PKR Berdepan Risiko Dibatalkan Pendaftaran Jika Anwar Tanding Presiden... Jom Terjah

Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan risiko dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden, kata peguam, Edmund Bon pada Isnin.
Menurut Bon, mana-mana individu tidak boleh bertanding untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti jika individu tersebut disabitkan atas suatu kesalahan.
"Anwar tidak perlu bertanding. Oleh itu, apabila mereka menghantar namanya sebagai presiden parti kepada ROS, ia mungkin membawa kepada pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti," kata Bon.

Tanda Tanya!!! 48 Ahli Keluarga Penumpang #MH370 Di Bawa Ke Lokasi Rahsia, Kenapa? Jom Terjah!!!


SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Takziah!!! Aktivis Hak Asasi Irene Fernandez Meninggal Dunia..

Aktivis hak asasi Irene Fernandez meninggal dunia hari ini meninggal dunia hari ini selepas menjalani rawatan akibat komplikasi jantung.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Fernandez meninggal dunia pada jam 10.15 pagi.

Terkini!!! Kadar Tertinggi Tol Bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang Ialah RM70.10, Ini Kadar Bagi Kereta, Jom Terjah!!!

Jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah mula dibuka kepada umum pada 2 Mac lalu
Kutipan tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam akan mula dibuat bermula 1 April ini.

Kadar tol yang dikenakan bermula dari RM1.70 hingga RM70.10.

CUN & CUTE!!! Gambar2 Isteri Perdana Menteri Ku Hari Ini... Jom Terjah!!!



PELIK!!! Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini? Ada Sesuatu Yang Tersembunyi.. Jom Terjah!!!

Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel. 

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.

Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Gempar!!! Kesimpulan #MH370 Telah "Berakhir Di Lautan Hindi" Oleh PM Haji Najib Terima Penafian... Jom Terjah!!


Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan dikalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

GEMPAR!!! Sebuah Pesawat Pengangkut Milik Tentera Udara Yang Baru Dibeli Terhempas.. Jom Terjah!!!


Sebuah pesawat pengangkut milik Tentera Udara India (IAF)yang baru dibeli, C-130J terhempas 72 batu di lapangan udara pangkalan Gwailor pagi semalam dimana mengakibatkan lima anggota dalam penerbangan itu terkorban.
Bagaimanapun, IAF belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai jumlah anggota dalam pesawat itu yang sedang melakukan misi penerbangan latihan rutin.

BERAPI!!! Pengerusi DAP, Karpal Singh Letak Jawatan.. Jom Terjah!!!


Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.

Pengerusi DAP, Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi parti itu susulan daripada  dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.

BIADAP: IKHWAN 529 - (Gambar2) Kedutaan Mesir Enggan Terima Memorandum.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR – PR bersama 56 NGO kesal apabila pihak Kedutaan Besar Mesir enggan menerima memorandum bantahan yang diserahkan, semalam.

Memorandum tersebut adalah bantahan berhubung tindakan mahkamah negara itu, menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi.

Penganjur himpunan tersebut, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan pihak kedutaan itu amat dikesali kerana ia seolah-olah menafikan suara rakyat Malaysia yang membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

BERAPI!!! Anak Pilot #MH370 Tidak Percaya Dengan Kenyataan PM Najib Bahawa Pesawat Malang Berakhir Di Selatan Lautan Hindi.. Jom Terjah!!!


Foto
AHMAD Seth bersama kakak, Aishah (kiri) serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan.


Subang Jaya: “Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup,” demikian luahan anak bongsu juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Ahmad Seth Zahari, 26, berkata, dia tidak terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang.

LIVE: HIMPUNAN REFORMASI 2.0 - DSAI sedang menyampaikan ucapan





Pulak Dah!!! (Video) Raja Bomoh Dakwa Pernah Beri Khidmat "JAGA" DS Dr Wan Azizah Untuk Anwar Ibrahim.. Jom Terjah!!!

Wan Azizah


Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin jelas kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengkritiknya seolah-olah tidak pernah kenal dengannya.

Menurut pengamal perubatan tradisional itu, Anwar pernah memintanya agar menjaga Wan Azizah Ismail sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya.


