TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Panas Berapi!! Isteri PM Najib Perolehi Cucu Lelaki Semalam....

Fazley memangku Piyush selepas dilahirkan pada 9 September 2011. - Foto ihsan FAZLEY

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob, 33, menganggap tarikh 9 September 2011 sangat unik kerana anak ketiganya, Piyush lahir pada hari yang sama dengan anak kepada adik ketiganya, Faizal.

Menurut Fazley, anaknya dan anak Faizal turut dilahirkan di sebuah hospital swasta yang sama di Kuala Lumpur.

“Saya rasa gembira kerana ibu dan bapa saya menerima dua kelahiran cucu baru serentak. Isteri saya dan isteri Faizal seperti berjanji pula untuk bersalin pada hari ini (Jumaat).

“Jantina kedua-dua bayi itu juga lelaki. Memang sebolehnya mereka nak hamil dan bersalin sama-sama. Tak sangka pula hajat mereka tercapai,” kata Fazley ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Anak ketiganya itu dilahirkan pada pukul 9 pagi, secara pembedahan seberat 3.3 kilogram. Bagaimanapun Fazley enggan mengumumkan nama penuh anaknya sehingga nama tersebut didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara.

“Saya sudah ada nama anak tetapi tak mahu beritahu sekarang. Saya hanya boleh berikan nama timangannya iaitu Piyush.

“Anak saya ini dilahirkan lebih besar daripada dua anak yang dilahirkan sebelum ini dan mempunyai lesung pipit di pipi,” katanya suami kepada Azrene Soraya, 32, ini lagi.

Fazley menambah, kelahiran anak ketiga ini mungkin merupakan kelahiran yang terakhir memandangkan doktor menasihatkan isterinya agar berehat daripada hamil lagi disebabkan ketiga-tiga anaknya dilahirkan secara pembedahan.

“Saya bersyukur kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki dan memang selepas berkahwin, saya dan isteri mengidamkan tiga hingga empat orang anak lelaki. Tetapi kami tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak lagi dan menerima anak perempuan,” ujarnya yang turut merancang untuk membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian selepas tiga tahun.

Katanya, album kelimanya yang berjudul Lima akan diterbitkan pada November depan termasuk sebuah lagu yang memuatkan suara anak-anaknya berjudul Lagu Dari Papa.

“Saya menamakan album itu dengan tajuk Lima kerana album ini merupakan album saya yang kelima dan kebetulan jumlah ahli keluarga saya menjadi lima orang

Anaknya yang pertama, Ahmad Fariedz (Payish) yang berusia 2 tahun 11 bulan juga dilahirkan pada bulan Syawal manakala anak keduanya, Ahmad Fieradz (Piyash) kini berusia 1 tahun 5 bulan.


Sekadar Berita Lama (SUMBER)


Ini lah anak perempuan Datin sri Rosmah Mansur yg di katakan tidak di peduli kan...dan menjadi kontroversi kemarahan Datin Rosmah Mansur kerana perkahwinan ank perempuan nya bersama bekas suami pertamanya dahulu.



Azrene dan Dr. Fazley…Sah berkahwin…Dr. Fazley bila ditanya, dengan tersenyum memberitahu wartawan bahawa Azrene Soraya (anak Datin Seri Paduka Rosmah Mansor) adalah isterinya.

Keretapi Ekspress Wau Terbakar... Penumpang Terjun Selamatkan Diri..

Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.

Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.

Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.

Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk membantu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Zailan Maarof berkata pihaknya menerima penggilan pukul 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.

"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian besarnya hangus," katanya.

Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi Merapoh.

- Bernama

Jom Bongkar Siapa Dato’ Adzib, Pengerusi MAIS??? Adakah Beliau Penyokong UMNO Yang Benar2 Tegar: Jom Terjah...

Jelas berdasarkan tindakan beliau selama ini, maka boleh disimpulkan bahawa Dato’ Adzib sebagai Pengerusi MAIS merupakan penyokong BN dan menggunakan kedudukannya untuk mempertahankan agenda UMNO/BN terutamanya di Selangor. Sekiranya kesimpulan ini tidak tepat dan bercanggah, maka adalah diharapkan agar dapat diberikan jawapan terhadap isu-isu di bawah.

1. Program di perkarangan Masjid bersama YB Kamalanathan
Dua gambar yang disertakan memadai untuk membuktikan bagaimana beliau melayani YB dari Barisan Nasional dengan cara yang begitu istimewa. Amat berbeza dengan layanan beliau terhadap YB dari PR. Gambar-gambar ini diambil diperkarangan Masjid di Hulu Selangor.

