.