Allahu Akbar!!! Demi Mendidik Anak-Anak, Pasangan Malaysia Di Sweden Dihukum Penjara.. Ini Kronologinya, Jom Terjah!!!


PETALING JAYA: Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat.



Mahkamah juga menetapkan bahawa pasangan itu perlu membayar ganti rugi terhadap anak-anak mereka.

Allahu Rabbi!!! Tun Musa Hitam Dedah Perihal Tun Mahathir Selepas 30 Tahun Peristiwa Ini Berlalu, Video Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!


Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014. Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Bongkar!!! (Gambar) Derita Isteri Seorang VIP Didedah.. Jom Terjah!!!




AYER KEROH - Menjadi isteri orang kenamaan atau VIP tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu dihadapi seorang wanita di sini apabila kini berdepan trauma selepas didera secara mental oleh lelaki yang dikahwini sejak 14 tahun lalu.

Malah, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 37, turut memberitahu, dia sering dimaki hamun oleh suaminya yang berstatus Datuk  berusia 63 tahun itu.

Al-Fatihah!! Jenazah Pelawak Terkenal, Datuk Ali Mamak Akan Dikebumikan Sebelum Zohor.. Takziah Buat Keluarga


SHAH ALAM - Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

SERABUT!!! (Video & Gambar) Firasat Tok Bomoh VIP #MH370 Jatuh Di Lautan Hindi.. Ini 'RITUAL" Terbaru.. Jom Terjah!!!


Walaupun dikecam hebat, dan di kritik kerana mengamalkan syirik, khurafat dan tahyul oleh sebilangan besar masyarakat dunia namun individu yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP , Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ‘ritual’  dengan caranya yang tersendiri kononnya bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.

PELIK!!! Tun M Masih Berminat Menjadi Perdana Menteri, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!

Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.
Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.
"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

GEMPAR & MENAKUTKAN!!! Enjin Pesawat Malindo Air Terbakar Di Ketinggian 7,000 Kaki Selepas Berlepas.. Jom Terjah!!!

Gambar yang diambil seorang penumpang Malindo Air menunjukkan salah satu enjin pesawat terbakar dalam satu insiden pada Rabu.
KUALA TERENGGANU: Seorang penumpang pesawat Malindo Air yang sebuah enjinnya terbakar ketika dalam penerbangan dari Subang ke sini Rabu, berkata beliau terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di bahagian itu. 
"Saya hanya mampu berdoa agar tiada perkara buruk menimpa kami," kata Mohd Fazi Subri, pemain tengah pasukan bola sepak Terengganu, iaitu antara 53 penumpang penerbangan itu.   

Terkini!!! Benarkah Kassim Ahmad Ditahan JAWI? Jom Terjah!!




Kassim Ahmad Ditahan JAWI - Cendiakawan kontroversi 'anti hadis', Dr Kassim Ahmad ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang tadi... di kediamannya di Kelab Golf Kulim, Kedah.

PILUNYA!! Gurauan Pilot #MH370 Kepada Rakan Baiknya Di Tanah Perkuburan.. Jom Terjah!!!


Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

Allahu Rabbi!! Inilah Antara Wajah Wira-Wira Pejuang Islam Yang Dijatuhkan Hukuman Mati Oleh Mahkamah Tentera Mesir


ANTARA WAJAH-WAJAH WIRA-WIRA 529 YANG DIHUKUM MATI

Antaranya adalah Dr. Sofwat Hijazi (paling kiri dalam gambar). Adakah mereka menangis menerima hukuman? TIDAK SAMA SEKALI!

Dr Sofwat Hijazi dalam satu ucapannya yang penuh bersemangat untuk membebaskan Palestin dari Zionis. 

Insiden #MH370: Menteri Jawab Persoalan Wartawan China, "Kenapa Kesimpulan Selepas 12 Hari Data Satelit Diperolehi? Jom Terjah!!!

Pemasaan perdana menteri mengumumkan lokasi terakhir MH370 di Lautan Hindi malam tadi menjadi persoalan dalam sidang media oleh pihak berkuasa Malaysia hari ini.

