Sedarlah Wahai Saudara/i Ku.. Inilah Cara Basuh Kemaluan Dengan Betul Sesudah Membuang Air Kecil...


Bagaimana Mencuci Kemaluan Dengan Betul?

Lelaki :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Wanita :
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.



Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau tak betul, jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dan suci.


SUMBER

Panas!!! Gambar2 Sekitar Demostrasi Di Depan Pintu Masuk Wisma Darul Aman Demi Tuntutan Mahasiswa Kepada MB Ku... Kenapa??








gambar2: ihsan FB Azman Ahmad


Kira-kira 50 mahasiswa termasuk yang turun dari Lembah Klang dan sekitar utara berhimpun di hadapan Wisma Darul Aman kira-kira pukul 2 petang hari ini.
Himpunan yang dianjur gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu diberitakan untuk menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menarik balik kenyataannya yang disifatkan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Sebelum itu, kumpulan mahasiswa terbabit dikhabarkan turut mengadakan pentas ‘Speaker Corner’ di hadapan pintu pagar utama Kolej Universiti Insaniah kira-kira 10.30 pagi tadi.
Dalam pentas pidato, kumpulan mahasiswa berkenaan menampilkan beberapa pemidato yang turut menyatakan tuntutan himpunan hari ini.
Dua tuntutan
Prof Datuk Dr Jamil Osman
“Fokus utama himpunan ini adalah mendesak pemecatan Rektor KUIN dan gesa MB isytihar KEDAH BEBAS AUKU.
“Kami juga akan membongkarkan siapakah gerangan sebenar Rektor KUIN, Prof Datuk Jamil Osman.”, ujar pemidato pertama, Remi Ismail daripada Legasi Mahasiswa Utara.
Manakala pemidato kedua, Mohd Syahid Mohd Zaini pula menyatakan, “Mahasiswa mempunyai hak kebebasan bersuara dan KUIN tidak sepatutnya menggunakan AUKU yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat.
“Saya juga tuntut pihak media tidak berat sebelah dalam mengulas sebarang isu.”, tegasnya yang juga Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional.

Bergambar!! Pramugari Ini Seorang Ibu Tunggal Sering Ditiduri Makhluk Berbulu Hitam Pekat... Apa Sebenarnya Terjadi???

TINGKAP di bilik utama dipercayai menjadi laluan masuk hantu raya ke dalam rumah Keena.



CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. 

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.


SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.


“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf. 

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

KEENA bukan sahaja menderita disihir bahkan rumahnya diganggu hantu raya.


Disetubuhi

“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. 

Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

SHAMSURI membaca ayat rukyah ketika proses menghalau makhluk halus itu.


Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti. 

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri. 

-Kosmo

Kuasa Allah: Lelaki Ini Dua Bulan Tertimbus Dalam Salji Ditemui Masih Hidup

STOCKHOLM 19 Feb. - Seorang lelaki semalam ditemui masih hidup selepas terkandas di dalam keretanya yang tertimbus salji di berhampiran sebatang jalan di kawasan hutan utara Sweden sejak dua bulan lalu tanpa makanan.

Anggota polis negeri Vaesterbotten, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai penemuan lelaki terbabit di kawasan kejadian yang terletak lebih 1.5 kilometer dari jalan utama berdekatan pekan Umeaa.

"Seorang lelaki yang menaiki skuter salji ternampak bahagian atap kereta mangsa dan bertindak menghubungi pihak polis selepas mendapati ada orang yang terperangkap di dalam kenderaan terbabit.

"Lelaki yang berusia sekitar 40-an itu berada dalam keadaan yang sangat lemah, kelaparan dan tidak mampu bergerak serta bercakap ketika diselamatkan pasukan penyelamat dan perubatan," katanya.

- AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.