Kg. Tuie : Perkampungan Melayu Sarawak Masih Tiada Bekalan Air Bersih


Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, 400 keluarga di Kampung Tuie - satu perkampungan tradisional Melayu di kawasan pedalaman Sarawak - masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekalan air bersih.

NONEDiwujudkan sekitar 120 tahun lepas, kampung yang didiami 3,100 penduduk itu masih belum mendapat bekalan air bersih - walaupun
selepas 48 tahun pembentukan Malaysia. Situasi mereka menjadi semakin teruk ekoran ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu.

"Anak-anak terpaksa mandi di lubang itu," kata Ayang Aceham, 53, (foto, tengah), sambil menuding ke arahnya di tepi jalan.

Ayang, yang mempunyai lapan orang cucu, menjelaskan bahawa air bertakung dalam parit itu - kira-kira 1.5m luas - apabila air sungai pasang dan membanjiri kampung itu.

Dalam musim kemarau, hanya lubang itu sahaja yang tinggal untuk kanak-kanak itu mandi. Beberapa orang daripada mereka mengangguk bila ditanyakan sama ada mereka mandi di lubang itu.

NONEAyang adalah antara penduduk yang tidak dapat lagi menyimpan apa yang terbuku di hati mereka, menjelang satu ceramah di kampung itu oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu.

Mereka terpaksa memandu selama sejam untuk sampai ke sebuah telaga yang terletak di sebuah estet untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian.

"Kadang-kadang kami mandi dan membasuh di Sungai Saribas, jika tidak ada air," kata Ayang, merujuk kepada sebatang sungai di kampung itu.

1 comments:

  1. teruk betul..kpg aku tu........memang susah xda sumber air bersih(paip).. kalau musim kemarau,mandi air telaga,air parit kita org..perghhhhh...minta pihak bertgjwb cepat lakukan sesuatu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.