Wartawan China mempersoalkan kenapa Malaysia membuat kesimpulan itu hanya dibuat malam tadi walaupun data satelit dikatakan diperoleh sejak 12 Mac.

Pasukan siasatan berkata, mereka tiada niat menangguhkan dan masa itu diperlukan untuk membuat analisis dan mengukuhkan bukti.

Memilukan!! Tragedi #MH370 Disahkan Terhempas Di Selatan Lautan Hindi Oleh Perdana Menteri Malaysia

Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

BERAPI!!! (Video) Kemenangan PKR Akibat Penggunaan 'BOMOH" Handal.. Ini Buktinya, Jom Terjah!!!



Antara tempat mengundi yang dilaporkan paling meriah dalam PRK Kajang semalam ialah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Sekamat.

Aku kata paling meriah sebab ini bukanlah satu kekecohan sepertimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Ketua Polis Selangor menafikan berlakunya kekecohan seperti mana yang digambarkan sesetengah pihak, sebaliknya suasana mengundi pada PRK N25 Kajang kali ini dilihat agak meriah.

Beliau menegaskan kekecohan 'palsu' itu hanyalah berpunca daripada kehadiran ramai penyokong parti yang hadir untuk merayu undi calon masing-masing.

Hangat!!! (Gambar) Inilah Wajah Isteri Kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah, Juruterbang Pesawat MH370.. Jom Terjah!!!



Faizah Khan ialah nama isteri kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu. Orangnya memang cantik dan jelita.

Sejak misteri kehilangan pesawat MH370, Faizah tidak pernah lagi pulang ke rumah mereka di Seksyen 13, Shah Alam kerana mengelak dari diburu oleh pihak media. 

Syukur!!! Pesawat MAS MH144 Terselamat Semasa Mendarat : Cermin Dirempuh Sekawan Itik.. Jom Terjah!!!


NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.
   
Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.
   
Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.

Wow!!! Kekalnya Kerusi DUN Kajang Bukti Strategi 'Langkah Kajang' Berjaya Demi Menawan Putrajaya... Jom Terjah!!


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

Keputusan PRK DUN Kajang: Peratusan Undian- PKR Mendahului Dengan Jumlah Undi Yang Besar


4.15pm Wan Azizah beredar dengan sebuah motosikal untuk meminta pengundi keluar menunaikan tanggungjawab. Pusat pengundian akan ditutup dalam masa kurang satu jam.

4pm Tinjauan terbaru menjangkakan PKR menguasai 53 peratus sokongan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berbanding BN dengan hanya 32 peratus.

(Gambar2) LAPORAN LANGSUNG PRK KAJANG SEHINGGA JAM 10.30 PAGI : "Kita Sudah Menang"... Siapa Kata? Jom Terjah!!!



10.27am SK Kantan Permai - Calon PKR Dr Wan Azizah Sampai Wan Ismail sampai di pondok panas PKR yang terletak kira-kira 150 meter daripada pusat mengundi.

Beliau sempat bergambar dengan penyokong yang melaungkan "Reformasi".

Manakala penyokong BN pula melaungkan "Tolak Kak Wan" dan "Tolak PKR" sewaktu Wan Azizah bersalaman dengan penyokong Pakatan dan kenderaan lalu lalang di situ.

Kedengaran juga seorang penyokong Tiong Hua yang bersalaman dengan beliau berkata: "Kita sudah menang".

Wan Azizah menyambutnya dengan senyuman. Beliau kemudiannya terus menuju ke pusat pengundian SK Kantan Permai.

Langsung Dari Kajang: PRK Kajang - 38,055 Pengundi Tentukan Siapa Wakil Rakyat Yang Bakal Dipilih.. Jom Terjah!!!

Walaupun tempoh rasmi kempen hanya 12 hari, dengan kedua pihak yang bertanding telahpun memulakan kempen 'tidak rasmi' mereka sebaik kerusi DUN Kajang dikosongkan 27 Januari lalu; ini mungkin kempen PRK paling lama dalam sejarah.

Seramai 38,055 pengundi bakal mengundi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu.

Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama.

