PETALING JAYA: Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat.
Mahkamah juga menetapkan bahawa pasangan itu perlu membayar ganti rugi terhadap anak-anak mereka.
Ibu kepada empat orang anak, Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya serta atas kesalahan menyakiti dua lagi anak lelakinya.
Sementara itu bapa mereka, Azizul Raheem Awalluddin dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya.
Azizul bagaimanapun dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.
Kronologi Kes Azizul Rahim Awaluddin & Shalwati Norshal di Sweden
- 11 Januari 2014 : Kes penahanan rakyat Malaysia di Sweden mula dilaporkan dan menjadi bualan hangat rakyat Malaysia. Suami isteri ini ditahan selepas anak Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal mengadu kena dpukul di tangan kerana tidak solat kepada seorang guru di Sweden. Guru tersebut buat laporan polis Sweden.
- Akhirnya, laporan polis terhadap Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal menjadi topik perbincangan di Group SMS Seri Puteri, Cyberjaya
- 16 Januari 2014 : Identiti suspek pasangan iaitu Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal berjaya dikenalpasti
- 18 Januari 2014 : Anak-anak pasangan Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal merayu untuk diberikan tempat tinggal bersama keluarga Islam ketika datang Kedutaan Malaysia di Sweden & Pusat Khidmat Sosial Sweden
- 20 Januari 2014 : Pengguna media sosial lancar kempen #swedenletthemgo untuk melihat pasangan Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan
- 25 Januari 2014 : Wakil Wisma Putra, Pemuda UMNO, Sukaguam berlepas ke Sweden
- 30 Januari 2014 : Encik Azizul Rahim Awaluddin dihadapkan ke Mahkamah Sweden
- 31 Januari 2014 : Puan Shalwati Norshal dihadapkan ke Mahkamah Sweden
- 31 Januari 2014 : Anak-anak Pasangan Malaysia, Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshaldi bawah pulang ke Malaysia
- 1 Februari 2014 : Tahan reman Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal disambung 11 hari lagi
- 10 Februari 2014 : Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.
- Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu, Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.
0 comments:
Post a Comment