Pas Menang Tanpa Bertanding di DUN N.15 Muara Tuang.. Tapi SPR Membantu Calon BN yang Jugak Adik KM Sarawak... Timbulkan Persoalan??

Penamaan calon di DUN N.15 Muara Tuang melibatkan calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat manakala PPB mewakili dari Barisan Nasional.

PAS meletakkan calon muslimatnya, Noraini yang merupakan calon tempatan di DUN Muara Tualang manakala BN meletakkan adik kepada Bekas Ketua Menterinya Sarawak, Ali Mahmud.

Pimpinan PAS yang hadir mengiringi calon PAS termasuklah Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena dan ramai lagi. Kebanyakkan penyokong adalah dari negeri Perak dan Terengganu

PAS membuat bantahan ke atas borang pencalonan calon BN Datuk Seri Muahamd Ali Mahmud, adik kepada Taib Mahmud. PAS membantah pencalonan BN kerana kesilapan mengisi borang dan berkaitan penyata perbelanjaan pilihanraya yang lalu.



Pilihanraya Negeri Sarawak - Senarai Calon Yang Bakal Berentap Setelah Selesai Penamaan Calon Pagi Ini...

Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN.

Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.

NONEPilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006.

Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh.

Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi.

Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS).

batu kawah nominations 060411 dap gangFokus kali ini tertumpu kepada beberapa 'heavyweight' tempatan yang bertanding sebagai calon bebas, termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jaffarudin yang akan menentang ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian.

Penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng juga meraih perhatian di Batu Lintang. Beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas atau terus menentang PKR yang baru ditinggalkannya.

Beberapa kerusi panas juga dikesan di kawasan yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri ke atas tanah adat Orang Asal Sarawak, pembukaan kawasan hutan dan pembinaan empangan hidroelektrik.

Di kawasan luar bandar ini, BN dijangka akan memainkan isu 'undi BN untuk pembangunan' bagi menyekat kemaraan pembangkang yang akan membawa isu-isu nasional dan seruan untuk memilih pemimpin baru.

LAPORAN LANGSUNG

8.45am:
Balingian - Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib.

NONESalleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi.

8.47am: Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang.

Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakal ketua menteri, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan.

PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan.

8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan.

Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching.

NONEPenyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon.

"Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya,” kata Chiew.

Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong.

8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

NONESementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad Di digugurkan.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu/Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi.

9.04am: Batang Ai - Penamaan calon hari ini menyaksikan pergerakkan lalu lintas di pekan kecil Lubok Antu, yang terletak kira-kira 82km dari Sri Aman tersekat.

NONEBN menghantar kira-kira 400 penyokongnya manakala PKR diiringi hanya 50 penyokong.

Pada pilihan raya ini, PKR diwakili oleh Nicholas Bawin, yang menjadi calon pertama mengemukakan borangnya pada jam 9 pagi dan dikuti penyandang kersi itu, Malcolm Mussen Lamoh, pada jam 9.10 pagi.

Ketika ditemui, kedua-dua mereka melahirkan keyakinan memenagi kerusi Batang Ai.

NONEBatang Ai adalah kerusi luar bandar dengan kira-kira 94.7 peratus pengundi Iban voters. Pada pilihan raya negeri yang lalu, Batang Ai menyaksikan pertarungan sengit apabila Bawin, yang bertanding di bawah tiket Snap hanya tewas 806 undi kepada Dublin Unring Ingkut dari BN.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil 2009 BN yang diwakili Lamoh berjaya mendapat majoriti besar 1,854 undi bagi mengalahkan bekas ahli parlimen Lubok Antu Jawah Gerang, yang bertanding di bawah tiket PKR.

9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina.

NONETidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti.

Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN.

9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal.

Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!".

NONECalon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu.

9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN).

Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Nawawi, yang juga Pegawai Daerah Mukah.

NONESebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin, 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi.

Salleh, diiringi isterinya, Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong.

9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB.

Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN".

Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing.

NONE9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang.

Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei.

Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang.

9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP.

batu kawah nominations 060411 shake hands"Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen),” katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya.

9.45am: Balingian - Pertengkaran kecil berlaku apabila calon Bebas Salleh Jafaruddin meninggikan suaranya kepada seorang perempuan yang berambut perang dan mengenakan solekan tebal.

NONEDifahamkan wanita itu Stella Kharleen Tashman adalah bomoh Taib.

"Awak mahu sihirkan saya, awak mahu sihirkan Malaysia!” kata Salleh dengan marah.

Perempuan itu hanya gelak dan meninggalkan kawasan itu, manakala Salleh terpaksa ditenangkan oleh penyokongnya.

NONE10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini.

Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

10.15am: Bawang Assan - Calon BN-SUPP Wong Soon Koh berkata beliau yakin dapat mempertahankan kerusinya.

"Saya tiada tekanan, ini kali kelima saya bertanding”.

NONEDitanya mengenai calon muda yang dikemukakan DAP iaitu, Alice Lau, Wong hanya gelak dan bergurau, “ Saya juga handsome.

"Saya juga muda di hati. Saya lawat kawasan rumah panjang dari jam 7 pagi hingga tengah malam. Tiada masalah(di kawasan itu), kata penyandang berusia 69 tahun itu.

Pada pilihan raya 2001, Wong menang selesa dengan 7,096 undi. Bagaimanapun pada 2006, majoriti yang diperolehinya menurun tetapi tetap kekal di kerusi Bawang Assan dengan kelebihan 2,504 undi.

10.03am: Penamaan calon ditutup jam 10 pagi, dan tempoh bantahan sehingga 11 pagi

Mukah - DUN Balingian menyaksikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berdepan dengan calon PKR, Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin PKR.

Batu Kawah - Pertandingan satu lawan satu antara Tan Joo Phoi dari SUPP dan Christina Chiew dari DAP.

NONEBawang Assan - Hanya Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) dan Alice Lau (DAP) menyerahkan kertas pencalonan.

Tupong - Datuk Daud Abdul Rahman (BN) dan Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) serah borang pencalonan.

Bukit Sari - Hanya penyandang Awang Tengah Ali Hassan (BN) dan calon PKR Japar Suyut serah borang pencalonan.

Kota Sentosa - Borang pencalonan calon Bebas Tay Wei Wei ditolak kerana pencadangkanya bukan pengundi berdaftar di DUN tersebut.

10.20am: Jepak - Pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh di twitter menulis: Sebanyak enam calon mengemukakan borang. Mereka adalah dari PKR, PBB, Snap, PCM, Parti Ekonomi Rakyat dan seorang calon Bebas.

10.35am: Padungan - Dominique Ng, disahkan akan mempertahankan kerusi Padungan sebagai calon Bebas.

Ia adalah pertandingan tiga penjuru - pencabarnya adalah Sim Kiang Chiok (SUPP) dan Wong King Wei (DAP).

Batu Lintang
juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Soo Lina bertanding sebagai calon Bebas bagi bertarung denagn See Chee How (PKR) dan Sih Hua Tong (SUPP).

batu kawah nominations 060411 dap gangAdalah difahamkan bahawa Soo adalah bekas anggota PKR dan penyokong kuat Ng.

Padungan dan Batu Lintang adalah kawasan majoriti Cina di bandaraya Kuching dan kedua-dua kerusi itu adalah kubu kuat Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pertukaran kerusi antara DAP dan PKR dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua parti dan ini mungkin memecahkan undi pembangkang.

Pending, bagaimanapun akan menyaksikan pertandingan terus antara penyandangnya Violet Yong (DAP) dan Sim Kui Hian (SUPP).

10.36am: Belaga - ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dalam tweet menulis: Pertandingan enam penjuru di Belaga! Kerusi ini terletak di pedalaman Sarawak. Pada pilihan raya lalu, calon BN Liwan Lagang (PRS) menang dengan majoriti 227 undi.

10.37am: Bengoh - MP PKR Selayang William Leong menulis di tweeter: “Bengoh pertandingan empat penjuru antara Willie Mongin (PKR), Jerip Susil (BN), Richard Peter (Snap), Wejok Tomik (Independent).”

Bengoh, yang kira-kira sejam dari Kuching, adalah kerusi majoriti Bidayuh. Pada 2006, Jerip Susil mengalahkan calon Snap Mangan Ngandok.

Antara isu di kawasan ini adalah bantahan penduduk berhubung pembinaan Empangan Bengoh bernilai RM315 juta dan juga pengambilan tanah hak adat kaum pribumi.

10.40am:
Batu Kawah - Hadir di Kota Padawan adalah Timbalan Menteri Kerjaraya Yong Khoon Seng.

NONEYong, naib presiden SUPP adalah juga ahli parlimen bagi kawasan itu (Stampin). Beliau berbual dengan pekerja parti sebelum menyapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Yong kemudian mempelawa Lim untuk menikmati kolo mee Sarawak yang terkenal itu. Juga hadir samna adalah bADUN Batu Lintang Voon Li Shan.

10.56am: Beting Maro - Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata PAS berharap dapat memiliki kerusi pertamanya di Sarawak kali ini. Parti itu telah menyertai pilihan raya negeri sejak 2003 yang lalu.

NONEBeliau diiringi calon parti itu Abang Awang Kerdee Abang Masagus. Menurut Salahuddin, terdapat angin perubahaan yang kini bertiup di bumi kenyalang itu.