Perkara itu akan tergambar daripa keputusan hari ini. Soalnya, adakah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mampu menambah majoriti hampir 7000 undi pada 2013 atau sebaliknya.

Calon BN Chew Mei Fun pula dilihat mahu memperbaiki sokongan kaum Cina yang hanya di takat 40 peratus pada pilihan raya umum lalu, sekali gus membuktikan partinya MCA masih relevan.

Pengiraan undi dari 18 daerah mengindi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.

Apa pilihan penduduk Kajang?

LAPORAN LANGSUNG

Alhamdulillah!!! Skuad Negara Walaupun Tewas Besar, Layak Untuk Beraksi Di Perlawanan Akhir.. Jom Terjah!!!


MALAYSIA akan bertemu Australia pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 buat kali kedua berturut-turut di Stadium Sultan Azlan Shah di sini, esok.
    
Walaupun kalah 6-2 kepada Australia pada aksi akhir pusingan awal di sini, malam ini, Malaysia menempah slot final dengan perbezaan jaringan berbanding juara Asia, Korea Selatan.
    
Australia menamatkan kempen pusingan awal dengan rekod bersih dalam lima perlawanan untuk mengumpul 15 mata manakala Malaysia dan Korea Selatan berkongsi 10 mata.
 

KESIAN!!! (Gambar) Inilah Punca Pemain Skuasy No 1 Dunia, Nicol David Kecewa Dan Menangis, Jom Terjah!!!


Gambar dan punca Nicol David menangis tewas mengejut - Pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol David menerima kejutan hari ini apabila tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Sherbini dalam peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di Arena SPICE.

Meskipun bermula dengan langkah kanan pada awal permainan dengan menang set pertama 11-4 namun akibat hilang fokus, Nicol membenarkan lawan mengawal perlawanan sehingga tewas tipis 3-2 dalam tempoh 61 minit.

Terkini!!! Tokoh Maulidur Rasul 2013 Dilantik CEO Baru TV AlHijrah


Kuala Lumpur: Pengurus Besar Pembangunan dan Kawalan Kandungan TV AlHijrah Che Wan Alias Che Wan Abdullah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkuat kuasa 18 Februari lalu.
Tokoh Maulidur Rasul 2013 itu menggantikan Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda yang meninggal dunia pada 10 November lepas akibat penyakit barah, menurut kenyataan AlHijrah Media Corporation, di sini, semalam. 

Terkini!!! #MH370 Tiada Khabar, Keluarga Cuba Bunuh Diri, Kata Ahli Psikologi.. Jom Terjah!!!

Ahli keluarga bergantung kepada satu sama lain berdepan dengan rasa putus asa menanti khabar berita daripada MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli keluarga bergantung kepada satu sama lain berdepan dengan rasa putus asa menanti khabar berita daripada MH370. Gambar fail TMI.

Ahli psikologi yang menjalankan sesi kaunseling kepada keluarga penumpang China yang terlibat dalam insiden pesawat hilang MH370 di Beijing berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada antara mereka terfikir untuk membunuh diri manakala sesetengah lagi dalam perancangan berbuat demikian, lapor ABC News.

ADUHHH!!! (Video) Siapa Bagi Maklumat Kepada Akhbar Daily Mail Kaitkan DS Anwar Dengan Pilot #MH370? Jom Terjah!!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan juruterbang MH370 yang hilang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mempersoalkan siapa yang memberikan maklumat kepada akhbar Daily Mail, London sehingga mereka boleh menuduh beliau mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu.
Dalam ucapannya di majlis pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi, Anwar berkata, ini semua adalah perbuatan pihak tertentu untuk memburukkan beliau.
"Siapa yang beri maklumat kepada Daily Mail mendakwa dia penyokong Anwar yang fanatik? Kemudian semua media Umno dan BN pertikai hubungan Anwar dengan Zaharie. Saya hendak beritahu jangan zalim kepada Zaharie dan keluarga. Dia hanya juruterbang professional.

AJAIB!!! Makcik Raja Dalelah Dakwa Nampak Bangkai Pesawat Di Laut Andaman Dari Jarak Ketinggian 7 Batu.. Biar Betul, Jom Terjah!!!



Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

Hari Ini Bersejarah!!! PRK Kajang: Tun Mahathir Turun "BERKEMPEN" Selepas 6 Hari MB Ku, Dato' Seri Mukriz Lakukan Kerja Sama.. Jom Terjah!!!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kanan) bersalaman bersama para tetamu ketika hadir pada Majlis Jalinan Mesra Rakyat Kelab Pesara Kanan Kerajaan Malaysia 
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disifatkan seperti tersilap langkah jika menganggap 'langkah Kajang' yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai laluan kepada pembangkang untuk ke Putrajaya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cita-cita pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sia-sia dan menyusahkan rakyat.

Gila Babi!!! Chef Selebriti, Datuk Chef Wan "Persendakan Objek Yang Dikatakan Sebahagian Serpihan #MH370", Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!

Chef Wan persenda penemuan objek yang dikatakan pesawat MH370

KUALA LUMPUR: Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Al Fatihah!! Inilah Wajah Ahli Kumpulan Nasyid Terkenal Pergi Mengadap Ilahi.. Takziah Buat Keluarga!!!

Bob Firdaus, Ahli Kumpulan Nowseeheart Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Bob dari kumpulan nasyid Nowseeheart atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin di atas pemergian beliau pada jam 12.04 tengah malam tadi.

Allahyarham Bob disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sakit lemah jantung selepas berada di dalam koma petang semalam selain mengalami kondisi terlalu banyak air dalam badan.

Terkini!! #MH370: India Kerah Empat Kapal Perang.. Jom Terjah!!!

Kapal maritim INS Kesari India dalam operasi mencari dan menyelamat pesawa Malaysia Airlines MH370 yang hilang, tiba di pangkalan Port Blair, ibu kota kepulauan Andaman dan Nicobar India pada 17 Mac, 2014. India mengerahkan lagi empat buah kapal perang untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hari ini. – Gambar Reuters, 21 Mac, 2014.
Kapal maritim INS Kesari India dalam operasi mencari dan menyelamat pesawa Malaysia Airlines MH370 yang hilang, tiba di pangkalan Port Blair, ibu kota kepulauan Andaman dan Nicobar India pada 17 Mac, 2014. India mengerahkan lagi empat buah kapal perang untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hari ini. 
Tentera Laut India mengerahkan empat kapal perang - IN Ships Satpura, Sahyadri, Saryu dan Batti Malv di Teluk Benggala, Laut Andaman dan bahagian barat Kepulauan Andaman untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. 

Terkini!!! #MH370 : Dua Objek Di Lautan Hindi Yang Ditemui Satelit Australia Boleh Dipercayai, Kata Menteri.. Jom Terjah!!!

MH370: Kapal Norway sudah tiba, misi SAR hanya boleh bermula pada Jumaat

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung dipercayai dapat membantu membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu

Menurut laporan Reuters, kapal berkenaan menghala ke Madagascar dari Melbourne namun mendapat permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk membantu misi mencara objek yang dijumpai melalui satelit empat hari lepas.

HANGAT!!! Keputusan SPM Hari Ini.. Jom Buat Semakan Keputusan SPM 2013 Online & SMS, Jom Terjah!!!

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2013) akan diumumkan pada hari ini, Khamis, 20 Mac 2014. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. Bagi calon persendirian pula, keputusan SPM mereka akan dimaklumkan melalui pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri. Keputusan SPM 2013 boleh disemak secara online atau melalui SMS.
Semakan secara online

http://lp.moe.gov.my/semakan/

Semakan secara online boleh dibuat melalui 
SAPS Untuk Semakan Ibubapa.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Biar Betul!!! Future Music Asia 2014 Di Bukit Jalil - Kondom Diedarkan PERCUMA kepada Pengunjung?? Jom Terjah!!!

FMFASHAH ALAM, 19 MAC: Selepas negara dikejutkan dengan kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu.
Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan ‘pemberian’ kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan.
Kondom berkenaan yang diletakkan dalam pek ringkas berwarna hitam yang tertera logo ‘Future Music Asia 2014′ dengan tema ‘Party Hard, Party Safe, Take Care’.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.