Tolong La.. Cari Sama Mana Budak Ni Lari... Baru Tingkatan Lima Dah Lari Ikut Buah Hati

Pelajar perempuan Tingkatan Lima lari ikut kekasih

Mohd. Tahir Lazim dan Junaidah Md. Hassan menunjukkan gambar anak mereka, Nurhafizah yang menghilangkan diri dari rumah di Kampung Paya Jemerli, Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.

KULIM 14 April – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima telah tidak pulang ke rumah sejak 45 hari lepas — dipercayai lari mengikut kekasihnya yang dikenalinya di sebuah pasar malam.

Bapa gadis itu, Mohd. Tahir Lazim, yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan di sini mengenai kehilangan anak gadisnya itu pada 6 Mac lepas, amat berharap anaknya pulang ke rumah.

Katanya, motosikal yang digunakan anaknya itu, Norhafizah, 17, untuk pergi ke sekolah setiap hari turut hilang bersama gadis itu pada hari dia menghilangkan diri pada 1 Mac lepas.

Mohd. Tahir, 55, seorang pemandu lori, berkata, pada hari kejadian, anak gadisnya itu telah menunggang motosikal bersama-sama adik lelakinya, Mohd. Tasmin, 14, untuk pergi ke Sekolah Menengah Sungai Karangan pada kira-kira pukul 7 pagi.

"Tetapi seperti yang diberitahu oleh Mohd. Tasmin, kakaknya itu pada hari tersebut tidak terus ke sekolah, tetapi setelah menghantarnya memberitahunya dia mahu pulang ke rumah kerana mahu menukar pakaian seragam sekolah dan akan datang semula ke sekolah untuk menghadiri kelas”, kata Mohd. Tahir kepada pemberita di rumahnya di Kampung Paya Jemarli, dekat sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar itu diminta menghubungi mana-mana balai polis atau Mohd. Tahir di talian 019-4238711. – Bernama

Timbalan Perdana Menteri Pembohong!, kata MIC Hulu Selangor

Pembohong!...kan dah kena. Tak pasal-pasal masuk perangkap sendiri. MIC Hulu Selangor mempertikaikan tindakan Muhyiddin mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN.

Sebelum ini, Muhyiddin beriya-iya menyatakan, BN akan pilih anak tempatan sebagai calonnya dalam PRK Hulu Selangor. Namun hari ini, Muhyiddin telah pun mengumumkan Kamalanathan yang bukan anak tempatan tetapi dari Bahagian Selayang.

"Kami ada ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran... mengapa hendak membawa calon luar, dari Bahagian Selayang... calon yang pernah kalah dalam saingan Ketua Pemuda MIC bahagian (di Selayang)", kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor kepada malaysian insider.

Tindakan itu dilihat, Muhyiddin telah berbohong dengan pengundi kawasan Hulu Selangor dan mempermainkan MIC Hulu Selangor dan pusat. Tidak kira lawan dan kawan, Umno ni suka berbohong jika terdesak.

Padahal sebelum ini, Muhyiddin telah menjaja ke hulu ke hilir, BN akan mencalonkan anak tempatan sebagai calonnya. Bahkan dalam masa yang sama, mereka juga telah 'menempelak' PR yang meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calonnya di kawasan itu. Kononnya, Zaid bukan anak tempatan.

Tetapi hari ini, mereka ini telah menelan balik ludah mereka sebelum ini. Nak buat macam mana lagi, dah lidah bercabang macam biawak.

WarkahDaily menganggap, berkemungkinan BN terdesak untuk menentukan siapakah calonnya. Dalam keadaan BN yang 'kegawatan' senarai calon walaupun menganggap ramai senarai calon hingga 'shortlist'.

Akibat terdesak kerana ditelan mati emak, diluah mati bapak, BN yang dipengaruhi Umno telah pun menolak cadangan Samy Vellu mencadangkan Palanivel.

Pada mula, Mugilan mendapat perhatian sebagai calon hasil usaha 'lobi' pihak Umno demi menyingkirkan Palanivel. Samy begitu marah hingga memanggil mesyuarat tergempar. Samy terus mendesak Muhyiddin untuk menerima Palanivel tetapi ditolaknya juga.

Last minit, mungkin Samy sudah mendapat signal, Kamalanathan akan dipilih, maka secara 'paksaan' mungkin, Samy terpaksa mengumumkan, mesyuarat memutuskan Ketua Penerangan MIC dicadangkan sebagai calon (padahal ianya diputuskan pucuk pimpinan BN yang dipengaruhi Umno).