“Sebelum ini PAS masih baru. Sekarang kita lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan,” katanya.

Selain Beting Maro, PAS juga bertanding di Sadong Jaya dan Sebuyau - semuanya kerusi majoriti Melayu.

11.00am: Bawang Assan - Pegawai pengurus pilihan raya Wong See Meng mengumumkan satu bantahan diterima ke atas calon BN Wong Soon Koh, tetapi ia ditolak.

Katanya SPR telah menerima pencalonan daripada wakil DAP Alice Lau dan calon BN-SUPP Wong Soon Koh.

11.05am: Batu Kawah - Secara rasmi, Batu Kawah akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan Joo Phoi dari BN dan pendatang baru Christina Chiew dari DAP.

11.18am:
Batang Ai - Pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya, Malcom Mussen Lamoh dari BN-PRS incumbent menentang calon PKR Nicholas Bawin Anggat.

11.30am: Piasau - Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan yang juga timbalan ketua menteri Sarawak akan dicabar oleh Ling Sie Kong daripada DAP.


Pegawai Kanan Kastam Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Bangunan SPRM - Bantu Kes Rasuah.. Apakah Insiden Ini Sama Dengan Teoh Beng Hock???


Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

NONEMangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza Dalam Bahasa Inggeris - Akui "Tergeliat Lidah" Bermain Slanga Inggeris....

Siti Nurhaliza ketika memperagakan gaun labuh gabungan warna hitam dan merah di majlis 5Stars Designers sempena Anugerah Bintang Popular 2010 di Genting Highlands, Ahad lalu. - Foto SHAARI CHE MAT

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akui tercabar apabila perlu menyanyi dalam slanga Bahasa Inggeris semasa merakam lagu dalam bahasa itu.

Menurut penyanyi yang mesra disapa Siti itu, sebanyak 10 buah lagu untuk album pertama dalam Bahasa Inggeris tersebut telah siap dirakam dan sedang menunggu masa untuk dilancarkan.

Ia dijadual pada pertengahan tahun ini.

“Semua rakaman lagu dilakukan di Malaysia walaupun saya menggunakan khidmat komposer dari Australia iaitu Brian Bruno dan Cristian Alexander.

“Semasa proses rakaman tidaklah terlalu rumit tetapi setiap nyanyian saya perlu ditambah dengan slanga sehingga kadangkala “tergeliat lidah” untuk menyebutnya.

“Tetapi nasib baik saya mempunyai komposer yang banyak membantu,” ujar Siti sewaktu majlis 5Stars Designers meraikan selebriti yang menggayakan pakaian mereka pada Anugerah Bintang Popular 2010, di sini, Ahad lalu.

Pada majlis itu Siti memperagakan pakaian berwarna gabungan hitam dan merah rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Kata Siti dia memang menyasarkan album tersebut untuk dipasarkan ke luar negara.

Selain itu, Siti tidak menolak untuk merakamkan album Inggeris keduanya jika album tersebut mendapat sambutan yang baik daripada peminat.

“Saya sangat berpuas hati selepas berjaya merakamkan album ini, sangat teruja dan bersedia untuk menerima komen daripada pendengar,” katanya lagi.

Album itu bakal diterbitkan oleh syarikat produksi What's Up Entertainment, milik anak tirinya, Adib.


Kg. Tuie : Perkampungan Melayu Sarawak Masih Tiada Bekalan Air Bersih


Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, 400 keluarga di Kampung Tuie - satu perkampungan tradisional Melayu di kawasan pedalaman Sarawak - masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekalan air bersih.

NONEDiwujudkan sekitar 120 tahun lepas, kampung yang didiami 3,100 penduduk itu masih belum mendapat bekalan air bersih - walaupun
selepas 48 tahun pembentukan Malaysia. Situasi mereka menjadi semakin teruk ekoran ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu.

"Anak-anak terpaksa mandi di lubang itu," kata Ayang Aceham, 53, (foto, tengah), sambil menuding ke arahnya di tepi jalan.

Ayang, yang mempunyai lapan orang cucu, menjelaskan bahawa air bertakung dalam parit itu - kira-kira 1.5m luas - apabila air sungai pasang dan membanjiri kampung itu.

Dalam musim kemarau, hanya lubang itu sahaja yang tinggal untuk kanak-kanak itu mandi. Beberapa orang daripada mereka mengangguk bila ditanyakan sama ada mereka mandi di lubang itu.

NONEAyang adalah antara penduduk yang tidak dapat lagi menyimpan apa yang terbuku di hati mereka, menjelang satu ceramah di kampung itu oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu.

