Allahu Rabbi:(Gambar) Lelaki Ini Mangsa Keempat Keracunan Makanan Hadiri Kenduri Meninggal Dunia.. Al Fatihah..


Ahli keluarga mangsa yang menunggu di luar ICU HSAH semalam sebelum dimaklumkan 
mangsa meninggal dunia jam 7.15 malam tadi.

SUNGAI PETANI - Seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu.

Mangsa, seorang nelayan, Wan Razali Wan Yaacob, 56, dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya.



Adik mangsa, Roslinda Ibrahim, 35, berkata, pada mulanya keluarga menjangkakan ia hanya sakit perut biasa dan tidak menyangka akan membawa mudarat.

“Abang dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad setelah mendapati keadaannya yang agak serius, ketika itu kami belum tahu dia sakit akibat dari makanan itu kerana belum ramai yang dikesan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya,  keadaan mangsa semakin teruk apabila dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

“Ketika itu doktor mengesahkan organ dalaman termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru sudah mengalami kesan akibat jangkitan bakteria yang merebak dengan cepat,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, keluarga dimaklumkan doktor bahawa keadaan jantung mangsa semakin lemah dan tekanan darah pula tidak stabil sehinggalah Wan Razali disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi.

Roslinda berkata, abangnya turut mempunyai majlis kenduri di lokasi lain pada hari kejadian menyebabkan dia agak terlewat ke rumah kawannya itu di Kampung Huma pada lewat petang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.