Tolong La.. Cari Sama Mana Budak Ni Lari... Baru Tingkatan Lima Dah Lari Ikut Buah Hati

Pelajar perempuan Tingkatan Lima lari ikut kekasih

Mohd. Tahir Lazim dan Junaidah Md. Hassan menunjukkan gambar anak mereka, Nurhafizah yang menghilangkan diri dari rumah di Kampung Paya Jemerli, Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.

KULIM 14 April – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima telah tidak pulang ke rumah sejak 45 hari lepas — dipercayai lari mengikut kekasihnya yang dikenalinya di sebuah pasar malam.

Bapa gadis itu, Mohd. Tahir Lazim, yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan di sini mengenai kehilangan anak gadisnya itu pada 6 Mac lepas, amat berharap anaknya pulang ke rumah.

Katanya, motosikal yang digunakan anaknya itu, Norhafizah, 17, untuk pergi ke sekolah setiap hari turut hilang bersama gadis itu pada hari dia menghilangkan diri pada 1 Mac lepas.

Mohd. Tahir, 55, seorang pemandu lori, berkata, pada hari kejadian, anak gadisnya itu telah menunggang motosikal bersama-sama adik lelakinya, Mohd. Tasmin, 14, untuk pergi ke Sekolah Menengah Sungai Karangan pada kira-kira pukul 7 pagi.

"Tetapi seperti yang diberitahu oleh Mohd. Tasmin, kakaknya itu pada hari tersebut tidak terus ke sekolah, tetapi setelah menghantarnya memberitahunya dia mahu pulang ke rumah kerana mahu menukar pakaian seragam sekolah dan akan datang semula ke sekolah untuk menghadiri kelas”, kata Mohd. Tahir kepada pemberita di rumahnya di Kampung Paya Jemarli, dekat sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar itu diminta menghubungi mana-mana balai polis atau Mohd. Tahir di talian 019-4238711. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.