Keputusan itu dibuat bagi mengelak daripada pertelingkahan terus menjadi-jadi. Dalam masa yang sama menjaga hati Samy Vellu konon cadangannya (Palanivel) ditolak.

Mungkin juga khabar menyatakan, MIC diberi imbuhan atas kejadian itu dengan dilantik Palanivel sebagai senator dan Timb. Menteri.

Datuk G Palanivel Tersangat Kecewa... Tarak Mampu Hadir Majlis Pengumuman CalonBersama TPM


Kegagalan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel untuk hadir di majlis pengumuman calon BN P Kamalanathan mencetuskan persoalan sama ada beliau kecewa kerana tidak terpilih mewakili BN.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN Hulu Selangor, tidak kelihatan langsung kelibat Palanivel yang sebelum ini disebut-sebut akan dipilih.

Seorang lagi pemimpin MIC yang turut dispekulasikan V Mugilan bagaimanapun hadir dan bersalaman dengan Kamalanathan.

Ditanya berhubung perkara itu, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN mengakui bahawa Palanivel mungkin “sedikit kecewa”

“Mungkin beliau ada tugas lain atau sedikit kecewa. Kalau kita sendiri pun, mungkin ada perasaan sebegitu,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan pilihan BN di hadapan kira-kira 1,000 penyokong di Bukit Beruntung.

Muhyiddin juga berkata, beliau mahu Palanivel terus membantu bagi memastikan kemenangan BN di kawasan parlimen tersebut.

Bekas EXCO Kedah Umum Keluar PKR... Ini Kira Lompat Ka??


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini.

Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.

Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu diambil kerana "dipermainkan oleh pemimpin parti demi kepentingan individu tertentu".

"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai.

"Tetapi yang saya pandai, (sama ada) boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat. Itu saja saya tahu.

"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain (yang) bermuka dua dan lidah bercabang," katanya sambil membacakan kenyataan yang disediakan lebih awal.

'Monyet' dalam parti

Wei Shu juga memberi jaminan menjadi Adun bebas "yang menyokong mana yang betul" dan tidak condong kepada mana-mana parti, termasuk ketika membuat pengundian dalam sidang DUN.

"Dengan kedudukan saya (sebagai wakil bebas) ini, saya harap rakyat di kawasan saya tidak akan risau. Saya akan terus berkhidmat seperti biasa," katanya yang berdakwa telah bertungkus-lumus memenuhi kehendak rakyat di kawasannya selama ini.

Tindakan Wei Shu hari ini menjadikannya wakil rakyat PKR yang kelapan keluar parti. Sebelumnya, empat ahli parlimen dan tiga Adun parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mengambil tindakan yang serupa.

Wei Shu juga menjadi Adun kedua - selepas Adun Lunas Mohammad Radzhi Salleh - daripada Kedah yang melompat parti sebelum ini.

Ekoran tindakan Wei Shu hari ini, BN kini lebih hampir untuk mengambil alih Kedah. Dalam kerajaan pimpinan PAS itu, Pakatan kini tinggal 20 kerusi DUN, BN 14 kerusi, manakala bebas dua.

Kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak itu boleh jatuh sekiranya terdapat tiga lagi Adun Pakatan yang mengikut jejak langkah Wei Shu.

Dalam sidang media hari ini, Wei Shu yang hadir bersendirian juga berkata, beliau tidak boleh menunggu lagi untuk keluar parti kerana "kedegilan pemimpin tertentu" yang disifatkannya sebagai "monyet".

'Saya sayang Anwar, Najib'

"Tak puas hati itu banyak. Kalau hendak cerita, tiga hari tiga malam pun tak habis," katanya dalam loghat Kedah.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan akan bertindak sebagai Adun bebas yang tidak condong kepada mana-mana parti sebaliknya akan "menyokong mana yang betul".

Wei Shu turut menafikan pengundurannya mempunyai kaitan dengan perlucutan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Kedah.

Walaupun keluar parti, Adun tersebut bagaimanapun mengegaskan bahawa beliau masih "sayang" pada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya sayang pada Anwar. Tetapi tengok sekarang, Najib pun bekerja, (jadi) saya sayang pada Najib juga," katanya.

Dalam respons segera berhubung perkara itu, Anwar berkata beliau tidak terkejut dengan peletakan jawatan Wei Shu itu.

"Beliau tidak gembira kerana dilucutkan jawatan sebagai exco negeri. Menteri besar (Kedah) mencadangkan perubahan dalam barisan kepimpinan kerana prestasinya tidak memuaskan.

"Jadi beliau dilucutkan," kata ketua pembangkang.

Anwar juga mendakwa, peletakan jawatan itu telah dirancang lebih awal memandangkan ia dibuat menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.