Mereka terpaksa memandu selama sejam untuk sampai ke sebuah telaga yang terletak di sebuah estet untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian.

"Kadang-kadang kami mandi dan membasuh di Sungai Saribas, jika tidak ada air," kata Ayang, merujuk kepada sebatang sungai di kampung itu.

Peguam Anwar Persoalkan Integriti Siasatan Polis - Kemunculan Video Lucah DS Anwar Di Youtube

KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemunculan klip video, selepas didedahkan dua minggu lalu, menimbulkan persoalan mengenai integriti siasatan polis memandangkan “Datuk T” mendakwa telah menyerahkan kesemua rakaman kepada pihak berkuasa.

“Jika kita percaya kenyataan ini, satu lagi persoalan yang memerlukan jawapan ialah kemunculan secara tiba-tiba klip video dalam internet,” kata Sankara Nair dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Sankara berkata, jika benar hanya “Datuk T” yang memiliki cakera-cakera padat terbabit, polis perlu membawa mereka bertiga untuk siasatan segera memandangkan kemunculan klip juga satu bentuk kerja menyebarkan bahan-bahan lucah.

Mengenai tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ketulenan klip itu Jumaat lalu, Sankara berkata, beliau tidak bersetuju dengan pengumuman yang dibuat dalam tempoh yang singkat itu.

Justeru, beliau menimbulkan tanda tanya soal ketulenan diumumkan dalam beberapa hari.

Kata beliau, melihat pada isu ini yang kompleks adalah lebih elok pihak polis mendapatkan pendapat pihak lain sebelum memutuskan kata muktamad mengenai soal ketulenan.

“Secara logik, ia akan mengambil masa yang lebih lama sebagaimana disaksikan dalam siasatan klip VK Lingam (pada 2007).

“Ketika siasatan menentukan ketulenan klip VK Lingam, ia mengambil masa kira-kira 30 hari atau lebih untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Malah kata beliau, pegawai-pegawai juga dihantar ke Madrid untuk mengesahkan penemuan klip.

Sankara juga berkata berdasarkan pengalaman kes liwat kedua membabitkan Anwar, Sankara berkata, beliau secara peribadi ada mengesan beberapa kecacatan dalam klip yang sedang disebarkan menerusi Internet.


Penerbit Raja Azmi Bersara? Gagal Raih RM1juta Untuk Filem Terbarunya...

Penerbit Metrowealth, David Teo yang juga pengedar filem...Dalam Botol.

PETALING JAYA: Filem ...Dalam Botol (DB) yang dikatakan sudah mencecah kutipan RM1 juta sejak ditayangkan 24 Mac lalu, sebaliknya hanya mengutip RM600,000 selepas dua minggu ditayangkan.

Perkara itu disahkan oleh produser Metrowealth Movie Production, David Teo yang juga pengedar filem tersebut.

David berkata, sehingga Isnin (4 April), kutipan filem itu sebenarnya tidak pun mencapai RM1 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

“Kutipan filem DB sehingga semalam (Isnin) adalah RM600,000. Ia belum mencapai RM1 juta sebagaimana yang diuarkan,” katanya yang dihubungi mStar Online, Selasa.

Ditanya mengenai percanggahan jumlah kutipan itu dengan kenyataan penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman sebelum ini, David berkata, faktor salah faham mungkin menjadi pencetus kontroversi tersebut.

"Berdasarkan apa yang dijelaskan kepada saya, Raja Azmi tidak mengatakan filem itu sudah mengutip RM1 juta tetapi ia dijangka mampu mencapai sasaran itu jika filem tersebut terus ditayangkan.

"Mungkin telah berlaku salah faham atau tersalah dengar di antaranya dan pihak media," katanya.

Tambah David, mengikut Skim Wajib Tayang, filem-filem Melayu yang meraih kutipan di bawah RM1 juta selepas tempoh 14 hari tidak akan disambung tayangannya.

"Filem itu masih ditayangkan tetapi agak sukar untuk dilanjutkan tempoh tayangannya kerana kutipan DB di bawah RM1 juta.

"Lagipun, mengikut giliran, filem lain pula akan ditayangkan bermula 7 April ini," katanya.

Dengan kutipan sebanyak itu, berkemungkinan Raja Azmi akan benar-benar bersara sebagai penerbit filem sepertimana yang dinyatakan dalam wawancara bersama program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio 24, 30 Mac lalu.

Filem arahan Khir Rahman itu beraspirasikan kisah benar tentang konflik percintaan pasangan sejenis lelaki Ghous dan Ruby lakonan Wan Raja dan Arja Lee.

DB diterbitkan dengan kos produksi sebanyak RM888,000 tidak termasuk promosi dan ditayangkan di 41 pawagam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.