Dalam gambar pertama (Gambar 1), Dato’ Adzib kelihatan duduk beramah mesra sambil menjamu selera bersama YB Kamalanathan dalam keadaan YB Kamalanathan memakai baju yang jelas tertera di atasnya lambang BN. Pada kebiasaanya baju berlambang parti politik dilarang di dalam perkarangan Masjid, tetapi oleh kerana ianya lambang BN, maka Dato’ Adzib menganggap ianya tidak mengapa.


Dalam gambar kedua (Gambar 2), di program yang sama, beliau bersama dengan YB Kamalanathan menyerahkan kalimah ‘Allah’ kepada penduduk tempatan. Tiada pula dibuat bising apabila YB Kamalanathan sama-sama memegang dan menyerah kalimah tersebut sedangkan pada ketika itu, PAS dan PR dituduh menggadai kalimah Allah yang suci untuk diguna pakai oleh orang bukan Islam. Di sini tidak pula dikatakan ianya diguna pakai untuk tujuan politik oleh orang bukan Islam apabila YB Kamalanathan yang berbaju BN menyerahkannya kepada peserta.


Secara amnya bagi Dato’ Adzib, semua yang BN buat boleh sahaja dan semua yang PR buat adalah salah.

2. Aduan terhadap UMNO oleh Tuan Nazir Masjid
Mungkin ada yang berkata, “buatlah aduan, boleh Dato’ Adzib akan bertindak”. Maka di sini disertakan bukti aduan yang dibuat.

Surat aduan ditulis oleh Nazir Masjid mengadu penggunaan Masjid oleh UMNO untuk memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Sumbangan diberi dengan menggunakan beg yang jelas tertera lambang BN. Nazir bertanya samada ianya dibenarkan dan sekiranya tidak maka diminta pihak MAIS menegur Bahagian dan cawangan UMNO berkenaan.(Surat 1).

Surat

Walaupun surat dialamatkan kepada Dato’ Adzib dan hanya di s/k kepada JAIS, JAIS menjawab dan meminta pihak Nazir memberi surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak patut dikenakan ke atas dirinya kerana membenarkan program itu diadakan! (Surat 2).

Nazir menulis balik dan menyatakan kepelikan dan kekhairanan beliau. Dia yang mengadu tetapi dia yang nak dikenakan tindakan! (Surat 3).

Saya yakin dalam kes ini, Dato’ Adzib meminta JAIS menulis jawapan sedemikian rupa dan inilah corak hubungan yang wujud di antara mereka di mana agenda UMNO dan BN dilindungi MAIS dan JAIS.

Sedangkan ‘aduan’ yang dibuat terhadap saya oleh entah siapa, bukan Nazir Masjid atau Pengerusi Surau, terus diambil tindakan dan saya akan didakwa dimahkamah!

Aduan berhubung ADUN BN berceramah di dalam Surau dan Masjid langsung tidak diindahkan. Di sini disertakan gambar yang pernah disertakan bersama aduan yang dibuat terhadap Dato’ Idris Abu Bakar. Tiada tindakan kerana UMNO/BN. (Gambar 3 dan 4).



Demi membebaskan JAIS dan MAIS dari terus dinodai UMNO, rakyat Selangor diminta memenangkan PR buat kali keduanya dalam Pilihan Raya ke 13 yang menjelang tiba. Pada ketika itu, segala tanggapan bahawa PR adalah kerajaan satu penggal akan berakhir. Pada masa itu, usaha penodaan yang merupakan kesukaan UMNO/BN akan juga dapat ditamatkan kerana terbukti rakyat tidak redha terhadap usaha-usaha seperti ini. Termasuk usaha-usaha memburuk-burukkan MB secara komplot rahsia demi menjatuhkannya.

Jikalau Dato’ Adzib cenderung sangat berpolitik, sila terjun ke medan. DUN dan Parlimen Shah Alam terbuka luas untuknya. Jangan berpolitik secara berselindung disebalik institusi Islam dan dengan itu mencemar institusi tersebut!


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kedah Terguling PRU 13: Orang PAS Pun Ada Yang Marahkan Kenyataan Mat Sabu Hinggakan Lari Masuk UMNO... Sejauhmana Kebenaran Berita Ini????

Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu, kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat , sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat. Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk : “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka. Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.


2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK , PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut. Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa. Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.
2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.
3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.
4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.
5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00


Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

(Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.)


YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP

AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.