Zaid Cabar Muhyiddin Pakat2 Isytihar Harta... Jom Kita Tengok Sapa Yang Lebih Kaya...


Calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau sanggup mengisytiharkan hartanya serta-merta sekiranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet sanggup menyahut cabaran yang sama.

"Sekarang pun boleh (isytihar), esok pun boleh. Tetapi mereka kena isytihar juga," katanya ketika ditanya kesediaan beliau berbuat demikian setelah isu 'kekayaannya' dibangkitkan Muhyiddin semalam.

Menyifatkannya sebagai "tuduhan karut", Zaid turut kelihatan mempersoalkan peranan Muhyiddin sebelum ini - ketika menjadi menteri kabinet - terhadap cadangan perdana menteri pada waktu itu Tun Abdullah Badawi supaya mereka mengisytiharkan harta dan hutang masing-masing.

"Tetapi cadangan Pak Lah ditolak. Jadi Muhyiddin patut jelaskan mengapa?" soalnya kembali sambil mendakwa beliau masih berpegang kepada pendirian lamanya menyokong cadangan tersebut.

Dalam sidang media di Bukit Beruntung semalam, Muhyddin dilaporkan mendakwa PKR memilih Zaid sebagai calon mereka sempena pilihan raya kecil pada 25 April ini kerana bekas menteri di jabatan perdana menteri itu kaya.

Timbalan perdana menteri juga dilaporkan berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, pemilihan Zaid dibuat bukan kerana beliau mampu berkhidmat kepada penduduk setempat.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di banglow mewah dua tingkatnya di Petaling Jaya pagi tadi, Zaid menjelaskan, isu 'kekayaannya' itu sengaja ditimbulkan BN bagi "mempersendakannya" dan "seolah-olah hendak menuduhnya mengamalkan rasuah"

'Nak kata miskin, tidak juga'

"Saya hairan juga mereka tuduh saya begitu, seolah-olah tuduh saya rasuah. Saya menteri (selama) enam bulan (sahaja), macam mana hendak buat (rasuah)?

"Menteri undang-undang pula, bukan (menteri yang) jaga Petronas, bukan jaga Felda, bukan menteri kewangan," kata Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat.

Berhubung dakwaan BN cuba mempersendakannya, Zaid menjelaskan, isu kekayaannya itu ditimbulkan bagi menggambarkan beliau seorang yang "tidak mengenang budi" kerana membuat duit ketika bergiat dalam Umno.

"Itulah politik kempen dia (Muhyiddin). Saya harap kita teruskan kepada persoalan isu sebenar di Hulu Selangor," katanya.

Beliau bagaimanapun mengaku "berduit" daripada pendapatan hasil 30 tahun menjalankan firma guaman dan mempunyai sedikit pelaburan.

"Bukanlah kata (saya) tak ada duit. (Tetapi) bukan seperti yang digambarkan. Jadi hendak kata saya miskin, tidaklah. (Kalau miskin) takkan boleh duduk di Tropicana (Golf Resort)," katanya.

Dalam wawancara kira-kira 45 minit itu, Zaid mengupas pelbagai perkara berhubung 'pertarungan' BN- Pakatan yang akan ditentukan oleh hampir 65,000 pengundi pada 25 April ini. 'Kehangatan' suasana menjelang tempoh rasmi berkempen yang tinggal dua hari lagi, kini mula terasa.

Anwar kelmarin mengumumkan Zaid sebagai calon PKR bagi berdepan dengan BN di Hulu Selangor atas tindakannya yang sanggup melepaskan jawatan menteri "demi prinsip" kerana menentang penggunana akta ISA oleh kerajaan.

Zaid dijangkan bakal mendapat tentangan sengit daripada calon daripada MIC yang akan diumumkan timbalan perdana menteri di Hulu Selangor petang ini.

Selepas Bergaduh Sakan Akhirnya P Kamalanathan disahkan calon BN di Hulu Selangor

dilaporkan bersetuju supaya ketua penerangannya, P Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.

Sebelum ini, Barisan Nasional dilaporkan menghadapi jalan buntu mencari calon yang sesuai.

Ini kerana MIC mahu timbalan presidennya, Datuk G Palnivel diletakkan sebagai calon tetapi permintaan itu ditolak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.



Jawatan senator, timbalan menteri


Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

Alhamdulillah: Gambar2 Erra Fazira & Kerabat Semasa Menunaikan Umrah.. Moga Terus Bertudung Kot?










Sumbangan Gambar: Hj Arshad & Ustaz Lotpi
Terima kasih sahabat-Sahabat di Mekah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.